Lagu In The End oleh Linkin Park merupakan salah satu lagu terbaik dalam sejarah NU Metal ataupun Rock Moden.
Ia dianggap lagu berhantu oleh Linkin Park kerana popularitinya.
Lagu ini menemui peminat pada 9 Oktober 2001. So, tak terlambat nak mengucapkan selamat ulang tahun ke-18 untuk In The End.
On this day in 2001, Linkin Park released their fourth single from #HybridTheory which went on to become one of their biggest songs ever.
Happy 18 years to “In the End”! pic.twitter.com/JEQHmTJXL9
— Linkin Park Live // #HT20 (@LPLive) October 9, 2019
Boleh dikatakan, anda tak perlu minat Linkin Park untuk tahu dan sukakan lagu ini.
Korang klik butang ‘play’ pada video ni untuk pembacaan lebih santai dan tenang.
Karya Linkin Park
In The End adalah ciptaan Linkin Park secara kolektif: Brad Delson; Chester Bennington; Joe Hahn; Mike Shinoda; Rob Bourdon.
Ia menjadi ‘anthem’ untuk peminat Linkin Park. Mana tidaknya, apabila In The End menjadi salah satu lagu yang paling kerap dipersembahkan oleh Linkin Park di atas pentas, sama ada dalam konsert mereka ataupun jemputan di majlis khas, atau di mana sahaja.
Happy 18th Birthday IN THE END – one of the most legendary songs of rock history🔥🔥🔥#LinkinPark at NY Grand Central Station, May 2017
Link to full video: https://t.co/QefcW4WcIS
(Our last posting was In the End, but we have to do it again to celebrate the birthday😊) pic.twitter.com/o8xnHkEAoh
— Linkin Park Finland (@LPFinland) October 9, 2019
Lirik lagu ini menceritakan kisah seorang yang dalam kesulitan hidup. Di mana sepanjang jalan kehidupannya kerap bertemu dan mempercayai orang yang salah.
Klip video In The End dirakamkan di sebuah studio di Los Angeles. Bahagian produksi menghasilkan figura kepala besar dan yang lainnya adalah CGI.
Lirik lagu ini sendiri anda sudah boleh tahu bahawa ia adalah luahan daripada seseorang yang sudah sangat kecewa di dalam hidupnya. Namun di sebalik liriknya yang sangat ‘sedih’ itu dipaparkan dengan video yang sangat kontras.
Klip video In The End sangat ceria dengan warna cerah serta penuh bersemangat untuk melawan segala masalah dalam hidup. Ia menghantar mesej jelas bahawa, setiap manusia itu akan menghadapi kesulitan dalam hidup kerana itu sudah menjadi sebahagian daripada roda kehidupan.
Di atas permukaan padang pasir yang sangat tandus kemudian adanya tumbuhan menjelma dengan air dan rama-rama beterbangan.
Lagu ini dimulakan dengan bunyi piano dan turut diakhiri dengan piano. Riff piano ini memang cap dagang kepada lagu ini. Tak percaya? Masa anda membaca tajuk artikel ini pun dah automatik bunyi piano itu berbunyi di kepala anda.
In The End Mendunia
Lagu In The End mendapat banyak sekali komen positif daripada pengkritik muzik. Ia mendapat perhatian yang sangat tinggi di carta arus perdana di seluruh dunia. Pernah menjadi lagu yang berada di tangga kedua dalam senarai US Billboard Hot 100.
Terlalu banyak sekali kejayaan lagu ini dalam carta besar di dunia ini, ketika Linkin Park pada tahap kemuncak ataupun peak mereka. Tidak kira di AS mahupun di seluruh dunia.
Dan ianya diiktiraf oleh Billboard sebagai lagu rock kedua paling banyak diputarkan dalam sedekad.
Chester Mahu Reject In The End
Chester Bennington, sebenarnya tidak suka dengan lagu ini. Malah beliau merasakan lagu ini patut dalam senarai untuk di’reject’ daripada album Hybrid Theory.
Jika hal itu berlaku, In The End mungkin akan menjadi lagu terbaik Linkin Park yang tak pernah dikeluarkan.
Dan mungkin juga anda hanya akan mendengar versi keluaran istimewa selepas pemergian mendiang Chester Bennington.
