India Lockdown: Hero-Hero Barisan Hadapan Dalam Perang Covid-19

India kini berada di peringkat kritikal dalam memerangi Covid-19.

Ia berikutan kebimbangan rakyatnya tentang peningkatan kes berjangkit terutamanya dari manusia ke manusia.

Petugas kesihatan yang berada dibarisan hadapan keluar setiap hari untuk mengekang penularan wabak ini.

Seperti apa yang dikatakan oleh seorang doktor disana ‘satu peperangan yang India tidak boleh kalah’.

Laporan dari Vikas Pandey

Pakar-pakar mengatakan India masih mempunyai masa untuk membendung dan mengurangkan risiko berjuta-juta nyawa di negara yang mempunyai populasi besar di dunia itu.

Kemampuan sistem penjagaan kesihatan India

Ramai yang bimbang sistem penjagaan kesihatan negara itu mungkin tidak mampu menangani wabak yang besar.

Walaupun hanya 10% penduduk India dijangkiti, sekitar 130 juta orang akan menuju ke hospital.

Menurut Pertubuhan Kerjasama Ekonomi, negara ini hanya mempunyai 1 katil bagi setiap 2,000 orang, salah satu nisbah paling rendah di dunia.

Jalan pertama yang mereka ada adalah menyandarkan harapan kepada langkah menjarakan manusia dengan manusia -social distancing- dan mengunci pergerakan di bandar-bandar besar.

Ramai pekerja seperti doktor, jururawat, paramedik, polis, juruterbang, pekerja di stesyen keretapi dan pengumpul sampah menghadapi cabaran yang besar setiap hari.

Kakitangan perubatan

Kakitangan perubatan berada di barisan hadapan dalam usaha ini.

Dr Taarini Johri, seorang pegawai perubatan di sebuah hospital kerajaan -Ahmedabab- berkata sektor perubatan tidak bersedia menghadapi krisis ini.

Doktor dan jururawat yang bekerja di wad yang mengendalikan pesakit Covid-19 mempunyai peralatan keselamatan yang baik, tetapi doktor yang merawat pesakit itu tetap berisiko mendapat jangkitan tersebut.

Ramai doktor yang berisiko dan memerlukan lebih banyak peralatan keselamatan.

Sementara itu Priya Srivastava seorang doktor di hospital utara Lucknow berkata sekarang adalah masa untuk bertindak.

Dr Batra berkata doktor, jururawat dan paramedik perlukan peralatan keselamatan yang mencukupi

Menurutnya India perlu membina lebih banyak hospital dengan cepat. Jika keadaan menjadi lebih teruk, sekurang-kurangnya India sudah bersedia untuk itu.

Senario ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Terdapat ramai orang panik. Mereka datang ke hospital dengan batuk-batuk kecil dan selsema. Mereka fikir sudah dijangkiti Covid-19.

Negara perlu menyampaikan mesej yang betul bagaimana mereka mengenal pasti gejala-gejala Covid-19.

Dr VK Batra yang sudah mempunyai pengalaman 30 tahun dalam bidang perubatan berkata doktor akan melakukan apa sahaja yang terdaya. Beliau hanya mempunyai satu mesej penting untuk orang ramai.

Tinggal di rumah.

Menurutnya lagi, buat masa sekarang selama beberapa minggu, mereka masih mempunyai peluang untuk mengawal wabak itu.

Terdapat dari mereka terpaksa menjauhkan diri dari keluarga untuk beberapa hari supaya terus dapat memantau pesakit.

Ia menjadi tekanan tetapi dalam masa yang sama mereka tidak mempunyai pilihan.

Mereka tidak mendapat peralatan perlindungan peribadi dengan jumlah yang sepatutnya dan masa yang tepat.

Mereka adalah ‘tentera’ dibarisan hadapan, India tidak akan memenangi peperang itu tanpa mereka.

India kini telah membenarkan makmal swasta menjalankan ujian Covid-19, beberapa juruteknik makmal sedang dilatih. Amardeep Chaudhary adalah salah seorang daripada mereka.

“Saya sudah biasa pergi ke rumah orang untuk mengumpul sampel dan kami boleh menjaga diri, tapi coronavirus adalah sesuatu yang berbeza.

“Saya takut, tetapi saya tidak akan berputus asa,” katanya.

Ketika doktor berjuang dalam pertempuran di dalam hospital, pihak polis perlu mengawal pergerakan orang ramai di luar.

Kakitangan keselamatan

Rahul Srivastra, seorang pegawai kanan di Uttar Pradesh berkata, 2 hari pertama penguncian pergerakan adalah sangat sukar.

