Influencer Instagram ataupun Instafamous memang ramai yang guna suntingan gambar untuk melariskan gambar mereka.
Segalanya demi untuk mengejar pengikut yang ramai.
Seorang IG famous dengan nama Rosa Yin/@Enrosa telah memadam akaun instagramnya. Ini kerana dia kantoi menyunting gambarnya agar menjadi lebih kurus dan slim.
Malah sebelum ini Rosa Yin turut galak mempromosikan beberapa produk untuk jadi kurus ‘macam dia’.
Ketika sedang bergambar untuk dimuat naik ke dalam IG, Ada pihak yang melihat Rosa Yin sedang berposing maut dekat sebuah kereta mewah.
Gambar tersebut memaparkan Rosa Yin bukannya kurus seperti dia di IG. Dia melakukan suntingan yang sangat ekstrim, jauh daripada rupa dia sebenar.
Gambar itu telah menjadi bualan ramai di IG terutama sekali di kalangan pengikutnya yang kecewa. Ada yang mempersendakannya.
Akibat malu, Rosa Yin telah melancarkan perang untuk mencari dalang tersebut daan bertekad mahu menyaman mereka yang bertanggungjawab di atas penyebaran imej itu.
Namun malang sekali Rosa Yin tak dapat mencari siapakah orangnya.
Rosa Yin turut mengugut sesiapa sahaja yang memuat naik dan berkongsi imej tersebut – bakal dilaporkan ke balai polis.
Dan akhir sekali dia menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat kepadanya tentang orang yang mengambil gambar dan menyebarkannya.
Rosa menulis: “Jika korang ada melihat ada orang yang berkongsi gambar yang diambil secara curi, berikan saya maklumat nombor telefon, dan maklumat peribadi mereka.”
“Nanti aku bagi korang ganjaran TWD2,000 [RM287]. ”
“Dan jika korang dapat tahu siapa yang sebenarnya mengambil gambar itu, saya akan bagi TWD16,800 [RM2,410].”
“Inilah peluang korang nak buat duit.”
“Jika ada kawan korang yang berkongsi gambar ini di media sosial mereka, korang boleh screenshot, maklumkan kepada saya. Kamu akan dapat ganjaran juga.”
Rosa menjual produk untuk menguruskan badan menerusi platform e-commerce, Shopee.
Rosa turut menggunakan instagram untuk memperomosikan produk tersebut dan memberikan testimoni tentang keberkesanan produk.
Sehinggalah dia kantoi dengan gambar yang tak disunting. Ramai orang Taiwan membincangkan perkara itu di ruangan forum atas talian.
Akibat sudah rasa buntu dan kecewa, Rosa akhirnya memadamkan akaun IG nya. Namun sebelum itu, dia sempat memberitahu bahawa dia ada urusan di balai polis.
Buat masa ini, tiada pula Polis Taiwan mengemaskini tentang Rosa Yin.
Sumber: Unilad