Ibu Rabiot: Ejen Kontroversi Yang Minta Kerusi Khas Tepi Padang Latihan Dan Maki Bapa Mbappe

Semasa remaja, Adrien Rabiot bermain di Manchester City di akademi mereka. Di mana dia menghabiskan enam bulan bermain untuk akademi Manchester City selepas dia diintai oleh kelab itu, ketika dia berusia 13 tahun.

Rabiot bermain di Manchester City ketika itu selepas dia menunjukkan aksi cemerlang di pusat pembangunan pemain elit di Perancis.

Pada ketika ini, pemain yang dipinggirkan Juventus itu hampir menyertai Manchester United pada musim panas ini dengan bayaran sekitar £15 juta.

Dipercayai kelab itu kini sedang berunding dengan ibu Rabiot, Veronique, yang bertindak sebagai ejen dan pengurus peribadinya. Di mana fasa rundingan sudah masuk ke fasa rundingan untuk syarat peribadi.

Hal ini kerana Juventus sudah mencapai kesepakatan harga dengan Manchester United.

Apa yang ramai orang tidak tahu tentang Rabiot pernah bermain di bandar Manchester sebelum ini.

Selepas dikesan oleh pemantau bakat Manchester City semasa bermain di Clairefontaine – pusat pembangunan elit bola sepak kebangsaan Perancis untuk menggilap bintang masa depan, pemain itu terus ditawarkan kontrak oleh Manchester United.

Dia pergi ke England selepas dijemput oleh pasukan scouting Manchester City dan menghabiskan keseluruhan enam bulan dalam sistem akademi.

Tetapi menurut The Times, ibu dan ejen Rabiot, Veronique, menamatkan perjanjian itu selepas tempoh singkat. Dia mengejutkan ramai pihak ketika itu.

Pada tahun 2020, Rabiot bercakap mengenai masanya ketika di akademi kelab Liga Perdana Inggeris itu pada 2008.

“Semasa kursus kemasukan terakhir di Clairefontaine, perekrut bakat Manchester City hadir,” katanya.

“Mereka memberitahu ibu saya bahawa mereka berminat dengan profil saya. Kami membuat keputusan untuk pergi ke England.”

“Semuanya berjalan lancar, tetapi selepas enam bulan, kelab tidak menghormati beberpa syarat perjanjian tertentu, jadi ibu saya berkata ‘Cukup!’ dan kami pulang ke rumah.”

Manchester City, bagaimanapun, mendakwa ejen Rabiot, Veronique, mahukan jaminan yang tidak akal. Di mana, kalau permintaan itu dituruti Man City, mereka akan melanggar peraturan FIFA berkaitan pemain muda asing pada masa itu. Namun City tidak pula mendedahkan dengan terperinci perkara tersebut. Kerana nak jaga aib ibu Rabiot.

Veronique: Wanda Nara versi Perancis

Pemain tengah Perancis itu meninggalkan England dan terus menyertai Paris Saint-Germain pada 2010 dan dua tahun kemudian, dia dinaikkan ke pasukan utama oleh Carlo Ancelotti selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam sistem pembangunan remaja PSG.

Ejen Rabiot dan ibu Veronique terkenal sebagai ejen yang rumit dalam rundingan dan seorang yang terkenal dengan beberapa siri kelakuan kontroversi. Dia digelar Wanda Nara versi Perancis.

Dia malah pernah menyerang keluarga Paul Pogba dan Kylian Mbappe ketika kekalahan pasukan Perancis.

Veronique Rabiot mengambil alih tugas sebagai pengurus kerjaya anaknya selepas ayah Rabiot, Michael Provost terlibat kemalangan yang menyebabkan dia cedera parah pada tahun 2007 – selepas itu dia menjadi ejen anaknya.

Kontroversi pertama di PSG

Kontroversi pertama Veronique setelah anaknya menandatangani kontrak profesional pada tahun 2012 dengan PSG, di mana dia menulis surat kepada kelab dan meminta anaknya itu dijual. Ianya berikutan kelab telah mengenakan tindakan ke atas Rabiot kerana temu bual media yang kontroversi tanpa pengetahuan kelab.

Anaknya pada masa itu mahu menghadiri jelajah pertengahan musim bersama skuad senior. Membuatkan Veronique bergaduh dengan pengurusan PSG.

Rabiot kemudiannya dipinjamkan ke Toulouse kerana ejen ibunya dilaporkan mahu menghadiri semua sesi latihan di tempat duduk khas yang harus disediakan kepadanya. Ini kerana dia tak berpuas hati dengan pengurus Carlo Ancelotti yang tidak memilih anaknya untuk menjadi kesebelasan utama secara regular atas alasan pemain itu perlu bersaing dengan pemain lain di kompleks latihan terlebih dahulu.