Pergerakan orang ramai terlalu aktif dan sukar dikawal pada 2 hari pertama penguncian pergerakan

Orang ramai tidak biasa tinggal di dalam rumah. Mereka tidak dapat memahami objektif lockdown.

Di banyak kawasan pihak polis terpaksa menjelaskan, memujuk dan meminta orang ramai berada di dalam rumah.

“Kami terpaksa bertindak dengan lebih tegas terhadap orang ramai yang berhasrat untuk keluar dari rumah.”

“Kami perlu memastikan orang ramai selamat dan juga perlu memastikan keselamatan kakitangan kami sendiri.”

“Kami berada di jalan selama 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.”

Pekerja am

Di sudut lain, terdapat pekerjam am yang agak kurang diberi tumpuan. Mereka adalah pengawal keselamatan dan pemungut sampah.

Sonu Kumar merupakan pekerja pemungut sampah di sekitar bandar Delhi berkata perkara pertama yang difikirkannya selepas pengumunan lockdown adalah pulang ke kampung.

Kumar memahami kebersihan adalah perkara penting dalam memerangi Covid-19

Tetapi bosnya berkata kerja merupakan sesuatu yang sangat penting pada ketika ini. Kumar menyedari kebersihan adalah elemen penting bagi menangani wabak ini.

Namun Kumar tetap risau kerana orang ramai tidak menutup tong sampah. Beliau melihat tisu, topeng muka dan sarung tangan berada di dalam tong sampah yang terbuka.

“Kami menggunakan peralatan perlindungan tetapi ia masih merisaukan kami.”

“Fikirkan keselamatan kami, sila tutupnya, kami buat ini untuk awak.”

Vijay Dubey yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Noida berhampiran Delhi dan mempunyai masa yang sukar untuk berurusan dengan orang.

Beliau faham apabila orang mahu keluar membeli ubat-ubatan dan makanan, tetapi ia tidak masuk akal apabila mereka menggunakan alasan bosan berada di rumah dan ingin memandu.

“Mereka berpendidikan tetapi mereka tidak faham.”

“Kami mempertaruhkan keselamatan diri sendiri dengan keluar bekerja- sekurang-kurangnya orang lain boleh tinggal di rumah sahaja.”

Kakitangan pengangkutan

India telah menutup perkhidmatan keretapi dan penerbangan, tetapi juruterbang dan kakitangan keretapi kekal meneruskan pekerjaan mereka sehingga hari ini.

Syarikat penerbangan Nasional Air India membuat beberapa penerbangan untuk memindahkan rakyat India dari Eropah dan Iran.

Beberapa anak kapal percaya keselamatan mereka boleh terjejas, kakitangan dari syarikat penerbangan memberitahu BBC sebelum penerbangan ditangguhkan ke semua laluan antarabangsa, juruterbang dan krew yang pulang dari negara asing hanya diberi empat hari sebelum diminta untuk terbang semula.

“Ini sangat berisiko untuk kami dan penumpang, saya harap tidak seorang pun daripada kami dijangkiti Covid-19 ketika ke Eropah dan Amerika Syarikat.”

“Kami tidak keberatan berkhidmat semasa krisis dunia ini berlaku – yang kami minta ialah tempoh kuarantin selama 14 hari harus dijalankan.”

Seorang jurucakap syarikat penerbangan itu menafikan tuduhan itu, mengatakan ia telah mengikut semua langkah yang ditetapkan.

Terdapat diskriminasi yang dicetuskan oleh beberapa orang awam terhadap anak kapal dan kakitangan keretapi. Mereka dituduh membawa jangkitan.

Seorang atendan penerbangan berkata jirannya enggan bercakap dengan ibu saya ketika beliau keluar bekerja.

Beberapa kakitangan Keretapi India mempunyai cerita yang sama.

Mereka berinteraksi dengan 100-150 orang setiap hari tetapi mereka tidak diberikan sebarang peralatan perlindungan.

Seorang pekerja yang tidak mahu dikenali memberitahu BBC beliau terus bekerja kerana begitu banyak penumpang ingin pulang ke kampung mereka sebelum arahan lockdown.

Sekarang jirannya mengesyaki beliau mungkin sudah terkena jangkitan Covid-19.

“Semua yang kita perlukan adalah perpaduan dan kemanusiaan untuk memenangi perang ini.”

“Jika tidak, kita akan kalah dan kita tidak mampu memenanginya.” katanya.

https://www.bbc.com/news/world-asia-india