Immobile Dan Belotti Kekal Penyerang Tengah Terbaik Itali, Siapa Yang ke-3?

Sejak 2017, penyerang utama skuad kebangsaan Itali adalah Ciro Immobile dan Andrea Belotti.

Dalam proses kelayakan Piala Dunia 2018, Gian Piero Ventura sering menggandingkan penyerang Lazio dan Torino ini.

Itali gagal ke pusingan akhir apabila tewas kepada Sweden pada pusingan play-off  (0-1 secara agregat) selepas hanya menduduki tempat ke-2 peringkat kumpulan.

4 penyerang tengah Gian Piero Ventura

Di bawah Ventura, Itali menggunakan sistem 2 penyerang (4-4-2). Immobile dan Belotti bergandingan 5 kali dalam 7 perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia, Immobile bermain kesemua perlawanan tersebut.

Dalam senarai Ventura, Eder dan Manolo Gabbiadini merupakan pemain kegemarannya untuk dijadikan penyerang simpanan. Pada ketika itu Eder bermain bersama Inter Milan dan Gabbiadini di Southampton.

Selepas Ventura dipecat kerana gagal ke Piala Dunia, 2 penyerang ini tidak pernah lagi dipanggil oleh Luigi Di Biaggio dan Roberto Mancini.

Tetapi Immobile dan Belotti kekal menjadi penyerang utama skuad Azzurri.

Mario Balotelli kembali, Moise Kean dicuba

Mancini memulakan tugasan bersama Itali dengan memanggil kembali bekas pemainnya di Inter Milan, Mario Balotelli. Balotteli mempunyai 2 musim yang baik bersama kelab sederhana Perancis, Nice.

Balotelli mempunyai musim yang baik bersama Nice, tetapi dijual ke Marseille selepas krisis dengan Patrick Viera

Membantu kelab ini menamatkan League 1 di tangga ke-3 pada musim 2016/17 dan ke-8 2017/18. Menjaringkan 33 gol liga dalam 51 penampilannya disamping 2 bantuan gol.

Catatannya lebih baik berbanding Eder dan Gabbiadini, tetapi pemain ini tidak memikat Ventura.

Balotelli terus mewarnai kariernya dengan kontroversi selepas krisis dia dengan bos Nice, Patrick Viera, menyaksikan dia berpindah ke Marseille.

Balotelli menjaringkan 8 gol dalam 12 perlawanan bersama Marseille untuk setengah musim sebelum menyertai Brescia.

Mancini mula memberi peluang kepada pemain ini di awal pengurusannya bersama Itali. Prestasi Balotelli di Marseille diambil kira.

Malangnya selepas pemain ini berhijrah ke Brescia, Balotelli kembali tenggelam. Brescia 1 tangga di atas zon penyingkiran, Mancini memberi peluang kepada penyerang lain seperti Fabio Quagliarella, Simone Zaza, Kevin Lasagna.

Malahan Mancini juga bertindak berani memberi peluang kepada pemain muda Juventus, Moise Kean (kini Everton) pada lewat 2018 dan awal 2019.

Pemain berusia 19 tahun ini tampil dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia (Finland, Lietchestein dan Greece). Kean menjaringkan 2 gol dalam 3 penampilan itu.

Pada usia 19 tahun, Moise Kean sudah merekod 2 gol ketika tampil 3 kali bersama Itali

Karier pemain ini seperti Balotelli, berhijrah ke Everton dan masih belum menjaringkan gol pertama di EPL. Mancini tidak memanggilnya lagi selepas itu. Kean bergelut mencari rentak di EPL.

Jika 2 penyerang ini bersinar pada musim ini, sudah pasti mereka akan menyertai Immobile dan Belotti untuk berada di dalam skuad Itali terutamanya di Piala Eropah nanti.

Jadi siapakah penyerang tengah ke-3 terbaik Itali setakat ini?

Tiada. Atau masih belum ada.

