IKLIM : Band Emo Mengikut Iklim Lokal Yang Mendahului Zaman

Apabila disebut nama band IKLIM, ramai yang mendefinasikan mereka sebagai band Rock Kapak atau Slow Rock. Tapi aku lebih suka meletakkan mereka dalam sub genre EMO.

Lama dahulu pada awal tahun 90an sekumpulan belia Terengganu telah dahulu memainkan muzik Emo sebelum wujudnya band Emo U.S iaitu MCR, The Cure dan lain-lain.

Cumanya Iklim tidak memakai imej Gothik yang langsung tak ada sangkut paut dengan bunyian Emotional.

Ya, band yang terbentuk pada tahun 1988 hasil gabungan dua band dan seorang vokalis bersuara emas iaitu arwah Saleem ini memainkan muzik Emo sejak tertubuh lagi.

Nama Iklim itu sendiri dipilih kerana permainan emosi seperti suka, duka, sedih, geram, depresi dalam setiap lagu mereka, perkataan Iklim mewakili semua perasaan yang sentiasa berubah-ubah.

Kisah yang emosi

Dalam sub genre Emo ini elemen Theatrikal akan ditekankan, soundnya untuk memperlihatkan kisah yang didendangkan tu perasaan dia sangat emotional.

Contoh macam lagu I Dont Love You-MCR, muzik latar dan vokal diadun secara Theatrikal untuk kita rasa ‘sakit’ perasaan yang diluahkan. Ok setel hal definasi sub genre Emo.

Kalau kau biasa dengar lagu lagu Iklim, mereka akan mulakan lagu dengan muzik intro yang mencetus emosi selama beberapa saat sebelum vokalis masuk, contoh awal adalah Suci Dalam Debu.

Bezanya adalah mood emo Iklim bergantung kepada bunyian keyboard Huzali, sebab masa tu gear untuk gitar tak banyak macam sekarang. Huzali memegang peranan penting untuk menusuk semangat emo kedalam telinga pendengar.

Kau bayangkan kalau Iklim ada equipment setara atau diadun dengan teknologi yang band band emo U.S buat, bunyi dia mungkin lagi padu.

Cuba teliti lagu lagu hit mereka yang senang bermain dicuping telinga korang macam Suci Dalam Debu, Bukan Niatku, Bukan Aku Tak Cinta, Dipintu Mahligai, dengar lepas tu kau dengar pula lagu emo U.S.

Formula yang sama sahaja, cumanya Iklim ni band lokal dengan surrounding lokal, maka bunyi emo dia macam agak tak dark. Iya lah anak kampung main muzik, pengaruh pun datang dari core genre iaitu Rock dan beberapa sub macam Slow Rock dan Balada.

Tapi kira power lah sebab lagu-lagu yang disebut diatas tu sound emo dia agak kedepan sepertimana band emo antrabangsa ketengahkan.

IKLIM pada waktu puncak dia berjaya menghasilkan album setiap tahun selama 7 tahun secara konsisten.

7 tahun berturut – turut buat album ni pada aku kerja gila juga, dah la diorang tak ada second guitaris, hanya mengharapkan bunyian keyboard Huzali dan lain lain sampling untuk menutup ruang lompong dalam satu- satulagu.

Salute pada mereka kerana bermain muzik Emo tapi dengan iklim lokal. Pada aku ini adalah satu point untuk kita pegang yang muzik kita sebenarnya agak versatil juga dibandingkan dengan muzik Indonesia.

Iklim, band Emo yang mendahului zaman.

Nota editor: Artikel ini sumbangan peminat setia David Luiz, Niv AR – Jangan lupa follow beliau di facebook untuk info yang padu.

Baca yang lain