Ighalo: “Kami Semua Termasuk CR7 Sertai Liga Arab Saudi Untuk Duit Bukan Kerana ‘Passion'”

Bekas penyerang Manchester United, Odion Ighalo tidak berselindung tentang tujuan mereka mahu datang ke Liga Arab Saudi.

Ighalo sebelum ini menyertai Al Shabab dan kemudian Al Hilal. Ighalo sebelum ini dilaporkan telah tidak disambung kontrak oleh Al Hilal.

Di mana kelab itu pada masa itu mahu mendapatkan Lionel Messi. Ighalo mengakui bahawa perkara itu benar.

Al Hilal benar benar serius mahu mendapatkan Messi dan segera membuang Ighalo daripada pasukan mereka.

Bercakap tentang kenapa pemain pemain dari liga utama eropah datang ke Arab Saudi, Ighalo menegaskan bahawa mereka datang kerana wang.

Dia turut memetik nama CR7 dalam temuramahnya baru baru ini. Ianya kerana Ronaldo pernah menyatakan bahawa passion kepada bola sepak adalah sebab utama dia datang ke Arab Saudi berbanding wang.

Ronaldo menjelaskan bahawa, dia tertarik dengan semangat orang Arab Saudi tentang bola sepak dan pembangunan bola sepak di negara itu yang kian positif.

Namun Ighalo menempelak pandangan itu. Dia berkata: “Bro, ianya lebih kepada pengakhiran kepada karier bola sepak seseorang pemain. Itulah sebabnya kami pergi ke Arab Saudi.”

“Pemain nama besar macam Ronaldo, apa lagi sebab dia datang? Adakah dia masih memikirkan soal passion berbanding wang?”

“Ronaldo, dia [sebelum ini] meraih pendapatan lebih 100 kali ganda lebih besar daripada pendapatan sepanjang hidup saya dan dia masih mahu pergi ke Arab Saudi.”

“Jadi kamu nak kata dia pergi sebab passion? Ianya sebab duit bro.”

“Kami semua bermain untuk duit, bukannya passion.”

Membincangkan tentang bagaimana kontraknya tidak dilanjutkan hanya kerana Al Hilal mahukan Messi – di mana pemain itu akhirnya ke Inter Miami, Ighalo berkata:

“Saya tak boleh nak cakap yang kontrak saya tidak dilanjutkan kerana semua pihak termasuk saya sendiri pun tak setuju apa apa.”

Kemudian Ighalo akui terkejut dan agak kagum dengan Messi yang benar benar sanggup menolak tawaran dari Al Hilal yang menurutnya sangat bear.

Messi dilaporkan ditawarkan gaji €300 juta semusim untuk 2 musim kontrak. Itu tidak termasuk pendapatan dari hak imej.

Ighalo pada awalnya memikirkan Messi benar benar datang ke Al Hilal kerana tawaran yang mustahil untuk ditolak. Namun ternyata tidak.

“Tapi saya benar benar yakin Messi akan setuju dengan tawaran mereka. Tawaran dari Arab Saudi itu sangat luar biasa.”