India Lancar ‘PUBG’ Mereka Sendiri Bernama FAU-G

Sejajar dengan visi PM Narendra Modi mengenai “Atmanirbhar Bharat”, pelakon Bollywood Akshay Kumar pada hari Jumaat mengumumkan pelancaran permainan aksi multiple player, FAU-G.

PUBG menjadi permainan dari China yang terbaru diharamkan di India. Ianya mengundag pelbagai reaksi daripada rakyat India yang ramai bermain PUBG.

FAU-G adalah permainan PUBG versi India. Dan ianya akam dilancarkan oleh pelakon ternama Akshay Kumar.

Dalam tweet beliau, pelakon berusia 52 tahun itu menyatakan bahawa selain daripada berhibur, para pemain “juga akan belajar mengenai pengorbanan tentera kita”.

Selain itu, 20% dari pendapatan bersihnya yang disumbangkan ke yayasan ‘Bharat Ke Veer’ – yang memberi penghormatan dan sokongan kepada hati negara yang berani.

“Menyokong perjuangan PM Narendra Modi, dengan bangganya saya mempersembahkan permainan aksi, Fearless And United-Guards FAU-G.”

“Selaim hiburan, pemain juga akan belajar mengenai pengorbanan tentera kita. 20% dari pendapatan bersih yang dihasilkan akan disumbangkan kepada @ BharatKeVeerTrust #FAUG.”

Bercakap mengenai permainan baru, pelakon itu berkata: “Bagi anak muda di India, permainan video telah menjadi bentuk hiburan yang penting.”

“Dengan FAU-G, saya berharap ketika mereka bermain permainan ini, mereka akan belajar tentang pengorbanan tentera kita dan juga memberi sumbangan kepada keluarga para perajurit yang berkorban.”

“Dan dengan ini, kita masing-masing memiliki kemampuan untuk mendukung visi PM Modi mengenai Atma Nirbhar.”

Menurut pembangun permainan ini, FAU-G adalah berdasarkan senario sebenar yang dihadapi oleh Pasukan Keselamatan India untuk menangani ancaman dalam dan luar negara.

Permainan ini dijangka dilancarkan pada akhir bulan Oktober dengan peta peringkat pertama berlatarkan Lembah Galwan diikuti dengan versi 3rd person shooting dalam rilis berikutnya.

Permainan ini akan tersedia di Google Play Store dan Apple App Store.

Pengasas dan Pengerusi penerbit permainan, Vishal Gondal, berkata: “Adalah suatu kebanggaan untuk menyahut seruan PM Modi dan mempersembahkan kepada dunia permainan bertaraf dunia.”

“Permainan ini tidak hanya akan membantu para pemain dalam suasana maya melawan kekuatan kejahatan; tetapi juga memberi sumbangan positif untuk pembangunan negara dengan menyokong para wira kita. ”

India sebelum ini sudah melancarkan boikot kepada banyak produk daripada China termasuk aplikasi digital dari negara tersebut.

Ini kerana menurut India, China telah privasi pengguna dari India.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.