Infantino Dilabel Bongok Kerana Selfie Depan Keranda Pele

Rakyat Brazil rata rata mengecam tindakan Gianni Infantino yang dianggap mereka sebagai bodoh dan tak sensitif.

Ini selepas presiden FIFA itu berswafoto di hadapan keranda mendiang Pele dalam upacara penghormatan terakhir buat legenda itu.

Dengan imej yang kelihatan berlaku di sebelah keranda Pele, ia membawa kepada kritikan, sesuatu yang pantas dijawab oleh Infantino.

Peminat menganggap Infantino sebagai manusia yang tak berhati perut kerana sanggup berswafoto di hadapan keranda yang terbuka.

Infantino pertahankan tindakannya

Namun Infantino mempertahankan tindakannya. Menurutnya dia cuma membantu bekas rakan sepasukan Pele yang mahu berselfie bersama sama dengannya.

Mengulas menerusi Instagram, Infantino menulis: “Baru mendarat dari perjalanan saya ke Brazil di mana saya mendapat keistimewaan untuk mengambil bahagian dalam penghormatan indah kepada Pele yang berlangsung di Vila Belmiro, di Santos. ”

“Saya kecewa selepas dimaklumkan bahawa saya nampaknya dikecam oleh segelintir pihak kerana mengambil swafoto dan bergambar di majlis itu semalam.”

“Saya ingin menjelaskan bahawa saya berbesar hati dan merasa rendah diri kerana rakan sepasukan dan ahli keluarga Pele yang hebat telah bertanya kepada saya sama ada saya boleh mengambil beberapa gambar dengan mereka. Dan jelas saya segera bersetuju.”

“Dalam kes swafoto itu, rakan sepasukan Pele meminta untuk melakukan swafoto kami semua bersama-sama tetapi mereka tidak tahu bagaimana untuk melakukannya. ”

“Jadi, untuk membantu, saya mengambil telefon dari salah seorang daripada mereka dan mengambil gambar kami semua untuknya.”

“Jika membantu rakan sepasukan Pele mencipta kritikan, saya gembira menerimanya dan akan terus membantu di mana sahaja saya boleh kepada mereka yang telah menyumbang untuk menulis halaman kisah legenda bola sepak.”

“Saya sangat menghormati dan mengagumi Pele dan untuk majlis itu semalam sehingga saya tidak akan melakukan apa-apa yang tidak menghormati dalam apa cara sekalipun.”\

“Yang paling penting dalam apa jua keadaan ialah memberi penghormatan kepada Raja Pele, dan saya dengan rendah hati mencadangkan bahawa seluruh 211 persatuan ahli kami sekurang-kurangnya satu stadium atau tempat bola sepak dinamakan sempena namanya, kami akan menunjukkan contoh dengan menamakan padang di ibu pejabat kami, ‘EstĂĄdio PelĂ© – FIFA ZĂŒrich’.”

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan