Influencer IG Rusia Menangis Hilang Pengikut Kerana Larangan Kerajaan Putin

Kehidupan influencer media sosial di Rusia ketika ini sedang dalam kerumitan dan kesukaran terutama sekali bagi mereka yang menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama. Ini selepas Rusia memutuskan untuk menyekat beberapa aplikasi media sosial di negara mereka.

Kerajaan Vladimir Putin sudah mengumumkan bahawa mereka mahu mengawal berita palsu tentang konflik yang melanda di Ukraine.

Rusia yang menyerang Ukraine sejak bulan lalu, mengambil langkah proaktif untuk mengelakkan rakyatnya termakan suapan berita dari luar negara.

Dan Parlimen Rusia mengumumkan hahawa mereka menyekat Twitter dan Facebook. Perkara itu diumumkan oleh ketua suruhanjaya komunikasi Rusia, Roskomnadzor, pada awal bulan ini.

Roskomnadzor turut mengumumkan hahawa negara tersebut turut menyekat penggunaan Instagram di negara mereka.

Rusia menuduh Instagram telah menjadi sarang mengutuk tentera Rusia dan rakyatnya. Sambil cuba menyampaikan informasi yang bertentangan dengan kerajaan Rusia.

Antaranya, Rusia menuduh Instagram bertanggungjawab dalam menjejaskan imej mereka yang dituduh mengebom hospital ibu mengandung dan kanak kanak Mariupol.

Kremlin menganggap footage tersebut sebagai disebarkan atas tujuan jahat kepada Rusia. Dan mereka menafikan mereka ada mengebom hospital ibu dan kanak kanak.

Kerajaan Rusia turut memintas ratusan ribu penggunaan VPN oleh rakyat Rusia ketika kerajaan mengumumkan pengharaman Twitter, Facebook dan Instagram.

Kesannya, ada beberapa influencer terkemuka Rusia menangis kerana kehilangan audien mereka di media sosial. Pengikut mereka juga semakin berkurangan saban hari.

Influencer terkena Olga Buzova berkata: “Saya sangat taku untuk mengakui bahawa saya tak nak kehilangan kamu semua. Saya tak tahu apa akan jadi di masa akan datang.”

Buzova yang ada 23.3 juta pengikut di Instagram menambah bahawa dia melakukan perkara itu tanpa memikirkan ianya satu kerja semata mata. Sebaliknya dia seronok kerana memiliki audien yang berjuta juta mengikutinya setiap hari.

Buzova berkata: “Saya baru sahaja berkongsi kisah kisah hidup saya dan berkongsi jiwa saya dengan kamu semua. Saya tak melakukan semua ini sebagai satu pekerjaan, tetapi kerana kamu semua sebahagian daripada jiwa raga saya.”

“Ianya seperti sebahagian besar dalam hati saya, dan hidup saya ketika ini sudah dirampas dari saya,” kata Buzova sambil menyatakan bahawa dia akan terus menangis dan menangis lagi selepas ini mengenangkan nasibnya.

Kemudian laman NEXTA berkongsi satu lagi video daripada seorang lagi pencipta konten yang tak dikenali dari Rusia, menyatakan bahawa dia kini sedang berada dalam fasa satu kehidupan suramnya.

Dia buntu di mana dia mahu mendapatkan wang untuk kehidupan sehariannya selepas ini. Wanita tersebut menganggap kerajaan Rusia bertindak tanpa memikirkan nasib influencer IG sepertinya.

“Adakah kamu pernah terfikir tentang saya, selaku influencer instagram, bahawa ini adalah sumber pendapatan utama saya?”

“Bagi saya, semua yang ada ini adalah hidup saya selama ini. Ini adalah jiwa saya. Ini adalah perkara pertama saya fikirkan ketika saya bangun dan terakhir sebelum saya tidur. Ianya untuk 5 tahun terakhir ini saya mengabdikan diri [untuk menjadi Influencer IG].”

Ketua Instagram, Adam Mosseri mengkritik tindakan Rusia yang menyekat Instagram di negara mereka. Keputusan itu menurutnya telah memutuskan huibungan 80 juta pengguna IG di Rusia dengan orang ramai yang menggunakan Instagram di seluruh dunia.

Lebih lebih lagi 80% rakyat Rusia yang tinggal di luar negara menggunakan Instagram untuk mengetahui perkembangan semasa di Rusia dan juga berhubung dengan keluarga mereka.