Icardi Aktifkan Kad ‘Beras Kita Beli’, Berikan 4 Syarat Kepada Wanda Nara Jika Mahu Kembali

Kisah Mauro Icardi dan Wanda Nara kini memasuki episdo plot twist yang baru. Ini apabila Mauro Icardi mengajukan 4 permintaan khas daripada isterinya jika Wanda Nara kembali semula ke Paris.

Sebelum ini Wanda Nara marah dengan Icardi dan membuka cincin kahwinnya sambil menyindir bahawa jarinya nampak lebih cantik tanpa cincin kahwin Icardi.

Segalanya bermula apabila Mauro Icardi yang memang dikenali dengan sikap buayanya, kantoi dengan supermodel dari Argentina bernama China Suarez.

Kak Rara sangat marah dan memuat status meroyan terus di Instagram kerana ada orang cuba menganggu suaminya. Wanda Nara menulis: “Satu lagi keluarga kau nak hancurkan kerana perempuan sundal ke.”

Icardi dengan tenang mengucapkan selamat hari ibu dengan gambar bersasma isterinya.

Itu yang Wanda Nara balas dengan gambar tanpa cincin perkahwinan di jarinya.

Drama itu tidak terhenti di situ, Icardi kemudian mengancam akan membatalkan kontraknya dengan PSG jika Wanda Nara tak kembali semula ke pangkuannya.

Wanda Nara merupakan ejen kepada Icardi pastinya akan bertanggungjawab jika perkara itu berlaku.

Oleh kerana situasi konflik rumah tangganya, PSG memberikan cuti khas kepada Mauro Icardi minggu lepas. Dan dilaporkan Icardi mengalami masalah kecergasan kerana tak cukup tidur.

Namun kini, Icardi sudah sedia kembali bertugas dan dia membuktikan bahawa kata kata beras kita beli itu benar benar masih boleh pakai. Walaupun Icardi tak makan nasi sebagai makanan ruji.

Walaupun dia yang kantoi curang, kini dia pula meletakkan syarat kepada Wanda Nara, jika isterinya itu mahu kembali semula ke pangkuannya di Paris.

Tak pasti apa sebenarnya yang berlaku di sini. Wanda Nara dikatakan tidak rela melepaskan kehidupan mewahnya bersama Icardi terutama sekali daripada pendapatan ejen. Wanda Nara juga sangat sukakan kehidupan di Paris.

Diario AS melaporkan bahawa, Icardi meminta Wanda Nara memuat naik semula gambar dia dan anak anaknya untuk membuktikan betapa bahagianya keluarga mereka.

Agak menarik kerana ternyata selepas laporan itu, Wanda Nara benar benar memuat naik beberapa gambar dia dan suaminya bersama dengan anak anaknya sekali lagi.

Seterusnya, Wanda Nara perlu menutup semua akaun media sosialnya yang tidak ada kaitan dengan kerja.

Ketiga Wanda Nara tidak boleh meminta bonus daripada kerjanya sebagai ejen. Dan cuma makan gaji tetap sahaja selepas ini.

Dan yang terakhir, selepas ini Wanda Nara dilarang daripada terbang menggunakan jet peribadi mereka tanpa ditemani Icardi.