Imbas Kembali ‘Dry Trap Tactic’ Daripada Louis Van Gaal Di Man United

Louis Van Gaal Tersenyum gembira dengan kemenangan membelasah Spain 5-1 pada Piala dunia dan beliau seakan akan terus cemerlang dengan membenam lawan.

Cara taktikal yang bukan total football seperti yang dicanang oleh orang yang; asal taktikal Belanda je terus Total Football.

Pendedahan ini diakui oleh berberapa analyst bolasepak Holland yang menyatakan Van Gaal adalah anti total football. Berbeza di Malaysia, kita akan men’total’ footballkan saja asal ia Holland.

Namun apa resepi kejayaan Van Gaal sehingga mara cukup jauh di Piala Dunia.

Paling menarik beliau bukan saja pakar taktikal malah cemerlang dalam mengatur teknikal. Menggantikan Cillesen dengan Tim Krul semata mata untuk penalty shootuot

What Van Gaal Do ?

Van Gaal membuatkan pihak lawan bermain dalam corak permainan yang mereka kehendaki dalam permainan.

Kekadang nampak ugly tapi efektif. Pihak lawan clueless dan dibuli walaupun Robben dan Van Persie tak banyak variasi dalam game.

Game Belanda tak fluid dan direct tetapi mengancam bila counter attack.

Ketika Michael Carrick ditemui wartawan FourOurTwo, beliau mendedahkan mereka bermain satu tactical attitude yang diberikan nama Dry Trap.

Jadi terma dry trap yang disebut Carrick ini yang menjadi definisi corak counter pressing style Van Gaal di Holland.

Dry trap adalah taktikal yang mendesak pihak lawan untuk bermain di kawasan yang kita mahu.

Maksudnya, pasukan kita akan mengawal perlawanan dan pihak lawan dipaksa mengikut apa dan dimana kita mahu bermain di dalam padang.

United mendesak Spurs cuma bermain di zon yg kecil dan terhad di kiri sahaja.

Sebab utama Van Gaal bersungguh sungguh mahukan Schneiderlin dan Schweinsteiger adalah kerana kedua dua mereka boleh bertahan dan very good on the ball. Namun malang sekali kedua-duanya tidak dapat membentuk kombinasi di United.

Pemain seperti Carrick amat penting dalam taktikal ini kerana mereka seperti konduktor orkestra yang boleh melakukan quick interchange dan holding back.

Michael carrick menunggu organisasi mereka stabil di kanan dan akan hold / pass ke belakang jika belum cukup tersusun

Masalah yang dihadapi Van Gaal di United adalah adaptasi.

Setelah musim pertama yang forgiven beliau masih gagal meyakinkan fans United akan falsafah possession football yang beliau ingin di Old Trafford.

Dalam satu games menentang QPR di Loftus Road pada musim pertama beliau, fans United chanting

” 4-4-2, 4-4-2″

Formasi dominan yang memberikan 13 kejuaraan Liga kepada United di bawah Sir Alex.

Bagaimana ia berfungsi ?

Jurgen Klopp pernah menyatakan bahawa beliau sentiasa memastikan pasukan beliau berada dalam keadaan anti Dry ketika di Bundesliga.

(Ni artikel lama tau, masa aku tulis ni, Klopp masih kat Dortmund)

Namun pada masa tu saya rasa ia masalah dengan translation. Sebaliknya apa yang dimaksudkan Klopp mungkin merujuk kepada taktikal Dry Trap ini.

Dry Trap adalah taktikal yang mirip gegenpressing secara pressuring namun ia lebih mementingkan bekerja secara line dan zon bukannya movement yang menjuruskan kepada man pressuring.

Ia terlalu mementingkan teamplay dalam organisasi dalam zon. Anda boleh rujuk 18 zon dalam padang.

Sebab itu bila ada pemain di zon yang salah, LvG dan Ryan Giggs akan saling berpandangan.

Gegenpresing
– Membuat banyak gerakan dan menekan pemain yang on ball dan off ball
– mendesak pemain lawan panik di kawasan mereka sendiri dan melakukan kesilapan
– bila mistake akan memanipulasi ruang dibelakang pemain yang hilang bola dan attack.

Dry Trap
– memastikan pemain lawan tidak bermain di banyak kawasan
– cuba menekan dengan agresiviti rendah tapi banyak interceptions dan memenangi bola bila pasukan lawan out of shape atau dimanipulasi secara formasi.
– cuba memenangi bola di kawasan utama/pemain yang kuat atau special.

