Ibrahimovic Meroyan Dan Carutkan Pengurus Sweden Yang Tidak Menurunkan Kulusevski Di Kesebelasan Utama

Zlatan Ibrahimovic mengecam pengurus Sweden Janne Andersson dengan carutan. Ini kerana memyisihkan Dejan Kulusevski ke bangku simpanan ketika aksi menentang Perancis pada hari Sabtu, dalam saingan UNL.

Pasukan bimbingan Andersson dikalahkan 1-0 oleh pemenang Piala Dunia 2018 hasil  gol tunggal Kylian Mbappe pada babak pertama.

Pemain sayap Juventus, Kulusevski,  dianggap sebagai salah seorang penyerang muda berbakat besar dalam bola sepak Eropah, memulakan perlawanan di bangku simpanan dan hanya bermain  20 minit pada babak kedua.

Keputusan yang membuatkan pemain terbaik sepanjang zaman Sweden iaitu Zlatan Ibrahimovic meroyan. Ibrahimovic menuduh Janne Andersson sebagai tidak kompeten dan hanya akan membuatkan bola sepak Sweden lemas.

Penyerang AC Milan itu menulis tweet: “Jenaka persetubuhan apakah ini [what a f*ing joke]. Satu lagi bukti (tentang) orang yang tidak cekap berada di kedudukan yang salah yang melemaskan bola sepak Sweden.”

Kulusevski juga agak terkejut dengan keputusan pengurus itu untuk tidak meletakkannya di kesebelasan utama, tetapi beliau mengatakan dia sentiasa menghormati jurulatihnya.

Dia memberitahu wartawan selepas perlawanan: “Saya rasa itu pelik tetapi saya menghormati keputusannya.”

“Saya terperanjat. Saya berasa sangat hebat semasa latihan. Tetapi malangnya, ini adalah bola sepak. Saya hanya perlu mengambil langkah baru pada perlawanan seterusnya.”

Ketika ditanya adakah dia mungkin akan memulakan perlawanan dalam aksi berikutnya, pemain muda itu berkata: “Saya rasa ianya (peluang) lebih baik. Saya harap begitu. Tetapi saya tidak tahu.”

Kulusevski baru sahaja menamatkan musim yang luar biasa ketika tempoh pinjaman di Parma. Pemain berusia 20 tahun itu menjaringkan 10 gol liga dalam 36 perlawanan musim lalu.

Pemain sayap itu hanya bermain satu perlawanan untuk Sweden sebelum kekalahan pada Sabtu.

Beliau membuat  penampilan sebagai pengganti dalam kemenangan 3-0 ke atas Kepulauan Faroe pada November lalu – tetapi pengunduran diri Ibrahimovic dari skuad kebangsaan bermaksud pemain muda itu adalah salah seorang bintang yang selayaknya mengisi posisi serangan.

Tetapi Andersson memilih untuk menurunkan Sebastian Larsson, 35, di sebelah kanan, dengan Emil Forsberg di sebelah kiri dengan Marcus Berg dan Robin Quaison di depan.

Pemain pertahanan Brentford, Pontus Jansson, yang memulakan perlawanan di bek tengah pada Sabtu malam, juga terkejut dengan keputusan itu tetapi mengatakan Kulusevski akan berpeluang untuk memulakan lebih banyak perlawanan selepas ini.

Pengurus Sweden itu mempertahankan tindakannya. Beliau juga menolak untuk bercakap secara peribadi dengan Kulusevski kerana baginya itu perkara biasa dalam bola sepak.

Andersson berkata: “Dalam kes ini, saya tidak  perlukan perbincangan peribadi dengan Dejan, sama sekali tidak.”

“Saya sendiri tidak bercakap dengannya selepas itu. Saya tidak rasa itu satu perkara mengejutkan.”

“Dia telah berjaya dalam latihan, seperti yang lain. Kami akan melihat jika ada lebih banyak masa bermain pada hari Selasa.”

“Dia mempunyai kualiti yang hebat dan merupakan pemain yang hebat dan akhirnya akan berkembang menjadi pemain yang hebat.”

Perlawanan seterusnya Sweden adalah pertembungan tuan rumah menentang juara Eropah Portugal di Solna pada Selasa malam.

 

Baca yang lain