Quagliarella terlalu veteran. Pemain ini sudah berusia 36 tahun.

Agak keberatan untuk memberi nama 2 penyerang Torino berada dalam 4 penyerang terbaik Itali. Belotti sudah berada disana, Simone Zaza (ke-2) adalah rakan penyerangnya di Torino.

Penyerang Udinese, mungkin peluang Kevin Lasagna lebih besar selagi Balotteli dan Kean tidak menjumpai sentuhan.

Peluang Lasagna mungkin bergantung kepada apa yang boleh dilakukan oleh Balotelli dan Kean dalam tempoh 6 bulan sebelum Piala Dunia

Prestasi Lazio dan Immobile sangat memberangsangkan dan tidak boleh dinafikan.

Ketika ini Lazio sedang berada di kedudukan ke-3 Seria A, menjuarai Super Coppa Italia di Riyard pada minggu lepas. 2 kali menewaskan gergasi Itali, Juventus.

Immobile sudah menjaringkan 17 gol dalam hanya 16 penampilan. Penyerang yang gemar melakukan through pass dan key pass ini juga mencetak 5 bantuan gol musim ini di Seria A.

Seorang penyerang yang mempunyai kemampuan membantu rakan sepasukan bertahan dalam pelan permainan ini berada di no.1.

Sementara itu Belotti yang mempunyai fizikal dan kekuatan bertarung bola diudara kekal sebagai penyerang no.2.

Apa pilihan Mancini mencari penyerang tengah di Seria A

Hanya Immobile merupakan penyerang tengah Itali yang berada dalam 5 pasukan teratas Seria A.

Gonzalo Higuaian (Juventus) Romelu Lukaku dan Lautaro MArtinez (Inter Milan), Edin Dzeko (Roma) dan Duvan Zapata dan Alenjadro Gomez (Atalanta) merupakan penyerang utama kelab top 5.

Terdapat 4 penyerang Itali (utama) dalam 10 pasukan pertengahan liga, yang pertama adalah Belotti (Torino) Domenico Berardi (Sassuolo), Samuel di Carmine (Verona) dan Lasagna (Udinese).

Roberto Inglese (Parma), Nicola Sansone (Bologna) dan Simone Zaza (Torino) merupakan penyerang ke-2 kelab masing-masing.

Daripada 4 nama penyerang yang berada di tangga pertengahan itu sudah dipanggil dan dicuba oleh Mancini kecuali Di Carmine.

Mungkin masalah terbesar Mancini adalah 3 nama penyerang Itali yang bermain dalam skuad kebangsaan berada bersama 5 pasukan tercorot Seria A.

Gabbiadini kembali ke Seria A dari Southampton, menyertai Sampdoria. Gabbiadini bergandingan dengan Quagliarella yang sedang bergelut tangga ke-17 liga.

Semantara itu Balotelli bergelut bersama Brescia di tangga ke-18. Satu lagi nama penyerang yang pernah digunakan oleh Ventura pada tahun 2017 , Andrea Petagna juga berada dengan pasukan relegation battle, SPAL.

Rumusan

Senarai penyerang tengah Itali 2018-2019 dibawah Roberto Mancini (21 perlawanan)

  1. Ciro Immobile, 29 – 8 (1) penampilan / 3 gol
  2. Andrea Belotti, 26 – 5 (9) / 5
  3. Mario Balotelli, 90 – 3 / 1
  4. Fabio Quagliarella, 36 – 2 (1) / 2
  5. Moise Kean, 19 2 (1) / 2
  6. Kevin Lasagna, 27 – 1 (4)
  7. Simone Zaza, 28 – 1 (1) / 1
  8. Leonardo Pavoletti, 31 – (0) / 1
  9. Patrick Cutrone, 21 – (1)
  10. Sebastian Giovinco, 32 – Pernah dipanggil tetapi tidak bermain

Korang rasa siapa penyerang tengah ke-3 yang boleh kita sebut.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan