Turki meraikan kemenangan pertama mereka dalam aksi pembukaan Euro 2024 pasukan tersebut. Di mana skuad Turki menang 3-1 ke atas Georgia.
Aksi menarik dan terbuka dipamerkan kedua dua pasukan. Turki di hadapan menerusi gol oleh Meth Muldur. Namun dibalas oleh Georges Mikautadze.
Pada separuh masa kedua, pemain remaja Real Madrid, Arda Guler melakukan gol lencongan cantik yang menjadikan dia sebagai pemain remaja pertama mencetak gol dalam debut Euro selepas Cristiano Ronaldo pada 2004.
Turki kemudian memastikan 3 mata mutlak pada serangan terakhir perlawanan menerusi Kerem Arkotoglu yang menyumbat masuk ke dalam gawang ternganga selepas penjaga gol Georgia naik ke atas.
Tetapi ada satu perkara yang turut menjadi perhatian dalam perlawanan ini. Ianya berlaku pada minit ke-27. Hanya 2 minit selepas gol pertama oleh Meth Mulder. Di mana Yildiz telah menjaringkan bola hantaran Arda Guler.
Namun VAR membatalkan gol itu kerana ofsaid. Imej VAR menunjukkan bahawa kaki Kenan Yildiz telah ofsaid. Semakan ofsaid itu dibuat menerusi Teknologi Ofsaid Semi Automatik yang dianggap lebih tepat.
Peminat seolah olah tidak percaya dengan apa yang mereka lihat. Kerana ternyata teknologi benar benar mengesan kesalahan pemain sampai ke tahap itu.
Satu lagi imej daripada sudut pandangan lain juga menunjukkan hujung kaki pemain itu telah terjulur keluar daripada garisan ofsaid.
⏱️ MedioTiempo :
¡LA MEJOR MITAD DEL TORNEO HASTA AHORA! #EURO2024
Gol anulado por OffSide a #Yildiz que colocaba a Turquía 2-0 pero después llegado la reacción Geeogiana para el empate. #TURKİYE #Turkey #Juve #Juventus #ForzaJuve #FinoAllaFine pic.twitter.com/sT015BpkOt
— 🦓Juventus Siempre Juventus🦓 (@JuventusSi36266) June 18, 2024
Malah ada yang menulis: “Mulai hari ini, peminat Turki pasti menyokong peraturan ofsaid Wenger”.
Ianya merujuk kepada ofsaid yang dicadangkan Wenger hanya akan berlaku selepas keseluruhan badan pemain penyerang melepasi garisan ofsaid.