Indonesia Bantai Thailand Dan Rangkul Emas Sukan SEA Acara Sepak Bola!

Indonesia berdepan Thailand untuk perebutan emas Sukan SEA 2023, bagi acara bola sepak.

Pasukan Indonesia sebelum ini bertungkus lumus menewaskan Vietnam dalam aksi separuh akhir. Di mana mereka terpaksa bermain 10 pemain dan menjaringkan gol kemenangan lewat. Indonesia menang 3-2 ke atas Vietnam.

Thailand pula lebih santai dan lebih mudah dalam tugasan separuh akhir mereka. Di mana Gajah Perang menang 3-0.

Ramadhan Sanantha mengejutkan ramai apabila dia menjaringkan 2 gol pada separuh masa pertama.

Gol pertama adalah pada minit ke-20. Manakala gol kedua adalah pada masa kecederaan minit ke-45+9.

Thailand melakukan banyak serangan namun hampa. Sehinggalah minit ke-65 apabila Pokklaw Annan merapatkan jurang gol.

Indonesia turut mendapat beberapa peluang terbaik mereka. Namun gagal menambah gol.

Pengadil memberikan 7 minit masa kecederaan. Dengan Thailand.

Ketika Indra Sjafri meraikan kejayaan mereka mengingatkan perlawanan sudah berakhir, pengadil memberikan arahan bahawa wisel itu untuk sepakan percuma.

Thailand dengan dramatik menyamakan kedudukan ketika perlawanan disambung semnula.

Perlawanan dilanjutkan ke masa ekstra 30 minit.

Dan Indonesia sekali lagi di hadapan menerusi Irfan Jauhari pada minit ke-90+1.

Thailand kemudian memiliki 2 atau 3 peluang keemasan depan gawang Indonesia namun tidak disempurnakan.

Pada minit ke-109, giliran Fajar Fathur Rahman menjaringkan gol keempat dan gol itu dilihat benar benar mengesahkan kemenangan emas buat Indonesia.

Tamat perlawanan, Indonesia 4 Thailand 2.

Baca yang lain

Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan