Ibrahimovic ‘Sound’ Setepek Pemain Muda Milan Yang Debut Pakai Sarung Tangan

Zlatan Ibrahimovic mendedahkan bahawa beliau telah memarahi pemain muda bernama Pierre Kalulu pada hari debutnya. Ianya gara gara pemain muda itu memakai sarung tangan pada debutnya.

Zlatan memastikan bahawa pemain muda itu menanggalkan sarung tangan beliau serta mereta.

Kalulu menyertai AC Milan pada awal musim ini dan melakukan debut senior pada aksi Liga Europa pada Disember. Dan beliau dianggap prospek yang sangat berbaloi.

Pemain berusia 20 tahun itu mahu memakai sarung tangan dalam aksi menentang Sparta Prague pada debutnya kerana cuaca sejuk. Malangnya Zlatan tidak merestui pemain muda itu berbuat demikian.

Zlatan memberitahanu CorSport: “Ada dalam beberapa minggu lalu, Pierre Kalulu membuat debut untuk AC Milan dan dia memakai sarung tangan. ”

“Saya berkata, tanggalkannya! Macamana bek tengah muda melakukan debut dengan memakai sarung tangan?”

Menurut Ibra, pemain itu seharusnya nampak kental dan tidak takut dengan sejuk sekalipun. Secara psikologinya ia penting buat seorang pemain pada hari debut mereka. Namun Ibra tidak menyatakan bahawa pemain itu gerun.

“Memanglah dia tak takut dengan penyerang lawan,” tambah beliau lagi.

Pemain muda itu menuruti permintaan Ibrahimovic walaupun permintaannya itu agak kasar. Dan pada malam itu mereka menang 1-0 dengan Kalulu mencipta clean sheet bersama dengan pertahanan Milan.

Kalulu kemudian membuat tujuh lagi penampilan untuk AC Milan yang kini berada di tangga teratas Serie A.

Ditanya sama ada beliau akan meneruskan lagi kariernya bersama AC Milan. Ibra menjawab: “Saya akan menentukan masa depan saya selepas tamat musim ini bersama AC Milan. Selagi lagi saya rasa ok atas padang, saya akan terus bermai.”

Zlatan Ibrahimovic kini sudah berusia 39 tahun. Dan kemungkinan akan bermain secara profesional pada musim hadapan ketika berusa 40 tahun.

Pengurus AC Milan, Stefano Piolli sentiasa menghargai sumbangan Zlatan Ibrahimovic yang menjadi pemain penting dalam memotivasikan para pemain lebih muda daripadanya.

Kisah Zlatan dan Van Basten

Zlatan dikenali dengan sikapnya yang sangat yakin diri dan tegas. Ada satu kisah menarik di mana Zlatan pernah selamba menyakat Marco Van Basten.

Marco Van Basten merupakan legenda Belanda, AC Milan dan juga Ajax. Beliau pemain yang bermain untuk generasi emas AC Milan dan membentuk gandingan luar biasa dengan Ruud Gullit.

Penyokong AC Milan sentiasa mengingati kehebatan Marco Van Basten. Namun sayangnya, kehebatan beliau itu terpaksa terhenti kerana kecederaan.

Kecederaan di buku lali beliau terlalu teruk pada ketika ini, dan ianya berulang. Kecederaan itulah yang memaksa beliau membuat persaraan awal ataupun pencen muda.

Ketika mengumumkan persaraan itu, Fabio Capello menangis kerana tahu beliau baru kehilangan bakat luar biasa yang dihancurkan oleh kecederaan buku lali.

Aksi terakhir beliau untuk AC Milan ketika itu adalah ketika baru berusia 29 tahun. Beliau merupakan pemenang 3 Ballon d’Or di dalam kariernya. Ianya cukup menceritakan betapa hebatnya karier Van Basten.

Namun selepas itu beliau kembali semula ke Ajax, menerima tawaran menjadi jurulatih bersama kelab lamanya itu. Beliau cuma ada dua kelab di dalam kariernya sebagai pemain iaitu Ajax Amsterdam dan juga AC Milan.

Dalam buku autobiografinya, beliau menceritakan sebenarnya beliau dipaksa bersara oleh AC Milan.

Van Basten berkata: “Di Milan, saya merasakan ia adalah sebahagian keluarga saya. Kami hidup bersama dengan bahagia. Kamu nampak saya lahir sebagai seorang pemain dan seorang insan.”

“Kamu juga melihat bagaimana karier saya berkembang di sana. Malangnya, kamu sendiri melihat bagaimana pengakhirannya.”

“Saya memberitahu rakan rakan saya, bahawa saya boleh bermain di sana sehingga berusia 38 tahun.”

“Pada awalnya saya tidak faham dengan apa yang berlaku. Saya terlalu fokus kepada benda yang tak elok.”

“Saya terlalu memikirkan, kenapa kesakitan itu menimpa saya? Saya tidak pernah mendapat jawapannya.”

Seterusnya Marco Van Basten menceritakan beliau diprovok oleh budak remaja bernama Zlatan Ibrahimovic, ketika kembali semula ke Ajax sebagai jurulatih.

Ketika itu beliau masih lagi dalam proses untuk pulih daripada kecederaannya.

Van Basten masuk ke padang latihan dan dia disapa oleh pemain remaja yang baru nak up. Tak siapa pun berani melakukannya, kecuali pemain remaja seorang itu sahaja.

“Saya kembali semula ke Ajax sebagai jurulatih. Dan ada seorang budak muda ni provok saya.”

“Hanya dia sahaja berani memprovok saya, dan dia masih lagi budak mentah.”

“Dia berkata: ‘Jadi kamu adalah Van Basten? Hantar / passs bola tu kat saya. Sekarang tunjukkan kemampuan sebenar kamu’.”

“Saya tak dapat gerakkan buku lali saya ketika itu.”

Van Basten agak geram dengan pemain remaja yang berani berkata begitu kepadanya.

“Saya pasti kamu tahu saya bercerita tentang siapa? Nama dia Zlatan, dan nama keluarga dia Ibrahimovic.”

Zlatan sentiasa terhutang budi dengan Marco Van Basten yang banyak membantunya tentang asas menjadi pemain hebat, terutama sekali dari segi posisi.

Zlatan Ibrahimovic pernah menyatakan kepada media: “Jangan sesekali bandingkan saya dengan Van Basten. Dia adalah masa lalu, dan saya adalah masa sekarang.”

Itulah kisah Zlatan Ibrahimovic yang dari dulu perangainya memang hati kering. Namun beliau seorang yang sangat komited dengan latihan dan menghormati jurulatihnya.

Zlatan sebenarnya sangat meminati Van Basten dan menghormati legenda Belanda itu.

Cuma kadangkala beliau memang kasar dalam gurauannya. Pernah sekali beliau datang ke Arsenal dan menjangkakan untuk mendapatkan kontrak tetap.

Pada usianya yang muda, Arsenal mengarahkannya untuk menyertai trial. Korang tahu apa dia buat? Dia tak datang trial dan balik semula ke Ajax. Alasan dia: “Zlatan tak akan pergi trial.”

Trial ni kira macam sesi pemilihan. Ianya untuk pemain yang muda dan tiada dalam data scouting pasukan. Tapi Zlatan kan.