Influencer Dan Model Fesyen Hong Kong Dibunuh & Dikerat, Suspek Adalah Bekas Suaminya Sendiri

Seorang selebriti di Hong Kong, Abby Choi telah dibunuh dan mayatnya dikerat lalu diasingkan asingkan di sebuah apartment.

Amaran: Artikel ini mungkin menyinggung pembaca

Choi yang merupakan ibu kepada dua orang anak yang masih kecil, dikenali sebagai model dan juga influencer media sosial. Dengan memiliki lebih 100,000 pengikut.

Walaupun sudah bercerai, Abby Choi masih menyara bekas suaminya yang juga seorang penganggur bersama sama dengan keluarganya.

Polis telah memberitahu media bahawa Choi ada masalah pertikaian tentang wang dengan bekas suaminya Alex Kwong. Lebih memburukkan keadaan keluarga Kwong turut campur tangan.

Pertikaian itu melibatkan harta bernilai HKD 10 juta ataupun sekitar RM5.73 juta.

Polis memberitahu media bahawa siasatan ke atas kes itu terganggu kerana sikap tidak bekerjasama oleh suspek yang mereka tahan.

Supt Chung berkata: “Kami mahu mendapatkan seberapa banyak maklumat yang kami dapat. Bukannya sekadar membuat pertuduhan ke atas penjenayah. Kami juga mahu memberikan jawapan kepada keluarga mangsa dan menegakkan kebenaran.”

Badan Choi dikerat dan telah dibuang berasingan. Bahagian rusuk dan tangannya masih lagi tidak dijumpai. Dengan bahagian badannya yang lain dijumpai di dalam peti sejuk di apartment Lung Mei Tsuen.

“Kami nasib mencari beberapa klue yang lain lagi. Dan kami masih berusaha mencari bahagian rusuk dan beberapa bahagian badannya yang masih belum dijumpai.”

Dua orang anak Choi kini diletakkan bawah jagaan ibu Choi.

Hakim Peony Wong menolak permohonan ikat jamin ke atas suami Choi dan dua orang mertuanya.

Choi menjadi wajah utama majalah L’Oficiel Monaco pada bulan lalu. Dan selepas itu di hilang jejak sejak 21 Februari.

Dia kali terakhir dilihat dalam rakaman CCTV ketika mahu menjemput anak anaknya dari rumah bekas suaminya.

Kemudian dia terus hilang. Sehinggalah mayatnya dijumpai dalam keadaan ngeri dan dikerat kerat. Turut dijumpai gergaji elektrik di apartment tempat dia dipotong dan dikerat.

Bahagian badannya kebanyakannya sudah direbus dan ada di antaranya dimasukkan di dalam peti ais.

Polis menahan bekas suaminya Alex Kwong bersama bekas mertua Abby (ibu dan bapa mertua) serta abang Alex yang turut ditahan.

Alex dilaporkan cuba melarikan diri menggunakan bot. Polis menahanya bersama dengan wang sekitar RM287,000 dan barangan kemas termasuk jam bernama yang dilaporkan bernilai sekitar HKD juta (sekitar RM2.3 juta) menurut The Guardian.

Kejam..

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil