I’m Sorry, Saya Pun Pernah Jadi Kuli

Legenda pasukan Perak dan bekas pemain penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus menerima kritikan hebat kerana kenyataan media beliau semalam.

Di mana Khalid Jamlus dituduh merendah rendahkan pekerjaan tukang kebun.

Namun Khalid Jamlus menegaskan beliau tidak berniat untuk memperlekehkan tukang kebun.

Selain itu Khalid Jamlus turut berkongsi cerita di mana beliau sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan untuk menyara keluarganya.

Ini termasuk menjadi kuli dan juga runner.

Dan Khalid juga pada akhir kenyataannya telah meminta maaf jika ada yang tersinggung dengan kenyataan beliau.

Dipetik daripada facebook rasmi miliknya, Khalid Jamlus berkata:

“Kepada semua anda di sana yang pernah disanjungi, tetiba menjadi kehidupan seperti saya buat apa yang terbaik tuk melangsungkan kehidupan, yang penting demi masa depan anda.”

“Baiklah, aku cerita lagi pada anda selepas saya tamat menjadi coach PDRM saya bekerja menjadi runner di APAD.”

“Adakah saya belagak dan memilih kerja? Tak!”

“Dan [saya] penah berkerja sebagai kuli di satu syarikat kontraktor.”

“So mengenai pasal tukang kebun, kalau katakan tu kerja saya esok hari atau jadi security guard saya kerja, kalau itu kerja hakiki saya.”

“Cuma ramai mempersoalkan, kau sebagai bekas pemain kebangsaan dan mempunyai pengalaman yang luas. Adakah tu pilihan terbaik?”

“Cuma di sini jika ada peluang yang bersesuaian dengan kebolehan saya je.”

“Maaf kalau kata-kata saya menyinggung perasaan anda, I’m sorry.”

Diharap dengan kenyataan maaf oleh abey legend kita ni, dapat menjernihkan keadaan.

Baru baru ini Khalid Jamlus mendapat perhatian ramai selepas melelong beberapa koleksi memorabilia peribadinya menerusi live facebook.

Ramai yang meminta agar isu Khalid Jamlus segera diberikan perhatian.

Dan kemudian wakil daripada Kementerian Belia Dan Sukan telah datang berjumpa dengan Khalid Jamlus.

Diharap pertemuan tersebut akan memberikan sinar harapan yang baharu kepada KJ25.

Khalid Jamlus merupakan bekas penyerang kebangsaan yang sangat berbisa pada masa prime beliau dahulu. Beliau memberikan banyak kejayaan kepada Perak dan beberapa pasukan lain diwakilinya.

Ini termasuk membantu Selangor menamatkan musim dengan treble.

Baca yang lain