Ibu Djokovic Kecewa Anaknya Dikuarantin Di Pusat Kuarantin Yang Sama Dengan Imigran

Novak Djokovic kini berdepan dengan larangan 3 tahun daripada memasuki Australia selepas isu visa kontroversinya.

Jika larangan itu dibuat, bermakna Djokovic akan terlepas 3 tahun aksi Grand Slam Terbuka Australia yang dianggap sangat penting dalam kalendar tenis dunia.

Pemenang 20 kali Grand Slam itu dilaporkan menolak untuk menedahkan status vaksinasinya. Dia sebelum ini menentang pengwajiban pengambilan vaksin. Namun tidak mahu mendedahkan status vaksinasinya.

Djokovic sebelum ini dikatakan mendapat pengecualian khas untuk bertanding di Terbuka Australia walaupun tiada pasport vaksin yang diperakui.

Djokovic menggunakan pengecualian yang diberikan kepada atlet yang pernah dijangkiti wabak tersebut dalam lingkungan enam bulan sebelum ini, namun berjaya sembuh.

Mereka ini diberikan pengecualian khas atas budi bicara dan penilaian daripada kerajaan. Djokovic cuba menggunakan pengecualian yang serupa. Namun gagal.

Pihak penganjur mewajibkan setiap peserta haruslah wajib sudah divaksinasi penuh.

Djokovic membawa surat pengecualian itu ke Australia. Malangnya ketika mendarat di Melbourne dia dihalang untuk pergi keluar dari lapangan terbang.

Djkovic diminta menunjukkan sijil vaksinasinya. Namun dia gagal mengemukakannya.

Menteri Kesihatan Australia, Greg Hunt mengesahkan pada Rabu, visa Djokovic sudah dibatalkan. Dan dia diarah pulang semula ke negaranya.

Djokovic dilaporkan telah dihantar ke Park Hotel di Carlton yang terletak di Melbourne untuk isolasi.

Pihak peguam beliau berjaya mengelak Djokovic daripada dihalau serta merta dari negara tersebut. Di mana Djokovic masih berada di Australia untuk mendengar keputusan rayuannya untuk bertanding dengan pengecualian khas.

Tindakan Djokovic mencabar perundangan itu dengan membuat rayuan ke atas keputusan mahkamah akan membawa kepada impak yang lain.

Wartawan The Age mendedahkan, tindakan Djokovic itu membuatkan dia kini berisiko dilarang memasuki Australian selama 3 tahun, jika rayuannya gagal.

Ibu Novak Djokovic kemudian mengkritik pusat kuarantin anaknya yang dianggap teruk. Di mana Djokovic diletakkan di pusat kuarantin yang penuh dengan imigran dan banyak serangga serta lalat.

Ibunya berkata: “Saya dah bercakap dengannya hari ini beberapa jam lalu. Dia nampak ok, dan kami tak bercakap banyak, beberapa minit sahaja.”

“Dia cuba tidur tapi tak dapat. Sebagai ibu, saya berasa sangat teruk semalam. Mereka meletakkan anak saya di dalam penjara. Ini tidak adil dan tidak berperikemanusiaan.”

“Saya harap anak saya kekal kuat. Dan kami akan cuba memberikannya semangat agar terus bertenaga. Saya harap dia akan menang dalam perjuangannya.”

“Fasiliti di situ sangat teruk. Ianya hanyalah hotel kecil untuk imigran. Kalaulah itu layak dipanggil hotel.”

“Dengan banyak serangga dan lalat sangat kotor dan makanan pun tidak menyelerakan.”

“Saya tak tahu nak cakap apa. Mereka langsung tak nak memindahkannya ke hotel yang lebih baik.”

Di luar hotelnya peminat Djokovic mendesak kerajaan Australia membebaskan Novak agar dia boleh bertanding.

Lebih gila, mereka meminta pusat kuarantin itu dimansuhkan.

Namun ada juga netizen yang mengingatkan peminat Djokovic bahawa, setiap orang dilayan sama adil di pusat kuarantin. Dan ianya cuma 14 hari sahaja.

Mereka meminta semua pihak menghormati undang undang Australia. Sama juga kalau rakyat Australia  masuk ke negara lain, mereka juga perlu patuh kepada peraturan negara yang mereka lawati.

Menurut laporan, semalam seorang lagi pemain tenis dikenakan arahan kuarantin di hotel tempat Djokovic diarahkan untuk dikuarantin.