Pihak kreatif WWE dikecam teruk oleh peminat kerana mengeluarkan idea yang dianggap semakin mengarut dan tidak masuk akal.
Dalam acara Monday Night RAW baru-baru ini, pihak kreatif membina satu storyline yang dirasakan sudah terlalu mengarut dan tidak boleh diterima dek akal normal para peminat gusti professional.
Mungkin mereka terlalu tertekan untuk beri saingan kepada seteru terbaru yang kian meningkat naik, AEW.
ALEXA BLISS RETURNS TO RAW!
Alexa throws a fireball at Randy Orton 😱👀#AlexaBliss #FireflyFunHouse #WWERaw #RandyOrton #TheFiend #BrayWyatt
👇🏻
🔹https://t.co/HI2inQclvR pic.twitter.com/7aeLccnyfm— C Wrestling (@CWrestlingUK) January 12, 2021
Di acara mingguan RAW baru-baru ini, pihak kreatif terpaksa mencari pengganti untuk menggantikan Drew McIntyre yang sudah dijadualkan bertemu Randy Orton di acara utama.
The Scottish Psychopath itu telah disahkan positif C0V-19 dan beliau terpaksa menjalani proses kuarantin selama tempoh dua minggu.
Untuk menggantikan tugas beliau sebagai penggusti acara utama, Vince McMahon terpaksa mencari penggusti hebat dan layak untuk dipertemukan dengan Randy Orton di acara utama RAW minggu ini.
Triple H merupakan calon terbaik untuk menggantikan Drew dan beliau telah bertarung dengan The Viper di acara kemuncak minggu ini.
Out goes @TripleH, in comes @AlexaBliss_WWE … and she brought the 🔥🔥🔥 to @RandyOrton!
What did we just witness on #WWERaw?! pic.twitter.com/kjTUvfXO1F
— WWE (@WWE) January 12, 2021
Walau sudah lama tidak beraksi, Triple H masih mampu untuk mempamerkan aksi bertenaga dan para peminat sangat berpuas hati dengan persembahan beliau.
Ketika hujung perlawanan mereka, lampu arena tiba-tiba terpadam dan ramai yang menjangkakan bahawa ‘The Fiend’ akan membuat kemunculan semula.
Namun anggapan itu sebenarnya salah dan bukanlah ‘The Fiend’ yang muncul, sebaliknya Triple H yang berdiri tegak sambil memegang tukul keramat beliau ketika lampu kembali dinyalakan.
Mujur saja tukul berapi itu tidak hinggap di muka Randy dan The Game meninggalkan gelanggang sebaik kelibat Alexa Bliss muncul di atas gelanggang.
That reminded me of the time when Kane shot fire out of his fingers pic.twitter.com/ofgONOF8bU
— Firefly Alexa (@FireflyAlexa) January 12, 2021
Bliss dengan tiba-tiba melepaskan bebola api yang tepat mengenai muka Randy Orton sebelum the legend killer itu meraung kesakitan sebagai penamat acara minggu ini.
Tindakan pihak kreatif mengeluarkan idea bebola api seolah sudah jauh tersasar dan ia dikecam teruk oleh para peminat.
Adakah WWE sudah mula mahu menggunakan gimik penggusti yang memiliki kuasa supernatural?
Sekitar 30 tahun dahulu, WWE pernah menggunakan gimik yang sama dengan mereka menggunakan Papa Shango sebagai seorang bomoh Brazil.
Pernah berlaku satu babak, yang memperlihatkan Papa Shango dengan membawa kemenyan telah menyantau Ultimate Warrior sehingga legenda WWE itu tumbang di tepi gelanggang.
Gimik itu sama sekali tidak menyeramkan dan ia lebih menjadi bahan jenaka dari kalangan peminat.
Gimik seram yang dibawa oleh The Undertaker dan Kane lebih diterima oleh peminat kerana mempunyai element logik dan masuk akal.
Gimik memakan cacing oleh Boogeyman atau minum darah oleh anggota kumpulan The Brood juga masih boleh dianggap masuk akal tidak seperti kuasa bebola api yang dilakukan oleh Alexa Bliss.