Imbas Detik Haaland Ledak Hatrik Hatrik (9 Gol) Dalam 1 Perlawanan

Nama Erling Braut Haaland kini menjadi bualan ramai di seluruh dunia kerana kehebatannya di atas padang yang berterusan.

Haaland terus menjadi peledak gol yang sukar dikawal ketika bersama Manchester City. Setelah mencipta rekod jaringan luar biasa bersama Salzburg dan Dortmund.

Rekod jaringan beliau sangat luar biasa dengan kemampuan teknikal yang padu. Beliau lasak, laju dan rajin.

Pep Guardiola sendiri menyatakan dia kehairanan kadang kadang melihat kelajuan Haaland kerana saiz badannya yang besar, tetapi dia masih sangat pantas dan lincah.

Dengan badannya yang raksasa seperti itu, Erling Haaland masih mampu melakukan pecutan yang sangat laju di atas padang.

Kini beliau juga meneruskan kecemerlangannya di Borussia Dortmund pada usia yang sangat muda.

Haaland merupakan  aset berharga untuk Manchester City dan negaranya Norway.

Haaland ledak hatrik hatrik

Tahu tak korang, yang Haaland pernah skor 9 gol dalam satu perlawanan pada kejohanan belia FIFA B-20 beberapa tahun yang lalu.

Itulah detik di mana Erling Braut Haaland mengumumkan namanya di persada dunia. Seluruh peminat bola sepak mulai kecoh membincangkan rekod itu.

Ramai yang mulai namanya untuk mengetahui siapakah anak muda yang menjaringkan gol sebanyak itu dalam Piala Dunia B-20.

Haland mencetak rekod itu alam perlawanan berhadapan dengan Honduras. Di mana pasukan Norway pada ketika itu berjaya melakarkan kemenangan besar 12-0 pada Mei 2019.

Pemain remaja sensasi, Erling Braut Haaland dengan cemerlang melakukan tripple hatrik ataupun hatrik di atas hatrik dalam satu perlawanan.

Haaland menjaringkan 9 gol ke atas Honduras ketika itu, daripada 12 gol yang dicatatkan pasukannya, Norway.

Erling Haaland yang merupakan anak kepada bekas pemain Leeds United Alf-Inge Haaland telah menjadi nadi penting Norway membantai Honduras.

Margin kemenangan 12 gol merupakan yang  terbesar di dalam sejarah pertandingan  Piala Dunia FIFA B-20.

Haaland memecahkan rekod yang pernah dicipta oleh Adailton ketika edisi Piala Dunia FIFA B-20 di Kuala Lumpur 1997. Di mana bintang Brazil itu menjaringkan 7 gol dalam kemenangan 10-3 Brazil ke atas Korea Selatan.

Selepas aksi itulah Haaland menjadi tumpuan banyak kelab elit di dunia termasuk Man United.

Jom imbas kembali detik beliau skor 9 gol itu di sini:

Pada ketika itu Haaland bermain di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer di Molde.

Haaland buruan kelab Eropah yang besar

Man United menghantar scouting mereka ke Molde bagi memantau perkembangan Haaland ketika itu.

Selain United banyak lagi kelab lain yang mulai memantau perkembangan Erling Braut Haaland.

Namun Ed Woodward gagal untuk mendapatkan Haaland kerana tidak cukup serius. Dia kelihatan tidak begitu berminat dengan cadangan scouting Manchester United atau cadangan daripada Ole Gunnar Solskjaer yang menjadi jurulatih Haaland.

Pemain itu akhirnya memutuskan untuk menyertai RB Salzburg.

Selepas itu, pemain muda Norway itu sertai Borussia Dortmund. Beliau dengan pantas menjadi pemain dalam kesebelasan utama di dalam skuad Borussia Dortmund.

Di Jerman, beliau sudah mencipta rekod yang luar biasa dan dengan pantas sekali menjadi pemain pujaan para peminat Borussia Dortmund di Signal Iduna Park.

Ramai juga yang menjangkakan Haaland akan menjadi pencabar Ballon d’Or pada masa akan datang.

Pada akhir musim 2021/22, City telah mengaktifkan klausa pelepasan Haaland yang bernilai sekitar EUR65 juta. Haaland memberitahu Dortmund bahawa dia mahu ke EPL.

Haaland akhirnya menjadi milik Manchester City.

Haaland terus memberikan impak segeranya di Etihad.