Antonio Conte adalah antara salah seorang pengurus terbaik di dunia ketika ini. Dikenali dengan gaya pengurusan yang tegas dan bersemangat, Antonio Conte mengejutkaan ramai pihak apabila dia memilih untuk menyertai Napoli awal musim ini.
Conte ketika itu hadir dengan reputasi sebagai bekas juara Serie A bersama Inter beberapa tahun sebelumnya.
Antonio Conte! 🙌#4PARTHENOPE #SCUDETTONAPOLI pic.twitter.com/8iX3wFlqgG
— Lega Serie A (@SerieA_EN) May 23, 2025
Ketika tiba di Napoli dia berdepan dengan isu beberapa pemain utama mahu meninggalkan kelab itu. Terutama sekali 2 watak utama kelab iaitu Victor Osimhen dan Kvicha Kvaratshkelia.
Conte tiba di Napoli meminta kelab memberikannya jaminan untuk mendapatkan Romelu Lukaku. Langkah yang dipadang rendah beberapa pihak yang menyatakan bahawa formula Conte menggunakan Lukaku untuk bergelar juara sekali lagi, pasti tidak akan menjadi.
Ini kerana menurut mereka, Lukaku bukan berada di tahap terbaiknya. Conte setuju untuk tidak masuk campur dalam isu Victor Osimhen. Di mana kelab sedang mencari pembeli pemain itu setelah Osimhen mendakwa kelab menipunya dan tidak bersungguh sungguh mahu menjualnya.
Osimhen dikatakan kecewa tak dapat sertai Chelsea atau PSG pada masa itu. Perbalahan dengan kelab membuatkan pemain itu memutuskan untuk menyertai Galatasaray secara pinjaman. Conte menggantikannya dengan Lukaku.
🏆🇮🇹 Antonio Conte wins his 5th Serie A title with 3 at Juventus, 1 at Napoli, 1 at Inter…
…and 6th league title with Premier League at Chelsea. 🔝👏🏻 pic.twitter.com/0UtPu085aC
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 23, 2025
Seterusnya, Conte merayu agar Kvaratskhelia terus kekal. Namun pemain itu juga mahu menyertai kelab lain. Dia dilepaskan pada pertengahan musim ke PSG.
Conte bagaimanapun membuktikan dia tidak perlukan pemain pemain yang tidak ada hati bermain untuk kelab itu lagi.
Despite the departures of Victor Osimhen and Kvicha Kvaratskhelia, Antonio Conte delivered a Serie A title in his first season as Napoli manager.
From 10th last season to 1st this season. One fantastic achievement. 🏆👏 pic.twitter.com/q5mjivvLUr
— Football Factly (@FootballFactly) May 23, 2025
Dia mulai meletakkan kepercayaan kepada bintang seperti Scott McTominay. Yang kini menjadi MvP Serie A 2024/25.
Impak segera Conte
Antonio Conte sekali lagi membuktikan, jika sesebuah pasukan itu mahukan impak segera dalam mengejar kejuaraan Liga, maka dia adalah pakarnya. Terbaru, pengurus itu sekali lagi menang liga dengan pasukan yang baru dia sertai. Conte juga menjadi pengurus pertama menjuarai Serie A bersama 3 pasukan berbeza.
Dia melakukannya bersama dengan Juventus dan Inter sebelum ini. Dan hari ini Conte melakukannya bersama dengan Napoli.
👑 Antonio Conte is the first coach to win a Serie A title with THREE different clubs.
There’s simply no one like Conte 👏 pic.twitter.com/9APT1pBJ8d
— Italian Football TV (@IFTVofficial) May 23, 2025
Dalam sejarah kariernya, Conte sekarang sudah menang kejuaraan liga bersama 4 kelab berbeza. 3 bersama kelab Serie A dan 1 bersama Chelsea di England. Bercakap tentang impak segera, Conte membantu Juventus bangkit daripada tangga ke-7 menjadi juara Serie A.
Kemudian dia membantu Chelsea daripada tangga ke-10 menjadi juara Liga Perdana Inggeris. Dia membantu Inter naik dari kedudukan ketiga kepada juara. Bersama Napoli membantu kelab itu menjadi juara daripada kedudukan tangga ke-10.
5th Scudetto with 3rd different club, 6th league title with 4 clubs in 2 countries.
From 7th to 1st
From 10th to 1st
From 10th to 1stConverts some of the most unfashionable dons into title winners, no phases, project or process bullshit, just WINNING.
Don Antonio Conte. pic.twitter.com/0GIsBZptE1
— Fan account (@EnemyOfFootbaII) May 23, 2025
“Kata sahaja apa yang kamu mahu, namun saya adalah pemenang bersiri dalam liga,” kata Antonio Conte pada sidang media pertamanya sebagai pengurus Napoli. Dan hari ini dia sudah memenangi 6 kejuaraan liga utama dalam sejarah kariernya. 5 daripadanya adalah daripada kejayaan di Serie A.
Hanya Giovanni Trapattoni dan Max Allegri yang lebih banyak kejuaraan Serie A berbanding Conte dalam sejarah pertandingan Liga Itali itu.
Antonio Conte is the first manager in Serie A history to win the Scudetto with three different sides.
⦿ Juventus (11/12, 12/13 & 13/14)
⦿ Inter (20/21)
⦿ Napoli (24/25)Only Giovanni Trapattoni (7) and Max Allegri (6) have won the Serie A title more times than the Napoli… pic.twitter.com/vkl2fVEJ8L
— Squawka (@Squawka) May 23, 2025
Conte juga menyamai rekod Serie A yang dia menangi sebagai seorang pemain pada satu ketika dahulu.
https://twiter.com/Squawka/status/1926035911508144449