Influencer IG Ini Kena Sound Dengan DBKL Kerana Merosakkan Pokok Renek

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengecam tindakan seorang usahawan fesyen yang terkenal dan salah seorang modelnya.

Ini setelah video mereka merosakkan harta benda awam semasa sesi fotografi baru baru ini disiarkan dalam talian.

Pengasas bersama Leeyanarahman, Nur Liyana Abdul Rahman sebelum ini berkongsi klip video pada Sabtu lalu di Instagramnya yang menunjukkan model Iman Alyssa Sahabudin sedang berbaring di atas pokok renek semasa penggambaran gambar berhampiran projek River of Life (RoL) di pusat bandar.

Ketika Iman berbaring, terdengar bunyi “hentakan” yang kuat dari dahan, menyebabkan Iman dan kru tertawa terbahak-bahak sebelum mereka dengan cepat menariknya kembali berdiri.

Leeyana menulis: “Perempuan memang gigih dalam semua perkara atau gigih untuk bergambar je ? Perempuan sanggup buat apa je untuk dapatkan gambar lawa kan . Hehe . Betul pepatah cakap , hidup perlukan PENGORBANAN 🤪.”

“Pepatah itu benar: Hidup memerlukan pengorbanan,” tulis Nur Liyana di laman Instagramnya, yang mempunyai lebih dari 1.2 juta pengikut.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu dengan cepat menimbulkan kemarahan DBKL dan pasukan RoL yang menyiarkan semula video Nur Liyana ke laman media sosial mereka.

https://www.instagram.com/p/B_64dZnlVr9/?utm_source=ig_embed

“Tidak kira anda siapa…atau apapun tujuan anda…anda telah melakukan kesalahan di sini.”

“Pertama merosakkan harta Datuk Bandar Kuala Lumpur di bawah Undang Undang Kecil Vandalisme dan kedua melakukan penggambaran tanpa memperoleh kebenaran terlebih dahulu daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur.

“Tujuan bunga dan pohon renek ditanam di lapangan adalah untuk hiasan dan keindahan bukan untuk dimusnahlaku,” kata kenyataan dimuat naik DBKL di akaun Facebook rasminya.

Dalam komen di Facebook, DBKL juga mengucapkan terima kasih kepada pengguna Noor Fazlina Rosley yang menarik perhatian mereka terhadap isu tersebut dan mengatakan mereka merancang untuk mengambil tindakan lebih lanjut terhadap Nur Liyana dan mereka yang terbabit.

Sementara itu River of life KL menyatakan:

“Pengorbanan untuk satu gambar yang boleh merosakkan harta awam, adakah berbaloi? Gigih tu biarlah bertempat, kalau tanaman rosak bersedia untuk dikompaun.”

“Kerjasama anda amatlah diperlukan untuk bersama-sama memelihara tanaman lanskap awam dari dirosakkan.”

Ramai netizen turut mengecam tindakan influencer tersebut yang dianggap sangat tidak bertanggungjawab. Demi mengejar secebis like di IG, mereka sanggup melakukan apa sahaja.

Salah seorang pengguna media sosial berkata:

“Amboi, seronoknya dia berbaring² (walaupun sekadar 2 saat) di atas pokok yang ditanam oleh pihak DBKL untuk awam. Sanggup berbuat apa sahaja untuk dapatkan gambar lawa (merujuk post asal anda di insta), ya?”

“Baiklah.”

“Anda adalah seorang selebriti dan influencer; ramai followers.. 1.2 juta ramainya. Tapi tindakan anda ini akan mengundang lebih ramai lagi mengikuti jejak langkah anda untuk melakukan aktiviti yang merosakkan harta benda awam. ”

“Jangan rasa: ahhh, tu kan sekadar shrubs aje kot! Bukannya rosak pun! Atau ‘alah mahal manalah sangat nak repair pokok katik jenis macam ni? Tak luak pun! Aku boleh kasi 10 kali ganda lah’.”

“Anda tidak ada hak untuk sewenang-wenangnya melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan harta benda awam, hatta pokok bunga sekalipun. Ia adalah tindakan yang tidak bertanggung-jawab dan tidak bertimbang-rasa.”

“Saya secara peribadi berpendapat bahawa dengan bukti-bukti yang ada ini, anda patut didenda, walaupun sekadar RM10 sekalipun, sebagai ganti rugi teladan/’punitive damage’/’exemplary damages’ kepada semua, dan diuar-uarkan oleh media supaya menjadi teladan.”

“Sementara itu, saya tahu post ini juga akan bertambah membantu bisnes anda kerana perhatian yang diberikan terhadap kesalahan anda.”

“Well, you win some, you lose some. Bak pepatah cakap, hidup perlukan PENGORBANAN. (merujuk post asal anda di insta)”