Apabila wanita itu mengamuk, maka siaplah lelaki. Sampaikan kelab seperti PSG pun akur dan terpaksa memberikan cuti kelepasan khas kepada Mauro Icardi daripada latihan hari ini.
Koresponden Fabrizio Romano mengesahkan perkara itu menerusi perkongsian terbarunya.
Dikatakan PSG memberikan cuti khas kepada Icardi atas alasan isu keluarga.
Semalam isteri merangkap ejen kepada Icardi, Wanda Nara telah mengamuk di Instagram miliknya. Di mana Wanda Nara menuduh Icardi sedang cuba merosakkan satu lagi keluarga hanya kerana perempuan sundal.
Netizen gempar apabila Wanda Nara memuat naik status yang ditujukan kepada Icardi dengan menyindir bahawa lakinya sedang bermain kayu tiga dengannya.
Wanda Nara memuat naik status itu dan kemudian memadamkan gambar gambar beliau dengan Icardi. Tak cukup dengan itu, Wanda Nara turut unfollow terus Icardi di IG.
Sebelum ini pasangan ini turut membuatkan ramai terkejut apabila Icardi melabel isterinya sebagai anjing betina. Namun Wanda Nara mempertahankan suaminya itu dengan menganggap itu cumalah gurauan kasar. Icardi kemudian memadam statusnya itu.
Wanda Nara bukan sahaja isteri kepada Icardi, malah menjadi ejen yang sangat kontroversi dalam karier Icardi.
Pernah bergaduh dengan kelab lama Icardi sebelum ini iaitu Inter Milan. Membuatkan Inter hilang sabar dengan Icardi dan menjual pemain itu.
Seterusnya, Wanda Nara juga pernah menimbulkan kontroversi apabila secara terbuka menyatakan bahawa Icardi sentiasa merindui aksi di Itali dan mahu kembali ke Serie A.
Membuatkan PSG memberikan amaran kepada Wanda Nara agar tidak terlalu terbuka menyatakan pandangan seperti itu kepada umum. Ini kerana Wanda Nara ejen kepada pemain itu.
Dalam kenyataan terbarunya di Instagram, Wanda Nara menyindir Icardi dengan berkata: “Kau nak hancurkan keluarga kau lagi ke untuk betina jalang.”
Seolah olah ini bukan yang pertama Icardi skandal dengan wanita lain di belakang Wanda Nara.
Ramai juga netizen yang berseloroh bahawa kenyataan itu juga boleh kena kat batang hidung Wanda Nara sendiri.
wanda nara saying mauro icardi ruined another family when she literally also cheated on her husband w him pic.twitter.com/cLuVY65UxC
— t (@madridsnjh) October 16, 2021
Ini selepas Icardi menghancurkan keluarga rakan baiknya Maxi Lopez beberapa tahun lalu dengan menjalinkan hubungan sulit dengan Wanda Nara.
Tranku @wandaicardi27 pic.twitter.com/BhuxnZH2m9
— A N G E L (@AngeldebritoOk) October 16, 2021
Hubungan Mauro Icardi dan Wanda Nara dilihat tidak begitu bagus pada ketika ini. Namun ramai juga risau siapakah mangsa Icardi seterusnya. Jangan jangan dari kalangan isteri pemain PSG?
Pada masa lampau, Icardi dan Wanda Nara membina mahligai mereka dengan cukup kontroversi.
Wanda Nara ketika itu menjadi isteri Maxi Lopez, telah menjalinkan hubungan dengan Icardi. Di mana Icardi diajak oleh Maxi Lopez tinggal di rumah mereka ketika pemain Argentina itu masih mencari cari rumah baru.
Maxi Lopez menganggap Icardi seperti adiknya sendiri. Dan tak menyangka, Icardi mengambil kesempatan di atas kepercayaannya itu.
Namun Wanda Nara menafikan mereka menjalinkan hubungan sulit di belakang Lopez. Dengan menegaskan bahawa, mereka hanya bercinta selepas dia bercerai dengan Maxi Lopez.
Kisah tersebut menjadi sebutan ramai. Maxi Lopez tak sangka Icardi sanggup mengkhianatinya.
Icardi kini beraksi bersama PSG. Beliau baru-baru ini dikaitkan dengan Newcastle United. Namun Fabrizio Romano menegaskan bahawa Icardi tidak mahu meninggalkan PSG dan selesa di sana walaupun tidak menjadi pemain kesebelasan utama.