Ibu Neymar Pujuk Balik Budak TikTok Dan Sewakannya Rumah Mewah

Ibu kepada pemain bola sepak terkenal, Neymar iaitu Nadine Goncalves sebelum ini dilaporkan putus cinta dengan seorang pemuda itu.

Cinta tak kenal siapa, hadir tanpa dipaksa. Ehh lagu pulak. Tapi betullah tu. Ibu Neymar dilaporkan mabuk bercinta dengan seorang lelaki berusia 22 tahun.

Malah ibunya sudah memperkenalkan Neymar dengan bakal ayah tirinya itu. Kemesraan jelas terpancar di wajah Neymar dan bakal ayah tirinya itu.

Nampak sweet sangat. Ianya sesi suai kenal di antara Neymar dengan bakal bapak tiri baru.

Ibu Neymar berusia 52 tahun. Dan lelaki tersebut berusia 22 tahun. Ini bermakna Neymar bakal mendapat ayah baru yang berusia 6 tahun lagi muda daripadanya.

Neymar ketika itu masih berehat kerana bola sepak di Eropah digantung seketika gara gara wabak koronavirus yang melanda.

Ayah Neymar pun tumpang gembira

Ayah Neymar yang merupakan ejen kepada Neymar pula berusia 55 tahun. Namun tak pasti la kalau beliau pun sudah berpunya.

Ayah Neymar ketika ini berada di Eropah kerana beliau perlu menguruskan banyak perkara tentang Neymar.

Ayahnya adalah orang yang bertanggunjawab membawa Neymar sehingga menikmati perpindahan termahal dunia ke PSG.

Dan kini beliau juga sedang berusaha mencari solusi terbaik untuk masa depan anak kesayangannya itu.

Di ruangan komen, ramai mengucapkan tahniah kepada ibu Neymar. Ini termasuk Neymar sendiri dan bekas suami – si bapak Neymar.

Ayah Neymar memberikan emoji tepuk tangan dan mendoakan yang terbaik untuk jandanya itu.

Teman lelaki baru ibunya itu merupakan peminat Real Madrid. Neymar pula signifikan dengan Barcelona dan ada rumah di sana.

 

Namun begitu, Neymar juga dikaitkan dengan Real Madrid. Mungkin bakal ayah tirinya boleh membantu untuk memuju Neymar menyertai Real Madrid.

Neymar sebelum ini mendedahkan bahawa, beliau memang pernah mendapat tawaran daripada Real Madrid, namun beliau memilih Barcelona.

Selepas beliau tidak sehaluan dengan pemilik PSG pada pra musim lalu, Real Madrid sekali lagi dikaitkan dengan Neymar.

Cuma Neymar menegaskan beliau hanya mahu kembali ke Barcelona.

Budak tik tok

Selain daripada itu, bakal bapak tirinya juga merupakan budak tik tok, memang sesuai la dengan Neymar yang suka memuat naik status di media sosial kan.

Biasalah tu, generasi muda hari ini dengan akaun TikTok. Maka tak terkecualilah teman lelaki emak Neymar ni.

Jadi bolehlah korang ikuti akaun TikTok bakal ayah Neymar untuk mengetahui perkembangan terkini Neymar dan keluarga.

Ramai yang mendoakan terbaik  buat ibu Neymar dan semoga sampai ke jinjang pelamin.

Dan teman lelakinya harus membuktikan bahawa budak tiktok juga lelaki yang baik di mata dunia.

Inilah peluang untuk budak tiktok memperbaiki reputasi mereka yang calar di mata segelintir manusia lain.

Clash

Namun begitu Nadine Goncalves dilaporkan mengakhiri hubungan beliau dengan Tiago selepas mengetahui lelaki itu turut mempunyai hubungan dengan beberapa lelaki lain.

Tiago berusia enam tahun lebih muda daripada Neymar, dan dikatakan turut mempunyai hubungan dengan chef peribadi bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu.

Lebih memburukkan keadan, bekas kekasih Tiago turut tampil dengan bukti bahawa pemuda itu melakukan keganasan domestik ke atasnya.

Tiago turut dilaporkan keluar bersama seorang pelakon dan pelawak terkenal di Brazil, Carlinhos Maia.

Laporan dari Brazil mengatakan Tiago adalah seorang model, yang turut terlibat dengan pasukan eSport, 4K Easy. Pemuda itu turut pernah menceburkan diri dengan bola sepak, namun kerana sememangnya tiada bakat, beliau disingkirkan dari pasukan.

Nadine pujuk Tiago balik

Nadine telah memujuk semula pemuda 20-an itu. Di mana dia turut menyewakan sebuah rumah yang mewah buat pemuda itu di Sao Paolo, Brazil agar mereka lebih mudah untuk berjumpa.

Kedua duanya sudah ngam balik dan sudah berhubungan di antara satu sama lain menerusi telefon.

Dalam pada itu, Neymar dikatakan tidak menghiraukan kontroversi yang melanda ibunya dengan calon bapa tirinya.

Neymar hanya mahu fokus kepada kariernya.

Baca yang lain

Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan