Influencer Ini Jual NFT Cinta Digital (PJJ) RM1 Juta, Mahu Kerajaan Poland Masukannya Dalam Buku Sejarah

Cintaku bukannya boleh dijual beli, itu ayat glamor dalam lirik lagu. Malah The Beatles pun pernah mengeluarkan bait keramat ‘can’t buy me love’. Namun untuk gadis influencer dari Poland ini, dia ternyata menjual cinta dan berjaya mendapatkan pembeli.

Seorang personaliti TikTok popular bernama Marti Renti menjual cintanya dengan nilia $250,000 kepada mana mana lelaki yang berjaya memenangi hatinya.

Dan ada seorang lelaki yang identiti dirahsiakan berjaya memenagi bidaan itu membayar $250k ataupun lebih RM1 juta. Kesemua proses mencari cinta dan proses bercinta selepas ini adalah secara virtual. PJJ atau Percintaan jarak jauh la katakan.

Di mana gadis dan lelaki itu akan dating dan makan malam bersama, kesemuanya dari jarak jauh. Namun Renti menyatakan bahawa, mereka akan bertemu pada suatu hari kelak secara bersemuka dalam satu sesi makan malam khas.

Renti, berusia 21 tahun berjaya menarik 71 juta sukaan pada video yang dia muat naik. Renti ada lebih 2.4 juta pengikut di TikTok. Dan dia berkongsi berita gembira itu di Instagram.

Dia berkata: “Semalam saya berjaya menjual NFT (aset digital asli) saya yang pertama. Saya tak akan beritahu kamu jumlahnya kerana saya sendiri masih tidak percaya.”

Apa itu Non fungibale token / NFT?

NFT menjadi kian popular. Dari seni dan muzik hingga makanan hingga kertas tandas, aset digital ini dijual dan juga lukisan dari Eropah abad ke-17 yang eksotik, dan ada yang dijual dengan harga jutaan dollar.

Walaupun ramai pakar merasakan NFT hanyalah trending sebentar, namun ada juga pakar yang percaya NFT akan bertahan lama dan mengubah dunia selama lamanya.

Dalam ekonomi, ada aset yang boleh ditukar adalah sesuatu dengan unit dengan mudah – contohnya adalah wang. Contohnya seperti ini, anda boleh menukar wang kertas RM100 dengan 100 dua helai RM50 –  dan nilainya sama.

Namun, jika sesuatu tidak dapat ditukar ganti, ini bermaksud bahawa alat ini mempunyai sifat unik sehingga tidak dapat ditukar ganti dengan yang lain.

Barang ini boleh jadi apa sahaja termasuk rumah, atau lukisan seni, mahupun wang kertas lama, atau apa sahaja. Anda boleh mengambil gambar lukisan atau membeli cetakannya, tetapi hanya akan ada satu lukisan sebenar.

NFT adalah aset yang digelar “satu-satunya” di dunia digital yang boleh dibeli dan dijual seperti aset lain, tetapi tidak mempunyai bentuk yang nyata. Token digital boleh dianggap sebagai sijil pemilikan untuk aset maya atau fizikal yang sebenar.

Bagaimana NFT berfungsi?

Karya seni tradisional seperti lukisan adalah barang yang sangat berharga kerana hanya ada satu daripadanya. Walau bagaimanapun, fail digital dapat digandakan dengan mudah dengan mudahnya kita memuat turun, tampal dan salin serta sebagainya.

Dengan NFT, karya seni dapat “tokenized” untuk membuat sijil pemilikan digital menentukan unit yang pertama, ataupun yang asli. Unit ini yang dapat dibeli dan dijual.

Misalnya YouTube ‘Charlie Bit My Finger’ terjual dengan nilai $760,999.

Bagi kita, kita akan berkata, kenapa nak beli benda yang semua orang boleh tengok? Sama juga dengan tweet pertama pemilik Twitter – Jack Dorsey ini terjual dengan nilai $2.9 juta. Kenapa tak skrinshot saja?

Sebenarnya dunia digital sudah banyak berubah. Semua orang mahu memiliki yang authentic dan asli. Untuk mendapatkan pensijilan itu, ianya sangat rumit. Jadi apabila NFT berjaya mengesahkan itu memang yang pertama, maka nilainya tinggi terutama sekali yang melibatkan tokoh ternama atau influencer.

Kejayaan Renti

Renti menganggap ini sebagai kejayaan bersejarah. Dan dia berkata dia berhak berada dalam silibus sejarah negaranya Poland.

Renti menjual NFT pertamanya itu dengan bantuan platform Fanadise yang menghasilkan kerjasama dengan mereka. Fanadise adalah platform yang membolehkan pencipta karya berhubung dengan peminat dan pengikut mereka berdasarkan sistem langganan berbayar. Ala macam laman peminat sahaja tu, yang tu la.

Bezanya, Fanadise ni tempat berkumpul pengkarya digital untuk menjual grafik, gambar,gif, video, video game, aplikasi dan sebagainya.

Fanadise menganggap kejayaan Renti ini sebagai permulaan penting kepada sejarah dunia era digital.

Dalam kenyataannya, Fanandise berkata: “Ini adalah buat julung kalinya NFT berasaskan produk cinta dijual secara digital oleh Marti Renti. Ini simbol dan permulaan era baharu dalam dunia digital.”

“Pemilik hak cipta itu sepenuhnya milik Marti Renti dan dia juga pemegang hak cipta cinta itu secara fizikal. Adakah hati telah mengikut kata teknologi?” tegas kenyataan itu mnerujuk kepada pembeli yang hatinya mungkin tergerak kerana mengikut kata teknologi.

Renti: Gambarku akan berada dalam buku sejarah sekolah

Marti Renti juga sudah sedia muncul dalam program tv realiti Poland, Fame of Shame. Dan menyifatkan kejayaannya telah membanggakan Poland di mata dunia.

“Saya mahu menjadi inovator yang mencipta masa depan. Saya adalah manusia pertama yang menjual emosi menjadi token. Cintak fizikal ke, cinta platonik ke, cinta digital, mereka mungkin berbeza antara satu sama lain.”

“Tetapi mereka tetap sama kerana kesemuanya kerana hati dan perasaan.”

“Digital bermakna selamanya, tak akan pupus sampai kita semua mampus. Semua yang didigitalkan sekarang akan kekal selamanya sampai dunia ni kiamat, tak kira gambar, filem, kenangan dan segalanya.”

“Saya sentiasa bercita cita mahu meletakkan Poland dalam sejarah dunia. Dan sekarang saya berjaya membantu negara saya mencipta sejarah di mata dunia. Saya sudah melihat wajah saya akan terpampang pada buku teks sejarah sekolah, tak mustahil bukan?

Awal tahun ini Renti mengeluarkan single berjudul Bad Girl yang turut diputarkan lebih 1 juta kali oleh peminatnya.

Sumber: Unilad   / WE

Baca yang lain