INEOS Larang Sir Alex Akses Ke Bilik Persalinan

Eric Cantona tidak percaya dengan tindakan INEOS ke atas Sir Alex Ferguson yang dianggap sangat biadap.

Pemain yang terkenal dengan gaya kolar terangkat itu kini mengisytiharkan perang ke atas INEOS kerana melayan Sir Alex Ferguson seperti itu.

Tindakan INEOS drastik

Sebelum ini INEOS membuat pengumuman yang mengejutkan apabila mereka memutuskan untuk memecat Sir Alex Ferguson sebagai duta global kelab itu. Jawatan yang dipegang Fergie sejak 2013.

Ianya sebahagian daripada langkah penjimatan yang diambil oleh kelab itu sejak musim lalu lagi. INEOS sebelum ini mengumumkan bahawa mereka akan kontrak lebih seratus orang staf United. Pengecilan skala operasi itu termasuk pemecatan Sir Alex Ferguson.

Di mana Fergie menerima bayaran sekitar £2.16  juta semusim untuk peranan tersebut.

Musim lalu United turut membatalkan semua pakej pengangkutan, tiket khas dan penginapan percuma kepada staf ketika kelab itu mara ke final Piala FA di Wembley.

Sir Alex Ferguson menjadi tokoh yang sebelum ini dianggap penting oleh Sir Jim Ratcliffe. Dan dia sedia mengembalikan semula hubungan lebih baik di antara kelab dengan pengurus legenda itu.

Ini selepas dalam beberapa tahun kebelakangan ini Sir Alex Ferguson seringkali merasakan kelab semakin menjauhkan diri daripadanya. Terutama sekali keluarga Glazers yang tidak gemar dengan Sir Alex Ferguson campur tangan dalam urusan di United.

Malah Sir Jim Ratcliffe mendedahkan dia berjumpa sendiri dengan Sir Alex Ferguson di kediamannya ketika INEOS berjaya mendapatkan hak pemilikan 27 peratus di kelab itu.

Malangnya kini Sir Alex harus pergi. Kerana kelab tak sanggup lagi membayar £2.16 juta setahun kepada beliau. Namun begitu Sir Alex Ferguson masih dialu alukan hadir ke stadium untuk hari perlawanan dan terlibat dalam jawatan bukan eksekutif di kelab itu jika ada.

Laporan terbaru menyusul menyatakan bahawa INEOS sudah mengingatkan Sir Alex Ferguson bahawa dia diharamkan sama sekali daripada urusan bilik persalinan di United.

Dia tidak boleh campur tangan dalam isu berkaitan pentadbiran kelab dan pengurusan pemain.

Sir Alex Ferguson dan beberapa lagi individu sudah diberitahu bahawa mereka tidak boleh lagi sesuka hati masuk ke ruang persalinan Man United.

Sebenarnya tradisi ini sudah disemai di United sejak era Sir Matt Busby. Di mana dia membenarkan beberapa individu yang dianggap legenda kelab akses ke bilik persalinan.

Pada era Sir Alex Ferguson menjadi pengurus tradisi itu lebih kuat. Kerana dia sangat hormat kepada Sir Bobby Charlton yang diberikan akses khas itu.

Namun Sir Alex Ferguson sebenarnya tidak kerap hadir untuk akses ke bilik persalinan United seperti mana Bobby Charlton. Fergie sendiri selalu berada di Scotland dan beberapa negara lain untuk menikmati bola sepak hujung minggu. Cuma dalam perlawanan besar dia akan hadir.

Malangnya, kini beliau harus akur dengan larangan tersebut. Dan dia diingatkan agar tidak memberikan tekanan kepada pengurus pasukan yang bertungkus lumus dalam menjayakan projek kelab. Ini sebagai tanda bahawa INEOS menyokong penuh kuasa pengurus seperti Erik Ten Hag.

Tindakan INEOS ini membuatkan lagenda Manchester United, Eric Cantona mengecam mereka.

Kerana menurutnya Sir Alex Ferguson bukan calang calang orang.

“Orang seperti beliau boleh buat apa sahaja dia nak di kelab itu sampai hari dia mati.

“Ini tindakan yang sangat biadap. Ini jelas satu skandal. Sir Alex Ferguson akan sentiasa menjadi bos saya selamanya. Dan saya akan lemparkan plastik najis dekat mereka,” tegas legenda United itu.

Sementara itu Rio Ferdinand menyokong tindakan INEOS dan berkata ini adalah satu isyarat jelas, jika orang seperti Sir Alex Ferguson pun boleh dipecat, maka tak siapa yang boleh rasa mereka selamat di kelab itu.