Ibu Ronaldo Mahu Anaknya Beraksi Di Liga Portugal Musim Hadapan

Masa depan Cristiano Ronaldo kini terus menjadi tanda tanya. Banyak spekulasi tentang ke mana Ronaldo selepas ini, setelah kegagalan Juventus dalam Liga Itali dan juga UCL musim ini.

Walaupun sebelum ini presiden kelab, Agnelli mengesahkan Ronaldo akan terus kekal. Namun itu bukan jaminan. Dengan bebanan kewangan Juventus ketika ini, ianya pasti tidak mustahil mereka akan melepaskan Ronaldo.

Jika Juve gagal ke UCL musim hadapan, mereka akan kehilangan puluhan juta euro daripada hak penyiaran dan bonus UCL.

Beberapa kelab terkemuka Eropah telah dikaitkan dengan Cristiano Ronaldo musim depan. Bermula dari Paris Saint-Germain hingga dua dari bekas pasukannya, Manchester United dan Real Madrid.

Namun ibu Ronaldo, Dolores Aveiro baru baru ini meminta agar anaknya pulang ke Portugal dan beraksi semula bersama Sporting CP.

Dolores mahu Ronaldo mewakili semula kelab lamanya, yang menjadi tempat Ronaldo berkembang sebagai bakat muda luar biasa dan kemudian ditandatangani Manchester United.

Ronaldo adalah graduan lulusan akademi Sporting CP dan membuat debut profesional di sana pada tahun 2002. Bintang berusia 36 tahun itu membuat 25 penampilan untuk Sporting dan menjaringkan 3 gol dengan pasukan senior.

Dolores berkata: “Saya akan bercakap dengannya dan berusaha meyakinkannya untuk kembali semula ke Portugal tahun depan. Ke Stadium Alvalede dan memakai jersi Sporting.”

Mungkinkah impian Dolores itu akan ditunaikan Ronaldo? Ini kerana Ronaldo merupakan anak yang sangat menyayangi ibunya dan sanggup menunaikan apa sahaja permintaan ibunya.

Ronaldo pernah terfikir menjadi nelayan pada usianya sekarang

Superstar arena bola sepak Cristiano Ronaldo, mendedahkan bahawa, beliau seakan – akan tak percaya, masih meraikan harijadi yang ke-35 beliau sebagai pemain bola sepak.

Malah sebelum ini, pemenang Ballon d’Or lima kali itu menyatakan pernah memikirkan bahawa pada usia 35 tahun beliau akan menjadi seorang nelayan di kampung halamannya.

Di mana, beliau membayangkan, pada usia 35 tahun karier bola sepaknya sudah berakhir.

Ronaldo masih lagi pemain yang berada di tingkat tinggi dalam permainan bola sepak. Sudah menjaringkan 50 gol dalam dua musim untuk kelab yang beliau baru sertai Juventus, dua musim yang lalu.

Cristiano Ronaldo dalam ucapan harijadinya menyatakan bahawa ini semua adalah mimpi yang tidak tefikirkan.

Ronaldo berkata: “Pada usia 35 tahun? Saya ingatkan saya akan menjadi seorang nelayan di Madeira [kampung halaman Ronaldo].”

“Benda ini tak pernah terlintas di dalam fikiran saya. Saya sentiasa mahu menjadi pemain profesional. Namun saya tak sangka saya sudah memenangi segalanya di dalam karier.”

 

Pada usia 35 tahun Ronaldo ternyata sekali pemain yang memiliki kecergasan yang luar biasa. Pemain yang masih menjadi pemain utama di Juventus dan juga Portugal.

Selain daripada misi untuk kelab. Ronaldo juga ada misi penting dalam membantu Portugal mempertahankan trofi kejuaraan benua iaitu Euro.

Salah satu cara beliau kekal berada di tahap tertinggi adalah sikapnya yang hantu latihan dan hantu gym.

Ronaldo juga sangat menjaga pemakanan beliau. Patrice Evra pernah berkongsi cerita keadaan dapur Ronaldo.

Di dalam peti ais pemain itu penuh dengan sayur dan salad serta buah-buahan.

Beliau tidak makan makanan yang tidak sihat walaupun sedikit. Itulah Ronaldo.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.