Pep Guardiola telah menyindir media dan peminat pasukan lawan yang suka mengecam Manchester City apabila tiba ke soal perbelanjaan membeli pemain.
Menjelang aksi antara Man City dan Chelsea pada hujung minggu ini, kita imbas detik Guardiola menyatakan perbezaan layanan media dan peminat EPL kepada Man City dan kelab seperti Chelsea.
Pengurus yang ikonik itu menegaskan bahawa, dia tidak dapat membayangkan kalau Man City membelanjakan wang seperti dilakukan Chelsea dalam 3 jendela perpindahan terakhir yang menelan kos lebih £1 billion.
Man City mulai menjadi kuasa bola sepak eropah selepas perbelanjaan besar besaran dibuat oleh pemilik Sheikh Mansour sejak memiliki kelab itu pada 2008.
Membuatkan mereka berdepan dengan dakwaan 115 salah laku kewangan. EPL sebelum ini mendapati Man City bersalah dalam 115 pertuduhan itu. Namun Man City mengelak hukuman di CAS kerana kes yang disiasat dianggap sudah ‘basi’ atau tamat tempoh.
Dalam peraturan UEFA, apabila kes itu lebih daripada 5 tahun maka, ianya boleh dianggap kes lapuk dan tidak boleh disiasat lagi.
Ramai peminat mengecam Man City. Menyatakan bahawa mereka layak dikenakan hukuman kerana terang terangan melanggar peraturan. Cuma diselamatkan oleh kelompongan pada undang undang UEFA.
Dalam beberapa tahun ini, Man City mengawal perbelanjaan mereka. Mereka membeli pemain seperti Haaland dengan nilai £65 juta dan Jeremy Doku sekitar £60 juta sahaja.
Chelsea sudah berbelanja lebih $1 billion sejak diambil alih oleh Todd Boehly dan Clearlake Capital pada 2022.
Bercakap tentang perbelanjaan chelsea: “Jika kami berbelanja seperti mereka, kami akan dalam masalah, kamu tak akan dapat bayangkan betapa teruknya kami akan dihentam.”
“Saya tak akan dapat duduk di sini, jika kami berbelanja seperti Cheslea dalam 2 jendela perpindahan terakhir mereka – kamu semua, akan membunuh saya. Kita harus melihat keadaan pada bursa perpindahan pemain.”
“Kita hanya akan membayar jika kita rasa harga itu munasabah. Barulah kita akan membayarnya. Jika tidak kami akan bergantung kepada bakat akademi sahaja.”
Pep Guardiola speaks on Chelsea's recent spending in the transfer window. pic.twitter.com/wKiU6tc8vU
— ESPN UK (@ESPNUK) August 19, 2023
Man City sebelum ini dikatakan menarik diri daripada persaingan mendapatkan Declan Rice setelah West Ham berkeras meminta £105 juta untuk pemain itu. Nilai harga yang diaggap terlalu mahal oleh Man City.
Chelsea pada jendela perpindahan lalu sekali lagi membeli pemain pada harga lebih £115 juta yang menjadi rekod perpindahan di England. Chelsea turut membeli Romeo Lavia dengan harga £53 juta.
Guardiola kemudian berkata dia tidak pernah mengutuk Chelsea atas apa yang mereka buat. Cuma memberikan perbandingan layanan media dan peminat bola sepak ke atas City berbanding kelab lain.
“Saya tak mengkritik Chelsea walau sekelumit pun. Saya cuma cakap, ‘kalau kita buat macam tu’. Bisnes tetap bisnes, mereka pun turut menjual ramai pemain musim ini untuk mengimbangi akaun mereka.”