Ince Percaya Roy Keane Punca Erling Haaland Tak Akan Ke Old Trafford

Paul Ince percaya, Manchester United sukar mendapatkan Erling Haaland pada jendela perpindahan akan datang kerana Roy Keane.

Erling Haaland sudah hampir pasti akan berhijrah ke kelab baharu musim hadapan. Ini disahkan sendiri Mino Raiola yang menyatakan bahawa mereka terbuka mendengar tawaran daripada kelab lain.

Raiola menegaskan bahawa, sudah tiba masanya untuk Haaland beraksi di kelab besar seperti Real Madrid sebagai contoh. Kerana pemain itu sudah bersedia untuk melakukannya.

Antara kelab yang dikaitkan dengan Haaland adalah Manchester United. Ini kerana United benar benar memerlukan no.9 yang prolifik.

United kini bergantung kepada pemain veteran Cristiano Ronaldo dan pemain gantian Edinson Cavani untuk posisi tersebut.

Erling Haaland dianggap calon masa depan yang sangat baik. Tetapi Paul Ince berpendapat, apa yang dilakukan Roy Keane kepada ayah Haaland pada satu ketika dahulu membuatkan Haaland kemungkinan besar tak akan datang ke Manchester United.

Roy Keane pernah melakukan bentesan keras penamat karier ke atas ayah Erling Haaland iaitu Alf-Inge Haaland. Peristiwa itu mempengaruhi kegagalan United mendapatkan Haaland, ujar Ince.

Roy Keane dibuang padang ketika aksi derbi Manchester pada 2001 selepas melakukan bentesan keras ke bahagian lutut Haaland Sr. Selepas menjalani pembedahan, Alf Inge Haaland terpaksa bersara.

Keane dikenakan penggantungan 3 perlawnana dan denda £5,000 kerana bentesan kotor itu. Namun kemudian diminta menjalani penggantungan 5 perlawanan dan denda £150,000 – ini selepas Keane mengakui bentesan itu sudah diranang, dalam buku autobiografinya.

Paul Ince percaya insiden itu telah mempengaruhi keputusan Erling Haaland. Ini kerana ayah Haaland merupakan pengurus peribadi kepada pemain itu. Bukan itu sahaja, Erling Haaland juga merupakan peminat tegar pasukan Leeds United kerana ayahnya.

Leeds merupakan seteru Man United, sama seperti Liverpool.

Paul Ince berkata: “Manchester United perlukan penyerang. Namun untuk mendapatkan Haaland ianya agak sukar kerana situasi melibatkan ayahnya di Old Trafford satu ketika dahulu.”

“Saya tak nampak dia akan ke Old Trafford berdasarkan apa yang telah berlaku, namun jika United tiada bola sepak UCL, dia pastinya sah tak akan datang ke United.”

Keane mengakui bentesan itu adalah kerana dendamnya selama 3 tahun setengah. Di mana Haaland Sr pernah mengasarinya ketika aksi antara Leeds dan Manchester United.

Dalam perlawanan tersebut, Keane mengalami ACL, namun Haaland Sr pada masa itu menuduh Roy Keane berpura pura cedera. Haaland Sr menjerit dengan kuat di hadapan muka Keane yang tengah terbaring menyuruh pemain itu bangun dan jangan berlakon.

Jadi, bentesan 2001 oleh Keane ke atas Alf Inge Haaland adalah balas dendam. Dia menulis dalam buku autobiografinya:

“Saya menunggu sangat lama. Saya membantai kakinya dengan kuat sekali. Bola ada kat situ rasanya.”

“Rasakan c***. Dan jangan sesekali pernah berdiri depan aku mengejek tetang berpura pura cedera.”

Selepas bentesan oleh Keane itu, Alf Inge Haaland terpaksa dibedah dan kemudian memutuskan untuk bersara. Oleh sebab itu, bentesan itu digelar bentesan penamat karier.

Keane kini menjadi pundit bola sepak. Sementaran Alf Inge Haaland menguruskan anaknya Erling Haaland yang turut diwakili ejen super iaitu Mino Raiola.

Sebelum itu, ketika Erling Haaland bermain untuk RB Salzburg, ayahnya antara yang gembira untuk melihat anaknya beraksi untuk kelab sebesar United. Jadi, harapan itu masih ada.

