Influencer Dan Bintang Netflix Korea Ini Kena ‘Cancel’ Sebab Pakai Barangan Copy Ori

Bagi penonton Netflix, mungkin korang tahu dengan program realiti janji temu / dating dari Korea Selatan (Korea Selatan) bertajuk “Single’s Inferno”.

Salah seorang daripada bintang program tersebut ialah Song Ji-ah. Dia merupakan salah seorang peserta yang sangat popular kerana dia cantik Pengikutnya di media sosial telah melonjak daripada 400,000 kepada 3.7 juta.

Namun, popularitinya tiba-tiba surut dalam sekelip mata akibat skandal memakai barangan palsu. Dia menjadi kontroversi kerana memakai barangan mewah palsu. Antara barangan tiruan yang dipakainya adalah Chanel dan Dior gred copy ori. .

Dalam akaun YouTubenya, Freezia, dia mengakuinya. Dia juga membuat permohonan maaf secara terbuka berkenaan perkara tersebut: “Saya akui kontroversi memakai barangan mewah palsu dan mengakui itu semua salah saya.”

“Sebagai YouTuber, saya sepatutnya lebih berhati-hati dan berhemat dalam semua tindakan saya. Tetapi saya merosakkan imej jenama dan mengecewakan ramai orang yang mengikuti saya serta yang rapat dengan saya. Maka dengan ini, saya ingin memohon maaf,” katanya lagi.

Dia mengaku membeli barangan palsu tersebut kerana cantik. Dia sudah lama membeli barang barang palsu. Tetapi selama ini tiada yang kisah sangat kerana popularitinya tidak segila sekarang.

“Saya sepatutnya menyedari tindakan saya dan melihat kembali ke dalam daripada memberi tumpuan kepada bagaimana imej ‘Song Ji-ah’ dipersembahkan. Saya minta maaf.”

Tetapi nampaknya permohonan maaf tidak mencukupi. Dia kemudian memadam semua catatan dan post di media sosialnya, terutama sekali Instagram dan hanya tinggal permohonan maaf sahaja yang ada di sana.

Sementara itu, agensinya Hyowon CNC turut mengeluarkan permohonan maaf. Syarikat itu menjelaskan mengapa Song Ji-ah memang khilaf kerana membeli barang tiruan.

“Ini semua salah kami. Adalah menjadi tanggungjawab syarikat untuk menyemak gaya pembuatannya,” kata syarikat itu.

“Tetapi kami berpendapat bahawa menghormati gaya Free Zia sendiri adalah cara untuk berkomunikasi dengan pelanggan pada tahap yang lebih intim lagi.”

Mereka menyatakan bahawa Song Ji Ah seorang yang sangat sederhana dalam berbelanja dan suka membeli barang itu di kedai tepi jalan dan lorong tanpa memikirkan soal jenama, rekaannya. Asalkan cantik dia akan beli.

Alasan itu jelas sekali sukar diterima dan tak masuk akal. Tak akanlah seorang influencer yang setiap hari memakai baju berjenama tak sedar bahawa jenama tersebut adalah jenama mahal dan bukannya boleh dijual di tepi jalan.

“Song tidak menyedari ia adalah palsu, dan dia tidak pernah bermaksud untuk kelihatan kaya,” katanya.

Sebelum ini K-net percaya agensi itu yang sengaja mewujudkan imej “gadis kaya”. Jadi tak ada alasan untuk Song Ji Ah terlalu naif tak tahu baju yang dia pakai adalah tiruan. Ini  dapat dilihat dari tempat tinggal Song Ji-ah, sebuah apartmen mewah, yang dipercayai disewa oleh pihak pengurusan. Namun dilaporkan ianya milik Song Ji Ah hasil titik peluhnya sebagai influencer.

Sementara itu, rakan-rakan bintang Single’s Inferno juga telah memutuskan hubungan dengannya termasuk menyah-ikut dari media sosial. Antaranya ialah Kim Hyun-joong menyahikutnya di Instagram dengan serta merta sebaik sahaja dia terpalit skandal tersebut.

Dia bukan satu-satunya kawan yang memutuskan hubungan. Pelakon Kang Ye-won, Ketua Pegawai Eksekutif bersama agensi yang menyelia Song Ji-ah, baru-baru ini memadamkan semua siaran Instagram bersama wanita itu.

Penampilan istimewanya dalam The Manager (Omniscient Interfering View), yang dijadualkan ditayangkan pada 29 Januari ini juga sedang disunting.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di