PSG kemudian memutuskan untuk meminjamkan pemain itu ke Toulouse. Namun ketika PSG melantik Laurent Blanc, pengurus itu mendapat tekanan daripada Lembaga Pengarah Kelab yang menganggap Rabiot sebagai bakat elit. Dia juga cerminan kepada kejayaan akademi PSG, selepas kelab itu seringkali dianggap cuma membeli sahaja daripada kelab lain.

Blanc membawa masuk semula pemain itu ke dalam skuad utama PSG. Dua tahun kemudian perbincangan mengenai perjanjian baharu terhenti kerana tuntutan tidak masuk akal Veronique.

Pengarah sukan Roma bengang

Dia kemudian mulai mencari kelab lain untuk anaknya. Antaranya Roma, di mana Veronique berjumpa sendiri dengan bekas pengarah sukan mereka Walter Sabatini berhubung keinginannya untuk bertemu pengurus Rudi Garcia. Tetapi rundingan tersebut juga gagal diteruskan, kerana Roma dikatakan tak tahan dengan cara Veronique berunding.

Sabatini berkata pada masa itu: “Kami pergi makan tengah hari. Kami bercakap dan memberitahunya bahawa saya sudah ada kertas tawaran kontrak daripada kelab. Sebelum bangun dari tempat itu, dia menambah sesuatu yang tiada siapa pun terjemahkan kepada saya.

“Tetapi saya faham apa yang dia mahukan, dan saya mengamuk. Dia masa itu  mahu bercakap terus dengan Garcia [pengurus pasukan]. Saya marah dan pergi. Perkara ini tidak pernah berlaku,” kata Sabatini yang menganggap tindakan Veronique itu biadap. Seolah olah tidak menghormatinya sebagai pengarah sukan.

Sabatini menggambarkan, Veronique adalah seorang ibu yang suatu hari nanti akan berada di bilik persalinan jika dilayan kehendaknya.

Dengan perpindahan tidak dapat dimeterai, tersebar berita bahawa Rabiot akan menolak perjanjian baru dengan PSG. Itu yang menyebabkan dia disingkirkan daripada senarai pasukan Liga Juara-Juara mereka. Namun selepas itu Rabiot membuat pusingan U dan bersetuju melanjutkan kontrak dengan PSG.

Dia menjadi idola peminat PSG pada masa itu kerana dianggap simbol kejayaan akademi PSG.

Mempersoalkan Laurent Blanc

Tidak lama selepas itu, ibuanya menuntut Laurent Blanc agar memberikan lebih masa bermain dan jaminan tempat dalam kesebelasan utama. Veronique kemudian kantoi dia sudah berhubung dengan kelab lain, dilaporkan pada masa itu adalah Spurs. PSG agak marah dengan tindakan makcik Veronique pada masa itu.

Veronique terus dengan sikapnya yang sentiasa berulang alik ke kelab. Dia selalu berada di pusat latihan menyaksikan anaknya berlatih. Namun PSG tidak boleh menghalangnya kerana dia merupakan ejen pemain itu.

Kontroversi dengan pasukan kebangsaan Perancis pertama kali berlaku melibatkan Veronique dan Rabiot adalah pada 2016.

Rabiot dan ibunya tidak berpuas hati apabila dia hanya dipanggil menyertai skuad berikutan kecederaan kepada Kante. Dia secara terbuka menyatakan bahawa dia tidak selesa hanya dijadikan pemain sandaran.

Kontroversi tak mahu jadi pemain skuad simpanan

Lebih kontroversi, 2 tahun kemudian, Rabiot secara rasmi membuat kenyataan media bahawa dia tak mahu berada dalam senarai simpanan pasukan Piala Dunia 2018. Pada masa itu, Perancis sudah memutuskan senarai 25 skuad mereka. Rabiot tidak disenaraikan sama seperti pemain lain. Tetapi Didier Deschamps meminta pemain pemain dari senarai simpanan agar sentiasa bersedia dan sentiasa menghantar laporan latihan peribadi mereka.

Pemain pemain lain mengikuti arahan pengurus tersebut. Malangnya Rabiot menolak. Dia menyatakan, apa gunanya dia berlatih sendiri di rumah dan membuang masa menulis laporan? Lebih baik dia bercuti.

Rabiot berkata pada masa itu: “Saya memutuskan untuk menarik diri daripada senarai simpanan ini. Kerana saya berpendapat, tindakan pemantau bakat pasukan kebangsaan Perancis adalah tidak selari dengan logik mana mana suka. Mesejnya adalah jelas, saya beraksi cemerlang di kelab, yang sepatutnya membuka pintu untuk saya menjadi pemain kebangsaan.”