How To Force / Bagaimana Mendesak Pemain Lawan

Ini yang menarik. Pemain di middle third akan cuba mengekalkan stabiliti sepanjang masa. Triangle midfielder adalah pilihan yang utama ketika LvG di Holland dalam 3-5-2.

Manakala di United dia juga kerap menggunakan 3-5-2. Selain 3-5-2, formasi 4-3-3 atau 4-5-1 adalah formasi yang bagus untuk dry trap ini. Van Gaal meletakkan Young di right back untuk memastikan beliau ada option untuk 3-5-2 walaupun bermain 4-4-2 sekalipun.

United mahu bola dimainkan di kiri dan mereka cuba mengeringkan / drying kawasan kanan dengan pemain seperti penyapu, cuba menyapu dari kanan ke kiri ini kerana di wing kanan Mata adalah pemain sekunder untuk role itu. Inilah sebab young bermain right back. Dia akan menjadi pemain dari down wide.
Spurs mengalah dan bola akhirnya dimainkan di kawasan kiri serangan United.

Jelas sekali taktikal ini sama ada nak bermain di zon yang kita ada pemain istimewa ataupun mendesak lawan bermain di zon yang tidak adan pemain paling bahaya mereka.

Midfielder 3 atau double pivot akan mengkordinasi dan cuba melengahkan gerakan lawan dengan shadow defending. Ini untuk memastikan bola hidup dan tempo tak terhenti semasa transisi pemain daripada zon lain cuba membentuk orientasi bentuk dalam half space.

Misalnya United kini mahukan pasukan lawan berada di kanan. Mereka akan menekan ke zon kanan.

Tetapi mereka akan memberikan space kepada pihak lawan tanpa terlalu agresif untuk tackling.

Dalam keadaan jarak yang ada diantara mereka dengan pemain lawan mereka akan cuba melakukan interceptions secara berterusan.

Trap Utama akan berlaku di kawasan center apabila pemain lawan kehilangan bola dan United dalam shape yang dominan dan mengawal perlawanan mengikut kehendak mereka. Bila trap ini berjaya akan ada gerakan di wide area dan membentuk sehingga 4 attacking player untuk mewujudkan 4 vs 4 atau 4 vs 3.

Arah Atau Kawasan

Ini banyak bergantung kepada aspek teknikal. Jika di Belanda dalam Piala Dunia Brazil arah dan kawasan pilhan adalah berbeza dalam setiap game. Jika Memphis Depay dan Blind beraksi di kanan, akan banyak serangan dan gameplay berpusat di kanan. Dalam berberapa pusingan, Mereka mengalihkan kepada arah sebelah kiri bila Dirk Kuyt berada dalam top form.

Di Manchester United, taktikal ini jelas cuba digunakan dalam perlawanan petama United bila mereka mula merasakan mahu membangunkan sistem dengan adanya special winger seperti Depay. Sayangnya taktikal ini tidak cukup komprehensif di United bila English bred players sukar untuk Adapt. Louis Van Gaal kini banyak menggunakan Martial di flank area.

Kelemahan United dengan sistem ini adalah, terlalu ramai pemain bermain di false/weak position.

Mata Di Wide Right , Mata adalah No.10

Martial Di Wing Area sedangkan Dia adalah no.10, bagi saya ini lebih kepada kelembapan aksi Depay dan LvG perlukan winger yang mirip Depay. Akhirnya Martial dikorbankan dan pemain seperti Lingaard juga dibangunkan. Namun masalah lain United bila Martial di Wide mereka tak ada no.9 kerana Rooney adalah false 9.

Masalah lain adalah kegagalan memiliki world class Center back yang perlu untuk bermain dalam shape backe 3 atau back 4 secara fleksibel.

Akibat buntu, United kerap lemah dalam penetration menjadikan possession football mereka banyak ke sideway atau backward dan kurang ancaman di final third.

Kesimpulan

Van Gaal gagal menyerapkan taktik ini di United kerana United sudah ada DNA terlalu kuat bolasepak Inggeris 4-4-2.

Namun dalam berberapa aspek Van Gaal perlu mencari solusi kepada masalah ini dengan memikirkan taktikal yang sesuai dengan unit pemain yang ada.

Taktikal ini kekadang banyak ditukar kepada panic emergencies tactic bila ketinggalan kerana kegagalan United untuk lebih kreatif.

Maka tidak hairanlah pada 2019, Wayne Rooney pernah menyatakan pengurus terbaik dari segi taktikal yang beliau pernah ada adalah Louis Van Gaal.

Walaupun Rooney dan Van Gaal ada berkonflik kerana isu posisi. Tetapi Rooney tetap memberikan kredit kepada Van Gaal untuk benda yang dia berhak dapat kredit.

Baca yang lain