Iklan Standard Chartered – Liverpool Ini Buat Fans Liverpool Goosebump & Masuk Habuk

Standard Chartered telah mengeluarkan satu iklan yang meruntun jiwa sanubari penyokong Liverpool.

Iklan tersebut memaparkan perjalanan Standard Chartered sebagai rakan Liverpool sejak 10 tahun yang lalu.

Jika anda mulai menyokong Liverpool 10 tahun yang lalu, maka iklan ini akan lagi bermakna.

Begitu juga jika korang yang dan lama bersama The Reds, iklan ringkas ini memaparkan detik suka duka menjadi penyokong Liverpool.

Kekadang baru bahagia melihat kelibat pemain yang kita sayang, dah kena sebat dengan pasukan lain.

Perjalanan Liverpool ketika hampir juara dengan duo berapi SAS – Suarez dan Sturridge ketika itu.

Perjalanan Standard Chartered ini digerakkan dalam watak seorang gadis yang fanatik meminati Liverpool. Gadis scouser yang tinggal di bandar Liverpool.

Apa sahaja yang gadis itu lakukan, pasti kelab Liverpool ada bersamanya walaupun hanya satu calit logo kecil.

Namun gadis kecil itu semakin dewasa dan dia menikmati detik yang turun naik sebagai penyokong.

Meratapi kehilangan ramai bintang yang dia sayangi termasuk Suarez dan Fernando Torres.

Melihat kapten kesayangannya Steven Gerrard berjuang tanpa jemu demi Liverpool. Gerrard dan Suarez menangis ketika kehilangan kejuaraan liga pada malam Crystanbul.

Era Gerrard kemudian berakhir. Muncul era Jurgen Klopp yang memberikan sinar lebih indah.

Akhirnya pada hari ini, Liverpool memberikannya senyuman dengan kejuaraan UCL pada musim lalu, dan kini dalam proses akhir nak menamatkan kemarau kejuaraan EPL.

Saksikan di sini:

Satu iklan yang dengan penceritaan yang power oleh Standard Chartered. Mereka adalah penaja yang sentiasa bersama Liverpool walaupun masa tu sedang dalam kegoyahan.

Jika di Malaysia, besar juga jasa Standard Chartered ni sebab menggantikan Carslberg. Ramai rakan rakan yang beragama Islam mereka lebih selesan dengan logo bank itu.

Ramai terkesan dengan iklan ini:

Bagi penyokong Liverpool iklan ini terlalu power dan penuh dengan cerita yang padat dan mampat di dalamnya.

 

Kita dan Liverpool

Korang pun ada macam macam cerita kan sepanjang 10 tahun ini. Ada suka duka sebagai penyokong Liverpool.

Walaupun pasukan kita sokong ni tak berapa power pada waktu itu, selalu kena buli dalam jendela perpindahan, namun Liverpool sentiasa ramai penyokong.

Tak valid nak cakap fans Liverpool ni baru muncul sekarang. Mungkin mereka ni tak pernah datang live view Liverpool yang ada di mana saja walaupun hanya berkesebelasan utamakan Jay Spearing.

Dengan ledakan prestasi di bawah Klopp, maka normallah akan ada penyokong baharu yang menjadi sebahagian keluarga The Reds.

Bak kata orang, walaupun koma 30 tahun daripada EPL, namun Liverpool masih mampu menjuarai 2 UCL dalam tempoh itu dan banyak piala domestik.

Masih kekal sebagai kelab Inggeris yang berjaya.

Kongsikan artikel ini dan kongsikan sekali kisah korang dalam 10 tahun ini bersama Liverpool. Kau nak cerita sejak 30 tahun pun boleh.

YNWA gais.