India Lancar Kempen Boikot Barangan China, Namun Telefon Pintar China Tetap Laku Keras

India sebelum ini melancarkan boikot kepada barangan China termasuk produk teknologi dan juga perisian.

Namun selepas sebulan kempen boikot barangan China, ternyata festival membeli belah di atas talian di India pada 6 Ogos dengan pelancaran beberapa jenama telefon pintar dari China.

Ianya dimulakan dengan pelancaran Redmi yang sangat popukar di Amazon India dan Flipkart. 2 laman e-dagang paling popular di India.

Festival atas talian yang menggugat pendirian

Sementara itu laman e-dagang milik syarikat berpangkalan di Dongguan – BBK Electronics Corporation – pula menawarkan set telefon pintar jenama realme, Oppo, Vivo, OnePlus, dan iQOO – juga mencuri perhatian ramai.

India memang negara yang menjadi sasaran pengeluar telefon pintar kerana jumlah rakyatnya yang sangat ramai dan mereka sangat fanatik dengan telefon pintar.

Prime Day Sale oleh Amazon merupakan acara dua hari. Manakala Big Saving Days anjuran Flipkart pula berakhir pada 10 Ogos.

Ternyata ianya mendapat sambutan luar biasa di India.

Selepas lebih sebulan sentimen anti China dibina dan dipropagandakan di India ternyata hasilnya sangat mengecewakan.

Kenapa boikot?

Sebelum ini di India mereka melaung sentimen anti China dengan menyalahkan negara tersebut punca wabak yang melanda hari ini.

Seterusnya, India juga marah dengan kematian 20 tentera India di sempadan China di Galwan pada pertengahan Jun.

India turut menuduh beberapa aplikasi dari China sebagai mengumpul data peribadi dan melanggar hak privasi rakyatnya.

Ramai orang India memecahkan dan menghancurkan telefon pintar keluaran China dan juga barangan lain termasuk toys.

Ada juga yang merosakkan kedai kedai yang ada papan tanda jenama China seperti Oppo dan Vivo.

Berdasarkan undian dibuat, ternyata ramai menyokong untuk memboikot barangan dari China. 67% lebih sanggup membayar mahal produk tempatan mereka.

Oleh kerana semangat boikot yang berkobar kobar, Narendra Modi mengisytiharkan boikot ke atas 59 aplikasi dalam telefon pintar dan komputer milik China bermula 29 jun.

Telefon pintar China masih mendapat sambutan

Namun laporan oleh Scroll India, menyatakan rakyat India ternyata masih fanatik dengan telefon buatan China. Telefon pintar OnePlus 8 Pro, yang baru dilancarkan pada Jun, habis ditempah dalam masa beberapa minit.

Jenama telefon pintar India tanpa ekosistem jenama China dilihat tidak laku dan tiada siapa nak beli.

Peminat telefon pintar ini kemudian menyatakan bahawa, mereka tidak mampu untuk memboikot telefon dari China.

Dan menganggap mereka tiada pilihan. Seterusnya beberapa jenama telefon keluaran India dikatakan tidak selamat dari segi hardware mahupun keselamatan atas talian dan tak berkualiti.

Misalnya, terdapa kes letupan telefon pintar jenama I Kall yang menyebabkan kanak kanak 8 tahun hilang 4 jari.

Selain itu, di pasaran, hanya Samsung yang dilihat pilihan terbaik menggantikan telefon pintar android dari China. Namun harganya agak mahal.

Tetapi Samsung tetap berjaya mendapat pulangan daripada kesempatan yang ada. Di mana keuntungan mereka melonjak ketika kempen anti barangan China dilancarkan.

Penjualan telefon pintar dari China agak susut dan dipercayai lebih kepada faktor China itu sendiri dan bukannya kerana boikot.

Di mana, banyak pengeluar menggantung seketika operasi mereka terutama sekali shipping.

Selepas mereka kembali menyambung operasi, ternyata sambutan ke atas telefon pintar dari China masih kuat.

Di India, iPhones bukanlah jenama yang popular kerana harganya terlampau mahal. Dengan kesan daripada cov19, lagilah pengguna berjimat cermat.

Selain daripada itu, boikot barangan China terutama sekali telefon pintar ini sangat sukar dilakukan. Bahkan banyak kilang pembuat di India bergantung kepada bekalan alatan dan perkakasan dari China. Apple sendiri bergantung kepada pembuatan di China.