Iceland Belasah Dan Singkir Israel, Eran Zahavi Buat Penalti Kelakar Selepas Rakannya Dibuang Padang

Iceland memastikan Israel tidak mendapat tempat dalam Euro 2024 yang akan datang.

Ini selepas Iceland membantai Israel dengan keputusan 4-1. Albert Gudmundsson mencetak hatrik dalam aksi play off laluan B ini.

Bermakna Iceland akan beraksi di final play off untuk laluan B dengan kemenangan bergaya di Budapest.

Ibarat jatuh ditimpa tangga, pemain Israel, Eran Zahavi turut gagal menyempurnakan penalti yang diberikan kepada pasukannya. Walaupun pada awalnya dia menyempurnakan penalti untuk jaringan pertama perlawanan – yang meletakkan Israel di hadapan.

Pada kedudukan Israel ketinggalan 1-2, penalti itu sangat penting. Namun Zahavi melakukan sepakan yang teruk pada minit ke-80.

Saksikan detik menyayat hati itu di sini:

Eran Zahavi (Israel) missed penalty vs. Iceland 80′
byu/atbg1936 insoccer

Eran Zahavi hanya mampu menutup mukanya kerana kecewa dan malu.

Ketika itu Israel sudah dikurangkan kepada 10 pemain kerana Roy Revivo dibuang padang kira kira 7 minit sebelum penalti tersebut.

Selepas Eran Zahavi gagal menyamakan kedudukan dari titik penalti, Iceland mengganas dengan 2 lagi gol pada minit akhir permainan.

Gudmundsson mencetak 2 gol lewat tersebut pada minit ke-83 dan ke-87, untuk memastikan dia pulang ke rumah dengan bola hari perlawanan – kerana dia melakukan hatrik.

Iceland akan berdepan dengan Ukraine pada aksi final play off laluan B pada Selasa.

Pemenang akan mara ke pusingan akhir Euro 2024 bersama sama dengan Belgium, Slovakia dan Romania. Dengan aksi Euro kali ini akan diadakan di Jerman.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari