[VIDEO] Ibarat Kebangkitan Goku, Bamford Lengkapkan Hatrik Selepas Direntap Mings

Patrick Bamford meledak hatrik dalam aksi berdepan Aston Villa untuk memberikan kemenangan 3-0 pasukannya di Villa Park.

Bamford membuka tirai jaringan pada minit ke-55.

Namun selepas itu ada insiden di mana Tyrone Mings yang tak berpuas hati dengan simulasi Bamford telah merentap baju pemain tersebut.

Merah padam muka Bamford diperlakukan sebegitu.

Namun apa yang berlaku selepas itu, Bamford menambah 2 lagi gol untuk melengkapkan hatrik beliau. Lalu ada yang mengibaratkan ia seperti kebangkitan Goku ke atas Fliza.

Bamford memastikan beliau akan menjadi orang yang akan bergembira pada wisel penamat.

Dalam tempoh 10 minit selepas insiden itu, Bamford membuatkan Mings tak berdaya.

Gol kedua beliau adalah menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti mengatasi Emi Martinez.

Hatrik beliau lebih jahat dengan lencongan daripada posisi berdiri yang tepat terus menewaskan Martinez sekali lagi. Mings tidak mampu berbuat apa apa.

Sudah tentunya Bamford membawa pulang bola perlawananan. Beliau terus membuktikan kualitinya pada awal musim ini.

Ini adalah kekalahan pertama Aston Villa pada musim ini selepas permulaan yang sempurna sebelum ini.