Ibrahima Konate kini boleh dianggap sebagai antara pembelian terbaik Liverpool pada musim panas lalu walaupun pada awalnya ramai meraguinya, kerana kurangnya aksi Konate di atas padang.
The Reds menebus klausa pelepasan Konate daripada RB Leipzig untuk memastikan mereka mendapat tandatangan bek tengah yang masih muda itu.
Musim lalu, Liverpool mengalami krisis kecederaan di bahagian bek. Masalah utama yang membuatkan mereka gagal bersaing di liga teratas, malah terpaksa bergelut untuk mendapatkan empat teratas. Mereka memerlukan magis dari Alisson yang menjaringkan gol untuk Liverpool bagi menjamin slot ke UCL musim ini.
Dalam bursa perpindahan yang, Jurgen Klopp segera cuba menyelesaikan masalah tersebut. Dia merekrut Konate yang disifatkan sesuai dengan identiti dan gaya permainan Liverpool.
Klopp mengagumi kualiti yang ada pada Konate. Dipetik dari sumber James Pearce, Klopp berkata: “Dia memiliki sekala kemahiran yang kamu perlukan untuk menjadi bek tengah yang bagus. Pemain pemain bek tengah kami ada hubungan yang luar biasa dan ianya membantu.”
“Mereka belajar dari satu sama lain dan mereka benar benar rapat.”
"Our centre halves have a sensational relationship so they all learn from each other and help each other"
Big praise for Ibrahima Konate from Jurgen Klopp#LFC https://t.co/K4xZvIThJF
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) March 4, 2022
Perpindahan Konate disambut positif oleh ramai pihak. Malah statusnya sebagai bek utama RB Leipzig menjadikan nama Konate terus diletakkan harapan tinggi oleh para peminat yang mahu melihatnya digandingkan dengan Virgil Van Dijk sebagai pasangan bek tengah utama kelab.
Namun Klopp cuba memastikan agar harapan peminat ke atas pemain ini tidak terlalu tinggi kerana masih ada banyak perkara yang perlu dipelajari Konate. Jika terlalu tinggi harapan kepadanya, ianya boleh mengganggu proses adaptasi beliau.
Klopp tidak menjadikan Konate sebagai pemain utama secara automatik. Dia diberikan ruang untuk memerhatikan perlawanan di tepi padang. Namun cara inilah yang membuatkan dia mampu bermain dengan baik dan tidak terlalu tertekan.
Konate mulai menunjukkan bahawa dia sudah mulai beradaptasi dengan baik. Konate hanya membuat debut pada September 2021. Kini, selepas 16 perlawanan, Konate masih belum tewas dalam jersi Liverpool.
Malah, Konate sudah mendapat trofi pertamanya bersama Liverpool. Dia membantu Liverpool menewaskan Chelsea untuk memenangi Piala Carabao hujung minggu lalu. Dan tidak lupa dia juga menjaringkan gol dalam aksi penentuan penalti berkelas dunia daripada kedua dua pasukan yang berakhir dengan kemenangan 11-10 Liverpool.
Konate menjadi penyepak ke-10 dalam aksi penentuan penalti tersebut.
First trophy for this great club! What a feeling ❤️🏆 @LFC pic.twitter.com/RElh1k65GW
— Ibrahima Konate (@IbrahimaKonate_) February 27, 2022
Kini, Konate berkongsi sedikit kisah beliau menyertai Liverpool. Ketika pertama kali menerima panggilan daripada Jurgen Klopp, semangat dalam diri Konate terus berkobar kobar.
“Ya, saya bercakap dengannya [Klopp] dua atau tiga kali. Jika Jurgen Klopp menelefon kamu, pastinya kamu akan memikirkannya! Dia tidak akan menghubungi kamu suka suka,” kata Konate kepada Sky Sports.
Ibrahima Konate:
"If Jurgen Klopp calls you, you think a lot about this! He does not call you for nothing! But we speak a lot, about me, my private life, about him also, the club, the mentality of the players, everything." #awlive [sky] pic.twitter.com/edytBiR4S0
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) March 4, 2022
“Kami bercakap banyak, tentang diri saya, tentang hidup saya. Juga tentang dia, tentang kelab, tentang mentaliti pemain, dan segala-galanya.”
Panggilan telefon Klopp secara langsung memang membuatkan Konate tertarik untuk datang ke Liverpool.
Liverpool's Ibrahima Konaté tells us how Jurgen Klopp convinced him to join the club, what it's like taking a penalty at Wembley and how he's enjoying the 'crazy' Premier League…🔴🇫🇷
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) March 4, 2022
Namun, masih ada faktor lain yang menyebabkan beliau memilih Liverpool.
“Ia bukan hanya tentang dia [Klopp] semata mata, saya membuat keputusan ini berdasarkan segala-galanya, mentaliti kelab, pemain yang akan menjadi rakan sepermainan, tentang bandar ini, tentang segala-galanya,” tutup Konate lagi yang menyatakan bahawa dia sudah lama mengagumi kelab Liverpool dan masyarakat di bandar tersebut yang fanatik dengan bola sepak.
Ibrahima Konate merupakan bek tengah yang baru berusia 22 tahun. Jika terus membangun, dia akan berpotensi menjadi bek tengah elit pada suatu hari nanti.