Kelab Perlu Sediakan Pakej €400 Juta Untuk ‘Sign’ Haaland, Termasuk €50 Juta Untuk Raiola Dan Ayah Haaland

Kepada pasukan yang berminat mendapatkan Erling Haaland, pemain itu akan memasuki tahun kontrak untuk tahun 2022 yang menyaksikan klausa pelepasan beliau cuma €75 juta sahaja.

Ole Gunner Solskjaer, ketika menjadi pengurus United, antara yang sangat berminat dengan Haaland. Ini ditambah dengan hubungan rapatnya dengan bekas anak didiknya itu.

Malah Solskjaer dikatakan beberapa kali bercakap dengan Halaand menerusi telefon.

Beberapa pasukan sudah mulai mengintai khidmat Haaland sejak sekian lama. Ianya dianggap klausa yang sangat murah untuk pemain berbakat seperti Haaland. Alasan utama kenapa Man United sebelum ini enggan menerima syarat pelik itu yang diminta Raiola.

Di mana Solskjaer haaketika itu dikatakan tidak gembira dengan adanya kluasa pelepasan yang dianggap berat sebelah kepada pemain dan ejennya sahaja.

Solskjaer malah menyatakan, kenapa kelab perlu menandatangani pemain yang sudah memikirkan bagaimana cara keluar. Raiola sudah pun dihubungi beberapa kelab tentang klausa pelepasan dianggap mampu milik itu.

Tetapi untuk mendapatkan Haaland, sesebuah pasukan itu perlu menyediakan kontrak dan bayaran ejen yang menelan kos keseluruhan €400 juta. Ini kerana Raiola meminta €70 juta semusim untuk pemain itu selama 5 tahun.

Sebelum memasuki tahun 2022, klausa tersebut tidak aktif. Jadi, Borussia Dortmund memiliki kawalan ke atas harga Haaland. Difahamkan CEO Borussia Dortmund, Hans Joaquim Watzke, pernah meminta sekurang kurangnya €100 juta untuk Haaland.

Itu pun selepas pandemik melanda, dengan mengambil kira kewangan kelab kelab Eropah. Chelsea, Real Madrid dan Manchester City, kesemuanya dikaitkan dengan Haaland.

Tetapi selepas itu, Borussia Dortmund menolak untuk berunding dengan mana mana kelab selepas penjualan Jadon Sancho. Di mana mereka tidak terdesak untuk mendapatkan wang.

Leipzig sebelum ini mendapatkan Haaland dengan harga murah €20 juta. Namun mereka perlu menerima syarat khas daripada Raiola.

Kini Raiola sudah sedia untuk membantu pemain itu mendapatkan kelab baharu. Dikatakan Haaland sangat tertarik untuk beraksi di England.

Raiola menjelaskan beliau hanya akan memilih pasukan yang berpotensi memenangi kejuaraan untuk Haaland. Selain itu pasukan itu juga harus menyediakan draf perancangan karier yang boleh membantu Haaland memenangi Ballon d’Or.

Dari segi gaji, Raiola mahu Haaland dibayar sekurang kurangnya €25 juta semusim selepas cukai. Bermakna, sesebuah kelab itu perlu menyediakan €50 juta gaji kasar kepada Haaland, sebelum cukai. Kali (darab) dengan 5 tahun, gaji Haaland sahaja akan menelan kos €250 juta ditambah dengan yuran perpindahan dalam €100 juta.

Walaupun Haaland ada klausa perpindahan €75 juta, namun Raiola dikatakan sedia untuk membantu Borussia Dortmund mendapatkan €100 juta sebagai tanda terima kasih kepada kelab itu yang telah membantu menaikkan Haaland dan pemain itu sangat selesa sepanjang di sana.

Bermakna gaji setahun ditambah dengan yuran perpindahan Haaland sahaja sudah memakan €350 juta dikeluarkan pada tahun pertama. Purata €70 juta semusim dibayar untuk Haaland sahaja.

Ke mana €50 juta lagi? Ianya akan menjadi milik Raiola dan ayah Haaland. Sebelum ini Raiola mendapat €14 juta dan ayah Haaland mendapat €7 juta. Dengan perpindahan ke kelab yang akan datang, Raiola dijangka akan mendapat €35 juta dan ayah Haaland akan mendapat €15 juta – daripada pecahan tersebut.

Baca yang lain