Indeks Kemiskinan Tegar: Nigeria Tertinggi Dengan 87 Juta, Negara Mana Lagi Paling Kritikal?

Kemiskinan merupakan satu masalah sosial yang tidak ada penghunjungnya. Yang paling teruk adalah kemiskinan tegar.

Bank Dunia mendefinisikan kemiskinan tegar sebagai isi rumah yang berpendapatan kurang $1.25 sehari ataupun sekitar RM5.20 sehari.

Banyak faktor yang menyumbang kepada kemiskinan ini. Ini termasuk malas bekerja, bencana alam, tiada peluang pekerjaan, kurang pendidikan, dan sebagainya.

Sudah pastinya kerajaan di setiap negara cuba membantu mengurangkan kadar kemiskinan di negara masing masing.

World poverty clock menyenaraikan negara negara di dunia dengan kadar kemiskinan tegar tertinggi.

Negara mana yang menyumbang kepada angka tertinggi kemiskinan tegar di dunia ini?

Ianya diambil kira berdasarkan peratusan kemiskinan tegar nisbah dengan jumlah penduduk di dunia secara keseluruhannya.

Nigeria paling tinggi

Nigeria berada di paras 15.7%. Yang Paling buruk di antara kesemua negara di dunia. Mereka merupakan negara terbesar di Afrika. Kira kira 87 juta rakyatnya miskin tegar.

Tempat kedua dalam indeks ini diikuti oleh Congo dengan 10%. Kedua-duanya adalah negara negara Afrika.

India di tangga ketiga dengan menyumbang angka 8% daripada kemiskinan tegar di dunia. Mereka sudah berjaya meningkatkan kadar ekonomi. Namun masih di tangga ketiga.

Ethiopia, Tanzania, Bangladesh dan Afrika Selatan masing-masing berada di tangga keempat, kelima, keenam dan ketujuh. Dan masing masing mencatatkan 4.6%, 3%, 2.3% dan 2.3%.

Indonesia satu-satunya negara Asia Tenggara yang berada di tangga 10 teratas dalam indeks kemiskinan tegar. Indonesia di tangga kelapan dengan menyumbang statstik sebanyak 2.1%.

Berikut adalah senarai beberapa lagi negara lain:

#9. Yemen: 1.6%
#10. Brazil: 1.1%
#11. China: 0.9%
#12. Pakistan: 0.3%
#13. US: 0.3%
#14. Mexico: 0.3%

Semoga tahap kemiskinan tegar ini akan diperbaiki untuk membolehkan kesemua orang menikmatinya hidup yang lebih baik.

Sumber: Spectator Index

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di