Ibu Scam Duit Kutu Guna Nama Anak, Han So Hee Dengan Rendah Hati Minta Maaf

Nama aktres Han So Hee telah meningkat naik mendadak berikutan kejayaannya membawa watak antagonis – Da Kyung dalam The World of Married.

Beliau menjadi hits di seluruh dunia kerana megadrama itu.

Ketika Han So Hee sedang menuai kejayaan, beliau kini terpalit dengan berita di mana ibunya melakukan penipuan menggunakan namanya.

Kenyataan tentang scam oleh ibunya itu dimuat naik ke dalam portal Nate Pan.

Netizen tersebut mengklaim ibu So Hee melakukan penipuan kepada sejumlah orang.

Di mana portal tersebut mendakwa ibu Han So Hee membuka dana koperasi di mana anggotanya membayar yuran bulanan, ala kalau kat Malaysia ini kita sebut main kutu je ni.

Duit kutu tu nanti akan diterima anggota secara bergilir. Namun setelah ibunya mendapat wang daripada gilirannya, dia telah menghilangkan diri.

Mangsa tersebut menyatakan: “Saya benar benar mahukan wang itu namun buat masa ni tidak dapat lagi.”

“Sekarang ini saya sudah tidak peduli tentang wang itu, tetapi saya ingin dia menerima hukuman di atas fraud dia buat.”

“Setiap kali saya menonton selebriti itu di televisyen saya tak mampu menolak fikiran sayan menyatakan ‘adakah anak dia ni popular kerana wang saya?'”

“Hidup saya hancur, tapi selebriti itu pula sukses walaupun sang ibu melakukan penipuan,” tulis netizen tersebut seperti yang dipetik dari Soompi.

Menyedari akan kes tersebut sedang menjadi bualan hangat, So Hee terus memberikan respon tentang perkara itu.

Pelakon jelita berusia 25 tahun itu membuat kenyataan menerusi blog peribadinya dan meminta maaf di atas apa yang berlaku.

Han So Hee terkejut kerana mendapat tahu ibunya menipu sekitar RM8,700 setiap bulan dari tahun 2015-2016, berdasarkan kenyataan daripada mangsa.

Han So Hee menafikan bahawa dia menggunakan wang hasil penipuan ibunya itu untuk membina kerjaya. Dalam erti kata lain, beliau langsung tak terlibat apatah lagi berkomplot seperti yang dituduh sesetengah pihak.

Han So Hee: Kepada semua yang terluka, maafkan saya

“Pertama, saya meminta maaf kepada para mangsa yang menulis post mereka. Saya juga ingin meminta maaf dengan tulus kepada semua orang yang mungkin merasa sakit atau terluka oleh insiden itu. ”

“Saya benar benar minta maaf,” tulis So Hee di blog peribadinya.

Han So Hee kemudian berkongsi serba sedikit kisah dia dan ibunya. Sebenarnya ibu dan ayahnya sudah lama bercerai sejak dia berusia 5 tahun lagi.

Han So Hee kemudian duduk bersama nenek dan datuknya sejak kecil lagi.

Han So Hee tidak rapat dengan ibunya, dan dia jarang berhubung dengan ibunya.

“Sebenarnya saya tak selalu berkomunikasi dengan ibu. Saya dibesarkan oleh datuk dan nenek saya kerana ibu bapa saya bercerai ketika saya berusia 5 tahun lagi.”

“Selepas masuk ke sekolah menengah, saya berpindah ke Ulsan – tempat ibu saya tinggal masa tu. Tetapi saya memutuskan untuk terus tinggal dengan datuk dan nenek.”

“Selepas lulus dan tamat belajar saya mengejar impian saya menjadi artis dan berpindah ke Seoul.”

Han So Hee tidak berselindung menyatakan dia tahu bahawa ibunya banyak berhutang dengan orang lain. Dan beliau menyatakan, sebagai anak, dia juga berusaha untuk membantu menyelesaikan hutang tersebut.

Namun Han So Hee baru sahaja stabil sebagai selebriti dalam beberapa tahun ini.

“Saya jarang berhubung dengan ibu saya namun saya bekerja untuk membantu membayar hutang ibu saya, bahkan sebelum debut saya di dunia hiburan saya sudah mulai membantu ibu,” tegas beliau lagi.

Han So Hee juga menyatakan dia baru tahu ibunya menggunakan namanya untuk memperdaya mangsa.

Dan Han So Hee menegaskan ini bukan pertama kali ibunya menggunakan namanya untuk mendapatkan wang dan memperdaya mangsa.

“Saya juga pernah mendapat tahu yang ibu menggunakan nama saya untuk persetujuan dokumentasi berhutang. Sehingga pada satu ketika saya tak mampu membayarnya kerana jumlahnya terlalu tinggi.

Han So Hee berjanji akan cuba membantu membayar ganti rugi kepada mangsa terbaru ibunya itu, dan mengingatkan kepada semua pengikutnya agar tidak menjadi mangsa scam, tidak kira mangsa ibunya ataupun yang lain.

Han So Hee juga menegaskan yang beliau juga belajar sesuatu daripada perkara ini.

Baca yang lain