Ibrahimovic Iktiraf ‘Ronaldo [R9] Adalah GOAT Sebenar, Bukan Messi Atau Cristiano Ronaldo

Zlatan Ibrahimovic percaya bahawa Ronaldo Nazario adalah pemain bola sepak terhebat yang pernah ada ataupun GOAT (Greatest Of All Time).

Kekaguman bintang Sweden kepada penyerang Brazil itu memang bukan rahsia lagi sejak dari dulu lagi. Beliau malah menjadikan Ronaldo sebagai rujukannya dalam kariernya. Terutama sekali kedua duanya bermain posisi yang sama.

Dan penyerang veteran AC Milan ketika ini menilai Ronaldo R9 lebih bagus daripada Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

“Ronaldo, El Fenomeno,” kata Ibrahimovic kepada Discovery Channel ketika ditanya mengenai siapakah yang dia anggap pemain terhebat dalam bola sepak sepanjang Zaman.

“Dia adalah yang terbaik sepanjang zaman. Bagi saya, Ronaldo adalah bola sepak, cara dia bergerak. Dia pemain terhebat dalam sejarah, tanpa keraguan lagi.”

Ibrahimovic telah menjaringkan gol profesional dalam setiap empat dekad terakhir, dan dia sedar bahawa permainan bola sepak telah banyak berubah selama kariernya.

“Hari ini pemain muda bermain lima minit pun sudah dipuji dan dilihat hebat,” kata Ibrahimovic.

“Saya gembira berasal dari sekolah dulu dulu [Old school].”

“Media sosial telah mengubah segalanya, dan seseorang pemain itu dilihat sebagai juara sekarang walaupun hanya melakukan sedikit sahaja atas padang.”

“Sebelum ini kamu mesti mencapai banyak perkara, untuk masa yang lama, untuk menjadi pemain yang hebat. Saya lebih suka Old school/ era dulu dulu.”

Seterusnya legenda Sweden itu juga membidas LeBron James atas apa yang beliau lakukan di luar gelanggang.

Menurut Ibra, LeBron James telah menggunakan popularitinya di tempat yang tidak sepatutnya iaitu dalam bidang politik, sedangkan dia bukan ahli dalam bidang tersebut.

LeBron popular kerana bola keranjang. Dan dia ianya kerana dia memang pakar dalam bidang itu.

“Dia hebat dalam apa sahaja yang dia lakukan, tetapi saya tidak menyukainya ketika atlet yang berstatus sepertinya juga terlibat dalam berpolitik,” kata Ibrahimovic.

“Maksud saya, buatlah apa yang anda bagus [ahli]. Dan fokus sahaja kepadanya. Saya bermain bola sepak kerana saya pandai bermain bola sepak.”

“Ini adalah kesalahan yang dilakukan oleh mereka ketika menjadi terkenal ataupun berstatus tertentu.”

“Tinggalkannya [politik], lakukan apa yang kamu pandai, kerana ianya nampak tak menjadi.”

Zlatan Ibrahimovic memang ikon bola sepak. Begitu juga dengan Ronaldo R9 yang seringkali dibandingkan dengan Pele ataupun Maradona.