Imbas Detik Tony Ferguson Menyiku Besi, Dan Kini Seru Khabib Jangan Lari

Tony Ferguson dan Khabib Nurmagomedov terus mempersiapkan diri mereka untuk pertarungan UFC 249 yang sepatutnya berlangsung pada 18 April 2020.

Keadaan semasa di Amerika Syarikat seakan-akan membuatkan acara ini mungkin akan ditunda.

Amerika Syarikat ketika ini agak teruk diserang wabak koronavirus.

Namun itu bukan alasan untuk Tony Ferguson untuk tidak berlatih. Beliau terus berlatih secra bersendirian.

Pendekatan ekstrim

Seorang wartawan ESPN mengimbas kembali detik di mana Tony Ferguson melakukan latihan ekstrim sebelum berhadapan dengan Khabib Nurmagomedov pada 2018.

Di mana, dalam video itu menunjukkan Tony Ferguson sedang menyiku besi bagi menguatkan tulangnya.

Tony Ferguson memang dikenali dengan sikapnya yang berani melakukan latihan ekstrim walaupun ia sebenarnya tidak begitu digalakkan oleh jurulatihnya, terutama sekali ketika beberapa minggu sebelum pertarungan.

Beliau juga selalu menyepak besi dan mendendang dengan ketingnya untuk memastikan beliau benar benar bersedia secara fizikal.

Namun pertarungan itu dibatalkan atas sebab teknikal. Dalam sejarah UFC, sudah 4 kali pertarungan di antara Tony Ferguson vs Khabib Nurmagomedov dibatalkan.

Tony seru Nurmagomedov

Khabib Nurmagomedov kini tersekat di Rusia kerana koronavirus.

Ferguson berkata: “18 April dan semakin dekat Khabib Nurmagomedov, dan kamu bersembunyi di Rusia?”

“Larangan keluar tidak akan menghalang aku daripada rembat bontot kau tu.”

“Jangan jadikan ia alasan nak lari. Kau ni dah banyak sangat bagi saya lokasi, hantar 1 lokasi sajalah. Masih sundal ku.”

Tidak pasti sama ada UFC 249 kali ini akan dapat diteruskan. Namun Dana White sebelum ini sudah memberikan jaminan bahawa pertarungan akan tetap dijalankan.

Ada beberapa alternatif berada dalam perancangan mereka. Antaranya memindahkan lokasi pertarungan. Dan kedua adalah, bertarung dalam arena kosong seperti mana WWE sebelum ini.

Dana White berkata sebelum ini  bahawa beliau tidak akan menjadualkan semula / menunda pertarungan di antara kedua dua petarung ini.

Ini selepas aksi sebelum ini dibatalkan. Ia apabila kecederaan Ferguson telah memaksa pertarungan itu dibatalkan sehari sebelum UFC 223.

Pertarungan pada kali ini akan bertempat di New York. Tetapi Gabenor Andrew Cuomo baru-baru ini mengeluarkan pengharaman seluruh negara, untuk perhimpunan melibatkan lebih 500 orang.

Ini bermakna pertarungan akan dilakukan sama ada, di belakang pintu tertutup / arena kosong, ditangguhkan sekali lagi, atau dipindahkan ke lokasi baharu untuk menjimatkan kos.

Mengulas spekulasi bahawa pertarungan itu akan dibatalkan untuk kali kelima, Ali Abdelaziz berkongsi kenyataan di Twitter.

Pengurus kepada Nurmagomedov berkata: “Khabib Nurmagomedov vs si cermin mata hitam (Tony Ferguson) akan berlangsung pada 18 April.”

“UFC sentiasa mencari jalan, sama ada pertarungan ini dengan disaksikan pemianat atau tanpa peminat – pertarungan ini akan tetap menghangatka orang yang berada di rumah atas keperluan hiburan. ”

Selain itu, ada juga desas desus bahawa pertarungan itu mungkin akan dipindahkan ke kompleks UFC Apex di Las Vegas.

Bos UFC, Dana White berulang kali meminta agar orang ramai kekal bertenang dalam memutuskan sama ada acara sukan perlu ditunda di tengah pandemik.

 

Bercakap mengenai malam pertarungan yang akan datang, White berkata: “Saya bercakap dengan presiden dan naib presiden.”

“Mereka berkata berhati-hati, berhati-hati, tetapi teruskan hidup anda dan hentikan panik.”

“Daripada panik, kami malah bekerja dengan pegawai kesihatan dan kerajaan.”