Icardi Ugut Tinggalkan PSG Kalau Kak Rara Tak Kembali Kepadanya

Bagi sesetengah peminat, Mauro Icardi mungkin melakukan ugutan pelik kepada PSG. Di mana beliau mengugut mahu meninggalkan PSG kalau Wanda Nara aka Kak Rara tidak kembali semula kepadanya.

Baru baru ini, Rara meroyan di IG selepas Icardi dikatakan ada skandal dengan model Argentina, bernama China Suarez.

Rara kemudian unfollow laki dia sendiri di IG dan menulis: “Satu lagi keluarga kau nak hancurkan kerana perempuan sundal.”

Wanda Nara dikatakan memadamkan gambar gambar mereka bersama. Namun Icardi dengan tenang terus memujuk isterinya.

Dia sempat memuat naik gambar mereka bersama sempena hari ibu beserta dengan ucapan.

Namun kak Rara yang merupakan pengacara tv, menulis kaspyen terbaru dengan menyindir Icardi.

Dia berkata: “Hari yang lebih baik tanpa ada cincin di jari akak, ha.. giteww,” sindiran bahawa kak Ra sudah sedia untuk melepaskan cincin perkahwinan dengan Icardi.

Wanda Nara dikatakan sudah tidak dapat memaafkan Icardi yang kantoi curang kerana dia sangat setia dengan Icardi.

Berbalik kepada ugutan Icardi akan meninggalkan PSG. Dipercayai ianya kerana Wanda Nara adalah ejen beliau.

Apabila berlaku perlanggaran kontrak maka, Wanda Nara perlu bertanggungjawab.

Bukannya sebab Icardi nak salahkan PSG kerana isterinya tak kembali.

RMC melaporkan bahawa, Icardi sudah sedia mengambil keputusan drastik meninggalkan PSG jika perkahwinannya tidak dapat diselamatkan.

Baru baru ini, PSG memberikan cuti khas kepada Icardi selepas pemain itu mengalami masalah keluarga.

Icardi dan Wanda Nara ada 2 anak perempuan – Francesca and Isabella – dan turut membesarkan anak Wanda Nara bersama dengan Maxi Lopez iaitu Valentino Gaston, Constantino dan Benedicto.

Mauro Icardi menjadi nama yang dikaitkan dengan banyak kelab, termasuk Spurs, Juventus dan terbaru Newcastle United.

Namun sumber Fabrizio Romano menyatakan bahawa pemain itu sebelum ini selesa di PSG walaupun kurang minit perlawanan.

Tetapi skandal terbaru yang melibatkan Icardi ini pastinya merubah keadaan itu.

Icardi panggil kak Rara anjing

Sebelum ini pasangan ini membuatkan ramai terkejut apabila Icardi melabel isterinya sebagai anjing betina. Namun Wanda Nara mempertahankan suaminya itu dengan menganggap itu cumalah gurauan kasar. Icardi kemudian memadam statusnya itu.

Wanda Nara bukan sahaja isteri kepada Icardi, malah menjadi ejen yang sangat kontroversi dalam karier Icardi.

Pernah bergaduh dengan kelab lama Icardi sebelum ini iaitu Inter Milan. Membuatkan Inter hilang sabar dengan Icardi dan menjual pemain itu.

Seterusnya, Wanda Nara juga pernah menimbulkan kontroversi apabila secara terbuka menyatakan bahawa Icardi sentiasa merindui aksi di Itali dan mahu kembali ke Serie A.

Membuatkan PSG memberikan amaran kepada Wanda Nara agar tidak terlalu terbuka menyatakan pandangan seperti itu kepada umum. Ini kerana Wanda Nara ejen kepada pemain itu.

Ramai juga netizen yang berseloroh bahawa kenyataan itu juga boleh kena kat batang hidung Wanda Nara sendiri.

Ini selepas Icardi menghancurkan keluarga rakan baiknya Maxi Lopez beberapa tahun lalu dengan menjalinkan hubungan sulit dengan Wanda Nara.

Selain itu, Wanda Nara juga beberapa kami menekan butanng unfollow dan kemudian follow balik Icardi di Instagram.

Hubungan Mauro Icardi dan Wanda Nara dilihat tidak begitu bagus pada ketika ini. Pada masa lampau, Icardi dan Wanda Nara membina mahligai mereka dengan cukup kontroversi.

Wanda Nara ketika itu menjadi isteri Maxi Lopez, telah menjalinkan hubungan dengan Icardi. Di mana Icardi diajak oleh Maxi Lopez tinggal di rumah mereka ketika pemain Argentina itu masih mencari cari rumah baru.

Maxi Lopez menganggap Icardi seperti adiknya sendiri. Dan tak menyangka, Icardi mengambil kesempatan di atas kepercayaannya itu.

Namun Wanda Nara menafikan mereka menjalinkan hubungan sulit di belakang Lopez. Dengan menegaskan bahawa, mereka hanya bercinta selepas dia bercerai dengan Maxi Lopez.

Seterusnya Maxi Lopez pernah mendakwa Icardi dan Wanda Nara melarang anaknya bercakap dengannya di telefon membuatkan Maxi sangat kecewa.