Ibu kepada Achraf Hakimi akhirnya bersuara tentang pertuduhan yang dibuat ke atas anaknya.
Di mana menurut ibu Hakimi, Saida Mou, Hakimi sudah bersumpah di hadapannya bahawa dia tidak melakukan perkara terkutuk itu.
Hanya beberapa jam selepas diumumkan sebagai salah seorang pemain dalam kesebelasan terbaik dunia FIFPro 2022, mahkamah di Perancis mengarahkan polis menyiasat Achraf Hakimi atas dakwaan rogol.
Ianya selepas seorang wanita berusia 23 tahun telah membuat laporan polis menyatakan bahawa dia dirogol pemain itu.
Wanita itu tidak berniat membuat pertuduhan ke atas Hakimi dan mahu sekadar membuat laporan polis sahaja.
Oleh kerana kes itu dianggap serius melibatkan individu berprofil tinggi, maka mahkamah mengarahkan siasatan terus dibuat dan pertuduhan harus dibuat jika perlu.
Beberapa hari lalu, polis Perancis mengesahkan bahawa Hakimi secara rasminya berdepan pertuduhan kes rogol. Dan perlu mempertahankan dirinya di mahkamah.
Peguam Hakimi berkali kali menyatakan bahawa pemain PSG itu sangat tenang dengan berita dan pertuduhan itu. Kerana dia sudah sedia memberikan segala kerjasama dengan pihak polis berkaitan kes itu.
Media Perancis mendapatkan komen ibu Hakimi tentang perkara itu.
Ini kerana Hakimi dianggap role model ramai generasi muda. Dia menunjukkan bagaimana dia mengangkat martabat ibunya ketika Piala Dunia 2022.
Ketika pemain pemain lain meraikan kejayaan dengan isteri dan teman wanita mereka, Hakimi mengetuai rakan rakannya di Maghribi meraikannya dengan ibu mereka.
Ibunya berkata: “Hati saya memberitahu saya bahawa anak saya tidak bersalah.”
“Dia tak berhak mendapat apa yang sedang berlaku ke atasnya.”
“Saya bertanya sendiri kepadanya tentang kes itu, dan dia bersumpah depan saya menyatakan bahawa dia tidak bersalah.”
🗣️“My heart tells me that my son is innocent. He doesn't deserve what happened to him, I asked him about the case, and he swore to me that he was innocent.”
-Achraf Hakimi's mother pic.twitter.com/t8CdE6hAxQ
— Football Talk (@FootballTalkHQ) March 6, 2023