Sebelum ini, penggusti WWE, Tolulope “Jordan” Omogbehin, atau nama pentasnya, Omos telah mengecam Zlatan Ibrahimovic berhubung serangan lisan penyerang itu terhadap Neymar.
Zlatan Ibrahimovic sebelum itu dilaporlan telah memperlekehkan Neymar secara verbal. Dan ianya Membuatkan Omos bengang.
Ahli gusti yang bersaiz gergasi, Omos adalah yang terbaru terlibat dalam pertelingkahan, mencabar Ibrahimovic yang sentiasa mahu mengganggu Neymar.
Omos mengejek penyerang AC Milan itu bahawa dia berasa besar tetapi dia dua kali lebih kecil daripada saiznya.
“Saya harap Zlatan Ibrahimovic tahu perkara itu. Dia dua kali lebih kecil daripada Saiz saya, jadi kerana Dia sentiasa mahu mengacau pemain legenda saya [Neymar] dalam satu bilik.”
“Saya di sini sebagai Bodyguard mereka yang sanggup dikurung dalam satu bilik dengan Zlatan.”
The WWE Giant Omos on which Footballer He loves.
Omos : "I love Pulisic and Cristiano Ronaldo. I hope Zlatan Ibrahimovic knows that. He is twice smaller than my Size, so as He always wants to look my legendary players in one room, I am here as their body guard who is willing… pic.twitter.com/GydQInWIj4
— Yabscore (@yabscore) January 13, 2021
“Saya suka Pulisic dan Ronaldo.. mereka juga kegemaran saya, saya mesti katakannya, tetapi saya tidak terlalu mengikuti bola sepak saya hanya melihat keputusan dan sorotan perlawanan.”
“Saya suka menonton pertempuran di ring daripada menghabiskan keseluruhan 90 minit dengan bola sepak. Terdapat juga seorang lelaki kulit hitam Belgium yang kelihatan seperti saya, tetapi saya lupa namanya [Lukaku]..”
Zlatan Ibrahimovic kemudian memberikan respon kepada Omos dan berkata:
“Pada Korang dia nampak macam gergasi yang besar. Tapi di mata saya dia hanyalah Goliath [si kerdil], bahkan tak perlukan David untuk tumbangkan dia. Cukuplah budak kecil Aston Villa yang skor lawan Liverpool untuk menjatuhkan dia [di atas padang].”
“Saya tak faham macamana dia boleh bercakap tentang bola sepak daripada menikmati saat ditendang dan dibelasah dalam gusti.”
“Saya malah tak ada penggusti yang saya minat kerana saya tak kisah pasal sukan yang sudah ada skrip.”
“Saya pemain bola sepak. Saya gunakan bakat saya untuk berada di atas, bukannya berlakon macam mereka buat di ring WWE.”
“Saya sebelum ini di Amerika Syarikat dengan LA Galaxy. Dan sepanjang tahun [saya di sana] dia tak berbunyi. Kini apabila saya di Itali baru dia nak bising.”
“Dia mungkin baru di dunia glamor dengan memperkenalkan dirinya dengan menyerang orang besar yang bahkan bukan dari industri yang sama dengannya.”
“Omos, datanglah sini dengan pemain bola sepak kegemaran kau. Alamat saya 013 JK Street, Milan, Itali. Dan selamat datang ke bilik saya.”
“Lukaku mungkin patut memberikan abang dia ni arah lokasi saya di Milan.”