Ibu Harap Awi Tunai Impian Dahulu, Dan Pilih Yang Lebih Muda

Ibu Safawi Rasid, Salameh Abu Bakar berharap anaknya tidak terburu-buru untuk berkahwin pada usia beliau sekarang.

Malah Salemah kalau boleh mahu kan Safawi Rasid mencari pasangan lebih muda daripada Syifa Melvin.

Selain itu Salameh mahu anaknya melaksanakan tugasnya kepada majikan dan negara terlebih dahulu.

Bercakap kepada Harian Metro, Salemah berkata:

“Seboleh-bolehnya mak cik nak dia lupakan dulu soal kahwin, kami nak Awi (Safawi) utamakan kerjayanya dulu.”

“Awi perlu melaksanakan tugas dan tanggung jawab kepada majikannya termasuk negaranya lebih dahulu.”

“Tahun lalu, Syifa ada dua kali datang ke rumah, pada mak cik, Syifa baik orangnya, tetapi mak cik tak tahu dia pelakon kerana tak pernah tengok drama lakonannya sebelum ini.

“Tiga minggu lalu, Awi ada hubungi mak cik untuk bertanya khabar, pada masa sama dia memaklumkan ingin berkahwin.”

“Namun, mak cik cakap, ‘bukan mak tak restu, cuma mahu Awi tumpu kerjaya dulu, simpan duit dan selesaikan beberapa cita-cita yang diimpikan selama ini.”

Salemeh berkata, anaknya yang baru berusia 23 tahun, masih belum sesuai untuk berkahwin dan menjadi ketua keluarga.

Salemah mahu Safawi menjadi lebih matang sebelum menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

“Kalau boleh mak cik nak pasangan Awi lebih muda daripadanya.”

“Mak cik tak memilih calon menantu, kalau boleh nak menantu yang ramah, kecoh-kecoh sikit atau miskin tak apa janji kaya budi bahasa dan boleh diterima ahli keluarga kami.”

Salemah mendedahkan, Safawi Rasid ada impian untuk mendirikan pusat mengaji Al Quran di Rantau Abang, serta membina rumah orang jagaan orang tua.

“Awi janji nak besarkan pusat mengaji al-Quran yang didirikan di Rantau Abang dan membina rumah orang tua.

“Sebaiknya dia laksanakan impiannya dulu baru fikir soal kahwin. Bagaimanapun, saya tidak mampu menolak dan berserah kerana soal jodoh, ajal, maut itu semua terletak di tangan Allah.”

Ayah Safawi iaitu Rasid Sulong pula meminta Safawi fokus dalam kerjaya dengan membantu pasukannya JDT yang merupakan majikannya.

“Lupa dulu soal jodoh, Awi masih muda kumpul duit main bola, kita tak tahu kerjaya akan bertahan sampai bila.”

“Saya tak mahu dia jadi seperti saya, kehidupan saya dan isteri sangat susah membesarkan 13 anak dengan gaji RM350 sebagai penjawat awam.”

“Saya terpaksa buat kerja sambilan, Awi tahu kerana saya selalu mengajaknya membantu, sebab itu saya selalu berpesan padanya ‘kita susah tak akan ada orang yang sudi bantu,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.