Ibrahimovic Betulkan Statistik Wartawan, Dan Sekolahkan Mereka Dengan #ZlatanLogic

Zlatan Ibrahimovic tiba di AC Milan pada usia 38 tahun. Sudah pastinya itu usia sangat veteran terutama untuk outfield player.

Wartawan bertanya adakah beliau akan merasakan ia satu kesukaran untuk bermain dengan kelompok pemain – pemain muda.

Wartawan: “Zlatan, kamu sudah menjaringkan 373 gol di dalam karier kamu..”

Zlatan Ibrahimovic: “Maksud kamu jaringan di Itali sahaja kan? Saya sudah menjaringkan 500 gol di dalam karier saya.”

Wartawan kemudian bertanya komen beliau tentang peak yang beliau ada pada usia 38 tahun. Bagi mereka tidakkan itu terlalu tua untuk beraksi di pentas tertinggi, di salah satu liga utama Eropah, dengan pasukan seperti AC Milan.

Zlatan menyatakan beliau sudah tahu akan perkara itu. Oleh kerana beliau sedar, mustahil untuknya bermain selincah 10 tahun lalu, maka Zlatan Ibrahimovic sudah ada cara tersendiri untuk bermain.

“Ianya mustahil untuk saya bermain seperti 10 tahun yang lalu. Namun saya tahu apa yang saya perlu lakukan.”

“Saya akan melakukan percubaan dari jarak 40 meter, dan bukannya berlari selepas ini.”

Zlatan Ibrahimovic setuju untuk menyertai kembali pasukan AC Milan.

Zlatan Ibrahimovic sebelum ini pernah bermain untuk AC Milan dalam 85 perlawanan dan menjaringkan 56 gol untuk pasukan tersebut.

Beliau merupakan generasi terakhir AC Milan yang menjuarai Scudetto di bawah bimbingan Max Allegri.

Masa depan Zlatan Ibrahimovic menjadi topik hangat. Beliau pada awalnya dikaitkan dengan Napoli kerana mahu menyertai semula Carlo Ancelotti.

Namun begitu, pengurus itu kemudian dipecat oleh pasukan Napoli meskipun berjaya membawa mereka layak ke pusingan kalah mati Liga juara-juara Eropah.

Ia telah membuatkan Zlatan Ibrahimovic mulai dikaitkan dengan pasukan Everton yang kemudiannya melantik Ancelotti sebagai pengurus

Zlatan turut dikaitkan dengan beberapa lagi pasukan di Serie A.

Namun Carlo Ancelotti menafikan bahawa Everton ada menghubungi Zlatan Ibrahimovic. Zlatan dan Ancelotti pernah bekerjasama ketika di Paris St Germain.

Sebaliknya pengurus itu berkata Zlatan sentiasa dialu alukan sebagai tetamu di Everton. Ia sekaligus mengakhiri spekulasi pemain itu bakal bergabung semula dengan Carlo Ancelotti.

Zlatan Ibrahimovic turut dikaitkan dengan sebuah lagi pasukan lamanya iaitu Manchester United.

Beliau sebelum ini sudah memberikan bayangan bahawa tidak menolak kemungkinan untuk kembali ke pasukan kelab dari England itu.

Akhirnya Zlatan telah bertekad menyertai semula AC Milan.

Zlatan menjadi ejen bebas selepas meninggalkan LA Galaxy. Beliau turut menyuruh penyokong LA Galaxy kembali tengok baseball selepas pemergiannya.

AC Milan kini dalam proses untuk memperbaiki krisis prestasi pasukan. Mereka baru sahaja dimalukan oleh Atalanta dengan kekalahan 5-0.

Zlatan boleh memberikan tonik tambahan kepada pasukan AC Milan dalam usaha mereka untuk mendapatkan tempat dalam kejohanan Eropah sekurang-kurangnya Liga Europa.

AC Milan ketika ini berada di tangga ke-11 dalam liga. Ini selepas mereka hanya berjaya mengutip 21 mata pada musim ini setakat ini.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi