Imbas Free Kick Lencongan Ke Far Post Payet Yang Menggegar Dunia

Korang pasti ingat detik Dmitri Payet melakukan bending pada free kick beliau ke far post.

Perkara begini memang sukar berlaku. Biasanya pengambil sepakan percuma akan melakukan lencongan melepasi benteng ke near post seperti yang aku conteng bawah ni.

Penjaga gol akan fokus kepada far post.

Untuk menewaskan penjaga gol di far post dalam situasi sepakan percuma memang memerlukan ketepatan dan lencongan yang sangat padu.

Practice makes perfect

Ketika bercakap kepada wartawan tentang tekniknya, Payet berkata: “Latihan membawa kepada kesempurnaan.”

Payet menegaskan beliau memang sudah lama mengidamkan sepakan percuma seperti itu. Namun ia sukar dilakukan.

We’ve got Payet, Dimitri Payet!

I just don’t think you understand.

He’s super Slav’s man, he’s better than Zidane.

We’ve got Dimitri Payet!

Tetapi Payet tidak henti berlatih dan berlatih lagi. Segala aspek kekuatan dan lencongan diperbaiki setiap kali berlatih.

Ketika beliau menjaringkan gol yang beliau label sebagai sempurna itu, Payet menyatakan ia satu kepuasan. Dan beliau tahu sepakan percuma secantik itu tak akan dapat dilakukannya lagi.

“Saya bekerja ssangat keras untuk sepakan percuma sehinggalah saya menjaringkan gol itu.”

“Sejak perlawanan itu, saya dah tak berlatih lagi dah, sebab saya masih terbuai dengan kegembiraan melakukan sepakan dengan teknik yang saya gunakan.”

“Sekarang ini saya nak berehat sekejap daripada latihan sepakan percuma.”

Ni korang tengok pandangan daripada belakang pula. Memang tak dapat berbuat apa apa penjaga gol kerananya.

Ni satu lagi pandangan daripada penyokong:

Gol Payet itu telah menjadi sensasi di seluruh dunia.

“Saya terkejut dengan layangan bola itu. Biasanya saya tahu lebih awal tentang sepakan percuma yang akan masuk dan meraikan lebih awal.”

“Namun hari itu saya tak sangka bola itu akan masuk. Saya sendiri menunggu bola itu benar benar masuk.”

Penjaga gol Crystal Palace yang menjadi mangsa ketika itu, Wayne Hennessey dilihat terpaku dengan gol itu. Memang sukar nak percaya gol itu.

Pendaratan bola memang sangat cantik. Tiada masalah langsung dengan susunan benteng ataupun posisi penjaga gol.

Oleh sebab itulah gol itu dilabel perfect free kick kerana ianya menerjah gawang dengan bola travel dengan sangat baik.

Payet rebutan ramai

Payet memang berhantu betul ketika di West Ham dulu. Beliau menjadi pemain utama pasukan kebangsaan Perancis ketika itu.

Payet menjadi rebutan banyak kelab besar termasuk Real Madrid.

Beliau berikrar mahu kekal di West Ham kerana mahu membalas jasa dan kepercayaan pasukan itu kepadanya.

Namun tiba tiba beliau merengek mahu pulang semula ke Perancis menyertai Marseille.

Payet memberontak dan memboikot perlawanan West Ham United. Perkara itu membuatkan West Ham terpaksa melepaskan beliau –  walaupun hanya selepas beberapa bulan Payet menandatangani kontrak baharu.

Sejak dari hari itu beliau dibenci dan digelar ‘snake’ oleh penyokong West Ham United yang kecewa dengannya.