“Saya seorang pesaing, tetapi juga seorang lelaki dan saya ingin dianggap sebegitu dan akhirnya saya akan menanggung semua akibat pilihan saya ini dengan sokongan keluarga dan saudara mara.”

Kenyataan Rabiot itu benar benar mengejutkan ramai pihak. Ibunya kemudian menganggap Deschamps membuat keputusan salah kerana menyisihkan anaknya yang dia anggap sebagai pemain tengah terbaik Perancis pada masa itu. Namun ternyata Perancis tetap berjaya bergelar juara Piala Dunia 2018.

Permainkan rundingan kontrak untuk bonus ejen

Rabiot kemudian mencipta kontroversi sekali lagi dengan PSG. Kali ini dia meminta syarat tak masuk akal untuk kekal di PSG. Jika tidak, dia tak mahu melanjutkan kontrak dengan pasukan itu. Akibatnya, Nasser Al Khelaifi mengarahkan dia disingkirkan ke pasukan simpanan. Sudah menjadi kebiasaan dalam pengurusan bola sepak, pemain yang enggan menerima tawaran kontrak baharu dianggap tak berminat dengan projek masa depan kelab. Jadi pengurus berhak untuk menyisihkan mereka.

Ibu Rabiot dilaporkan sudah berunding dengan beberapa pasukan lain bagi membolehkan anaknya mendapat gaji lebih lumayan. Wang sentiasa bukan masalah utama untuk PSG. Namun pasukan itu tak berpuas hati dengan cara ibunya sepanjang dia berada di PSG. Walaupun banyak kehendaknya sudah dituruti namun dia masih menjadi batu api yang meracuni anaknya agar tidak melanjutkan kontrak.

Veronique sengaja mahu membiarkan kontrak anaknya berakhir untuk mendapatkan bayaran ejen untuk pemain ejen bebas. Sama ada dari PSG atau mana mana kelab lain.

Jika sebelum ini penyokong PSG selalu menyokong Rabiot. Namun kali ini mereka berpaling tadah. Mereka mulai meminta Rabiot beramnbus dengan sepanduk bertulis ‘RABIOT BLACKLISTE’.

Ke Juventus

Rabiot kemudian menyerta Juventus pada Julai 2019. Veronique secara terbuka menyatakan bahawa, mereka menolak tawaran PSG kerana gaji ditawarkan tidak sepadan dengan status anaknya sebagai prospek masa depan. Veronique berkata: “Anak saya adalah tebusan kelab itu, tak lama lagi dia akan tinggal di penjara dengan roti dan air kosong je.”

Maki bapa pemain lain

Veronique sekali lagi akan menjadi tajuk utama apabila Perancis tersingkir daripada Euro 2020 menerusi penentuan sepakan penalti berikutan keputusan seri 3-3 menentang Switzerland di mana anaknya bermain.

Veronique dirakam oleh kamera dengan memaki hamu bapa Kylian Mbappe, Wilfried, berikutan kegagalan penyerang itu dalam penentuan sepakan penalti.

Dia telah menjerit: “Memalukan betul cara anak kau sepak macam itu, untuk pemain pada standard dia. Dia menyempak terlalu lembik. Aku harap kau nanti maki je anak kau tu.”

The Athletic kemudian melaporkan tentang konfrontasi Veronique melibatkan Pogba.

Sumber itu menulis: “Ibu Rabiot diketahui sangat sensitif dan sangat rapat dengan anaknya dan dia tidak gembira apa yang dikatakan rakan Pogba mengenai salah satu sentuhan Adrien ketika di atas padang.”

“Jadi dia menyalahkan Pogba kerana kehilangan bola di bahagian tengah (membawa kepada gol ketiga Switzerland). Kemudian dia pergi kepada bapa Mbappe, ‘Lebih baik kau jaga sikit anak kau tu, dia tu besar kepala sebab media melindungi dia, dan saya fikir anak kamu tu seorang yang sombong.”

Bercakap mengenai tindakannya selepas itu, Veronique memberitahu Ouest-France: “Semua orang membuat kesilapan sepanjang hidup mereka.”

“Orang ramai tidak menyedari bahawa pemain bola sepak adalah remaja apabila mereka memulakan [kerjaya mereka], bahawa mereka perlu membesar sebagai lelaki. Mereka bukan robot.”

“Di Itali, akhbar mengatakan [Rabiot] buruk. Dia tidak peduli tentang itu dan dia bermain setiap perlawanan.Adrien Rabiot telah memenangi kedua-dua Ligue 1 dan Serie A.“

“Saya ingin semua orang tahu apa yang diperlukan untuk seorang pemain bola sepak mencapai tahap tertinggi.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan