Ilaix Moriba: Digantung Barca Kerana Tak Nak Sign Kontrak, Kini Tukar Kewarganegaraan

Pemain akademi Barcelona, Ilaix Moriba terus mencetuskan kontroversi. Sebelum ini Moriba diarahkan untuk dibekukan daripada aksi skuad utama ataupun akademi di Barcelona.

Ini selepas pemain muda itu menolak untuk menandatangani kontrak dengan pasukan senior Barcelona. Presiden Barcelona, Joan Laporta menganggap tindakan Moriba itu sebagai biadap dan juga tidak sepatutnya.

Pemain akademi seharusnya menghormati kelab dan menganggap ianya satu penghormatan apabila dinaikkan pangkat ke pasukan utama.

Moriba dikaitkan dengan usaha untuk mencari pasukan lain yang menawarkan gaji lebih tinggi kepadanya.

Pada beberapa minggu lalu, presiden Joan Laporta mengesahkan bahawa kelab mengambil tindakan tegas kepada Moriba kerana tidak mahu melanjutkan kontraknya lebih awal.

“Kami akan cuba memastikan kes beliau ini tidak akan berulang lagi. Dia masih ada baki setahun sahaja dalam kontraknya dan dia tak mahu menerima syarat dalam tawaran kelab.”

“Kami tidak dapat menerima perbuatannya itu dan kami menghantar mesej jelas kepada semua pemain dalam pasukan.”

“Jika kamu tak mahu memperbaharui kontra, kami ada penyelesaian lain. Kami tak mahu pemain ‘buatan’ La Masia tidak mahu melanjutkan kontrak bersama kelab. Ini kerana dia adalah pemain yang kami sudah berikannya peluang.”

“Kelab adalah di atas segalanya. Saya mahu kamu [Moriba] fikir masak masak sekali lagi.”

“Kami tak akan membiarkan dia dinaikkan ke pasukan utama dan kemudian pergi ke kelab lain. Kami tak mahu menerima cara itu daripada mana mana pemain kami.”

Moriba dikaitkan dengan pasukan seperti Chelsea yang mahukan pemain muda itu. Dengan status kewangan Barcelona yang ada sekarang, mereka pastinya kecewa pemain itu tidak menerima kenaikan pangkat yang mahu diberikan kepadanya.

Ini kerana Barcelona berusaha sedaya upaya menggunakan sumber dari La Masia dan mencari pemain ejen bebas di pasaran perpindahan.

Ronald Koeman baru baru ini menyatakan bahawa beliau sudah bersemuka dengan pemain itu dan memberitahunya bahawa wang bukan segala galanya dalam bola sepak.

“Tenant Ilaix? Saya bercakap dengan Moriba dalam 2 atau 3 minggu lepas, lebih kepada percakapan di antara dua orang insan berbanding dengan perbicangan antara coach dan pemain.”

“Situasi dia sekarang sangat teruk, sebab saya tahu dia baru berusia 18 tahun. Dia adalah masa depan kelab ini, dan saya tahu dia sayangkan kelab ini.”

“Nasihat saya kepadanya, duit bukan perkara paling penting.”

“Jujurnya saya agak kecewa dengan dia dan ejennya. Saya sentiasa percaya, lebih banyak bola sepak lebih penting daripada lebih banyak wang.”

Selepas itu, Moriba memberikan respon kepada kritikan Koeman di Instagramnya dengan berkata: “Ada beribu ribu rumors, kebenarannya tak siapa pun tahu.”

Tidak terhenti di situ, Moriba kemudian menukar kewarganegarannya. Dia sebelum ini mewakili La Roja dalam semua peringkat remaja B-17.

Ayahnya baru sahaja berjumpa dengan presiden FA Guinea, dan pemain itu akhirnya memutuskan untuk mewakili negara asal kelahirannya.

Dan Moriba mengesahkan bahawa dia sedia untuk beraksi dalam Piala Afrika.

AS melaporkan bahawa Moriba mungkin akan membuat debut bersama Guinea dalam aksi antarabangsa bulan hadapan.

Moriba merupakan pemain remaja yang ditandatangani La Masia dari akademi Espanyol. Dia dianggap prospek cerah dalam Barcelona.

Ada juga yang berpendapat, kejadian dalam beberapa bulan ini telah membuatkan Moriba memilih untuk mewakili negara asalnya. Moriba menjadi mangsa serangan rasis oleh penyokong Barca sendiri, sebalik sahaja mendengar rumors tentang masa depannya.

Beliau juga menjadi mangsa serangan perkauman ketika kekalahan Barcelona musim lalu.

Barcelona memberikan sokongan kepada pemain itu dan berharap tidak ada serangan rasis ke atasnya dengan berkata: “Kita cintakan bola sepak, kita menentang perkauman.”

Baca yang lain