Sebenarnya ketika rakaman lagu itu, Chester tidak suka dengan lagu yang agak melankolik ini.
Mungkin kerana ada baris dalam lagu ini yang Chester rasa ‘triggered’.
Triggered yang dimaksudkan ni bukannya hati tisu macam kau baca status di media sosial. Tetapi Chester sendiri bergelut dengan depresi sejak muda lagi. Lirik lagi ni banyak berkait dengan beliau.
Ada satu baris pada lagu ini: “I tried so hard and got so far, but in the end, it doesn’t really matter.”
Berdasarkan Songfacts: Lirik ini sebenarnya diambil daripada nota oleh seorang remaja bernama Charles Andrew Williams.
Pada Mac 2001, Charles Andrew Williams yang ketika itu berusia 15 tahun telah menembak mati 2 orang rakan sekelasnya di California dan meninggakan sekeping nota kepada ayahnya tentang apa gangguan mental yang beliau alami.
Nota itu diakhiri dengan baris; “I tried so hard and got so far, but in the end, it doesn’t really matter.”
Chester tidak menunjukkan minat beliau ke atas lagu ini. Dan ketika sesi rakaman klip video beliau hanya menghayati lirik yang berkaitan dengan hidupnya.
Tetapi selepas itu beliau sangat kurang berbicara tentang lagu, antara yang paling banyak beliau nyanyikan sepanjang kariernya.
In The End Terus Meluncur
Pada Mac 2002, single In The End dikeluarkan di Jepun dalam CD mengandungi 7 trek yang digelar In the End: Live & Rare.
Dalam CD itu termuat sekali lagu-lagu seperti Papercut, Points of Authority, A Place for My Head, dan Step Up.
Klip video In The End diarahkan Nathan Cox dan dibantu oleh Joe Hahn.
Hahn memang orang penting Linkin Park dalam isu seni visual kreatif. Boleh dikatakan apa sahaja berkaitan dengan seni grafiti, latar belakang pentas adalah hasil daripada arahan Hahn.
Hahn adalah pengarah klip video Papercut yang korang suka layan tu. Dan selepas itu banyak sekali video klip mereka diarahkan oleh Mr. Hahn.
Berbalik kepada cerita In The End, klip vido mereka mendapat lebih 860 juta tontonan pada Oktober 2019. Ianya dimuat naik 2 kali oleh Linkin Park.
Pada 4 Mac 2007 dalam format 240p dan kemudian pada 26 Okotober 2009 dalam format 360p. Warner Bros. Records kemudian memuat naik dalam saluran youtube mereka – versi 480p.
Pada 2015, lagu In The End dinobatkan sebagai lagu rock terbaik oleh Kerrang!!.
In The End menjadi single Linkin Park yang mencatat rekod tertinggi dalam sejarah mereka untuk minggu pembukaan di AS. Melakukan debut dengan berada di tangga ke-78 dan kemudian berada di tangga kedua dalam US Billboard Hot 100 pada Marc 2002.
Lagu ini berada dalam carta Billboard selama 38 minggu. Dan melonjak ke tangga pertama kategori Modern Rock Tracks – kekal selama 5 minggu di puncak.
This right here is the reason why I fell in love with this band – Linkin Park – In The End (Top Of The Pops 2001)
Total 🔥 @linkinpark
Happy 18th birthday 🎂🎁🎈🎉🎵#InTheEnd #HybridTheory #LinkinPark pic.twitter.com/f9xwJyrN13
— Karma Doll #HT20 (@KarmaDoll77) October 9, 2019
Linkin Park kemudian mengeluarkan versi remix berjudul Enth E ND yang turut dimuatkan dalam album eksperimentasi – Reanimation. Versi remix ini turut menampilkan artis hip hop, Motion Man dan KutMasta Kurt.
Versi remix ini juga diubah liriknya oleh Linkin Park.
Itulah sedikit kisah tentang In The End. Siapa sangka, lagu yang mendayu ini menempatkan dirinya di kalangan lagu NU Metal Linkin Park yang lebih agresif yang lain.
Dalam album Hybrid Theory sendiri lagu ini diletakkan sebagai trek kelapan. Dan memang ia agak surprise package ketika itu.
Teringat pula mendengar lagu ni dengan walkman, winamp dan window media player dulu.