IKEA Suruh Pulangkan Cawan Beracun Ini Dan Jangan Gunakannya

Syarikat peruncita dan penjualan perabot rumah terkemuka Sweden, IKEA, telah menarik semula berjuta-juta cawan ‘Made in India’ – di kesemua gudangnya di seluruh dunia, yang ada menyimpan stok cawan ini.

Cawan tersebut dikatakan, antara produk mereka yang sangat popular kerana ianya senang dibawa ke sana ke mari.

IKEA terpaksa menarik semula cawan tersebut, kerana adanya unsur bahan kimia yang berlebihan pada bahan plastik produk tersebut.

IKEA menerusi satu kenyataannya berkata, mereka baru sahaja menerima laporan ujian ke atas cawan tersebut. Dan ianya didapati mengandungi tahap Dibutyl phthalate (DBP) melebihi had yang ditetapkan.

Lantas IKEA telah menggesa orang ramai untuk tidak menggunakan cawan plastik TROLIGTVIS.

Dibutyl phthalate (DBP) merupakan satu sebatian yang digunakan untuk meningkatkan ketahanan produk plastik. Selain itu DBP juga digunakan untuk melenturkan plastik tersebut.

Dibutyl phthalate yang berlebihan akan memberikan kesan sampingan yang teruk kepada saraf.

Oleh itu, IKEA meminta kesemua pelanggan mereka dari seluruh dunia untuk memulangkan segera cawan tersebut.

Di mana, korang yang sudah terbeli cawan beracun ini boleh mendapatkan semula pulangan wang. Dan IKEA menegaskan, para pelanggan tak perlu menujukkan resit pembelian ketika memulangkan cawan itu.

IKEA kini sedang menyiasat, bagaimana produk tersebut boleh lepas daripada proses kawalan kualiti yang sangat ketat di IKEA.

Baca yang lain