Ibrahimovic Lancar Perang Ke Atas FIFA 21 Yang Pakai Wajahnya Untuk Buat Duit

Pemain bintang AC Milan berusia 39 tahun, Zlatan Ibrahimovic melancarkan perang ke atas EA Sports yang menurutnya mengambil kesempatan ke atas imejnya – tanpa kebenaran.

Zlatan jelas tidak gembira kerana dia ada termasuk dalam permainan video yang sangat popular itu.

Oleh iytu, Zlatan Ibrahimovic telah membidas EA Sports, dan mendakwa mereka menggunakan nama dan wajahnya dalam siri permainan video FIFA tanpa izinnya.

Bekas penyerang Sweden itu menembak pembuat FIFA 21 dalam media sosial pada hari Isnin, dengan mengatakan bahawa sudah waktunya untuk perkara itu disiasat.

“Siapa yang memberikan keizinan kepada FIFA EA Sport untuk menggunakan nama dan wajah saya? @FIFPro? ” ciap Ibra menerusi Twitternya.

“Saya tak sedar yang saya menjadi ahli Fifpro, dan jika ya, saya diletakkan di sana tanpa sebarang pengetahuan menerusi beberapa skil pelik.”

“Dan yang pasti saya tidak pernah membenarkan @FIFAcom atau Fifpro menjana wang menggunakan saya.”

“Seseorang telah memperoleh keuntungan atas nama dan wajah saya tanpa perjanjian selama ini. Masa untuk menyiasat.”

Walaupun Ibrahimovic mendedahkan bahawa beliau tidak menjadi ahli Fifpro, dia dimasukkan ke dalam FIFpro World XI pada tahun 2013 dan hadir untuk mengambil penghargaan itu di majlis FIFA Ballon d’Or di Zurich.

Awal tahun ini EA Sports mengumumkan kerjasama bertahun-tahun eksklusif dengan AC Milan dan pesaing mereka di bandar Inter, yang dimulakan dengan pelancaran FIFA 21 Oktober ini.

Perjanjian itu menyaksikan gergasi Itali tampil secara eksklusif dalam FIFA 21 – yang bermaksud permainan ini mempunyai akses menyeluruh kepada pemain, peralatan, tempat latihan dan stadium Rossoneri dan Nerazzurri.

Itu hampir pasti termasuk Ibrahimovic, yang kembali untuk musim kedua dengan Rossoneri pada Disember 2019.

Namun, nampaknya Ibrahimovic masih tidak gembira dan percaya organisasi itu mendapat keuntungan dari imejnya tanpa izinnya.

Bintang pinjaman Spurs iaitu Gareth Bale juga menghangatkan perdebatan itu dan meminta FIFA 21 menjelaskan perkara itu.

Sebagai tambahan, Bale memiliki pasukan e-sukan sendiri.

Baca yang lain