Menteri Indonesia Alu Alukan Kedatangan Israel Ke Piala Dunia B-20 Atas Semangat Kesukanan

Israel rasminya layak ke Piala Dunia Belia B-20 yang akan dilangsungkan di Indonesia. Ini selepas mereka menjadi naib juara kumpulan B dalam zon kelayakan Eropah di Slovakia.

Menteri Belia dan Sukan (Menpora), Zainudin Amali dan Pengerusi PSSI, Mochamad Iriawan mengalu alukan kedatangan pasukan tersebut dan memberikan jaminan bahawa mereka selamat beraksi pada Piala Dunia B-20 pada edisi 2023 yang akan berlangsung di Indonesia.

Israel mengikuti tiga negara Eropah lain termasuk Perancis, Itali dan England yang telah pun melangkah ke Piala Dunia B-20 2023.

Indonesia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Terdapat kebimbangan bahawa pemain dari pasukan tersebut menghadapi kesukaran mendapatkan visa untuk mengambil bahagian dalam Piala Dunia B-20 2023.

Amali dan Iriawan telah memberi jaminan bahawa Israel boleh datang ke Indonesia untuk mengambil bahagian dalam Piala Dunia B-20 2023.

“Kami telah membincangkannya sejak 2019 lagi. Semua negara yang layak menyertai Piala Dunia B-20 2023 dialu-alukan untuk bermain,” kata Amali.

“Jadikan sukan tidak berkaitan dengan politik. Sebab itu FIFA telah sampaikan kepada kita, mana-mana negara yang lolos, mesti boleh bersaing di Indonesia.”

“Jadi, tidak ada masalah. Pastinya pasukan keselamatan kita akan memberikan rasa selamat. Ini perkara yang perlu dipertimbangkan,” tambah Amali lagi.

Sementara itu, Iriawan juga telah membincangkan kemungkinan Israel mengambil bahagian dalam Piala Dunia B-2023 dengan kerajaan pada 2021 lagi.

“Tentang Israel, saya rasa ada perjanjian dengan kerajaan tahun lepas. Siapa yang datang, boleh main,” tambah Iriawan pada hari yang sama.

“Ini bola sepak, jadi tidak ada masalah. Israel tetap tempat tinggal kami. Kali terakhir kami bertemu dengan kerajaan tahun lalu berbicang mengenai Israel seperti itu,” tambah Irwan lagi.

Sudah ada peminat Indonesia yang merancang mahu mengadakan perang psikologi dengan Israel dengan meniru apa yang dilakukan penyokong Celtic iaitu mengibarkan bendera Palestine beramai ramai.

Mereka mempersoalkan, kenapa Israel tidak diharamkan daripada bertanding seperti mana FIFA melarang Rusia bertanding kerana pencerobohan ke atas negara lain.

Jika peminat Indonesia memutuskan untuk mengibarkan bendera Palestine dalam perlawanan Israel atau mereka sendiri menentang pasukan itu, FIFA mungkin akan mengambil tindakan.

Ini kerana penyokong Celtic sebelum ini sudah beberapa kali didenda hanya kerana mereka mengibarkan bendera Palestine.

Baca yang lain